WW #47 : Rabak!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Yang warna hijau kat tengah anak mata kiri dan kanan AJ tu la koyaknya kornea mata AJ raya pertama aritu...
Bile tengok balik, scary gila kau....
Entri penuh : Tragedi Raya

P/s : Doc cakap stop dalam 3 bulan..
AJ pulak cakap, No No No & Never!!! Serik!!!


Baca Selanjutnya »

Kad Raya Dari Blogger!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Setakat arini, AJ baru menerima 4 keping kad raya dari blogger...
Alhamdulillah, masih ada ingatan kalian titipkan buat AJ....
AJ hargai sangat....
Maaf, tak dapat AJ nak balas kad raya tu pada kali ni..... =(

Okay jom kite tengok kad raya dari siapa....
Jeng.... Jeng.... Jeng.....













Dari kiri : Kad raya dari Blogger HazwanHairy dan Blogger Apit....
Apit siap kasi RM50 lagi... hehehehhe...


Dari kiri : Kad raya dari Blogger YanaSakura dan Blogger FairusMamat....

Terima kasih kalian atas ingatan tersebut......
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin... =D

Masih menanti kot-kot ada lagi yang bakalan tiba...
Hikhikhik... =P
Ade Kerrrr!!!!!

P/s : Ehem... Pagi ni AJ nak gi check mata kat HKL....
Harapnya okaylah.....
Ehhhh?? Ada yang dah start keje tak arini??

Baca Selanjutnya »

Tragedi Raya!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tahun ni, raya AJ memang tersangatlah tragedi. Dari sebelum raya, sampailah ke hari raya.

Al-kisahnya, hari raya pertama tu AJ dah bersiap-siap. So macam biasa, AJ memang akan pakai contact lens. Entah mana silapnya, masa kat rumah makcik AJ tu, AJ dah terasa tak selesa. Rasa macam mata AJ masuk habuk. AJ pun cabut terus lens tu, tak pakai dah.

Lepas pada tu, mata AJ memang terus jadi kelabu. AJ duk tanya kakak, "jerebu ke??" Dia cakap takde. Balik dari rumah makcik tu, AJ tidur kejap, dengan harapan bangun tidur mata okay je. Then bangun tu, AJ still rasa kelabu je pandangan tu.

Masa jumpa Mr.JR tu pun AJ mengadu mata kelabu, pandangan blur. Kitorang sempat beli eyemore, pastu pegi makan KFC. Masa kat KFC tu, penglihatan AJ makin teruk. Terus Mr.JR bawak pegi klinik, pastu kene refer kat HKL sebab doktor tu cakap dia tak boleh buat.

Sampai HKL mata AJ langsung tak boleh bukak dah. Terus gelap dunia. Doktor mata sahkan kornea mata AJ koyak di kedua-dua belah mata. Doktor buat ujian penglihatan pun apa benda pun AJ tak boleh nampak. 



After dah bagi ubat semua, AJ masih lagi tak boleh bukak mata. Balik tu AJ ingatkan dah okaylah sikit. Tapi, dalam pukul 5 pagi AJ tak tahan sangat. Mata ni rasa macam kene cucuk je pedihnya. Terus AJ minta kakak AJ bawak pegi HKL balik.

Dah masuk ubat semua, okaylah sikit. Parents AJ pulak balik kampung. Nasib ada Mr.JR dengan kakak AJ. Amik kau, 3 hari jugak AJ tak boleh bukak mata langsung. Hilang terus daya penglihatan. Masa tu menangis pun dah tak guna. Apapun tak nampak. Bayangkan la selama ni korang celik, tetiba tak boleh melihat.

Akhirnya raya ketiga barulah mata ni boleh bukak. Tapi still kabur dan blur, mata panas je. So lepas pada ni memang bye-bye contact lens. Huhuhuhuhu.

AJ Serik!!! Serik buta. Serik rasa hilang pengluhatan secara tiba-tiba. Pedihnya masa tu Allah je yang tau. Mata rasa terbakar dan macam dicucuk, disiat-siat je. Tak tau macam mana AJ nak gambarkan.


Keadaan Malam Raya Pertama. Lepas pada ni memang tak boleh bukak mata langsung!


Keadaan pagi Raya Ketiga. Alhamdulillah mata dah boleh bukak tapi tak berapa nampak. Mata pun berair dan merah je.


Malam Raya Ketiga. Keadaan makin baik, mata dah kurang berair. Penglihatan okay sikit than before.

Alhamdulillah AJ masih diberi peluang untuk melihat. Cukuplah 3 hari macam orang buta. Seksanya Allah swt je la yang tau.

Tapi ada pengajaran disebaliknya. Dapat juga AJ muhasabah diri dan hargai nikmat melihat.

P/s : Lens??? NO!

Baca Selanjutnya »

Cerita Raya AJ


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Rasanya belum terlambat lagi untuk AJ ucapkan Selkamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin buat semua...
Andai kata ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terlebih perbuatan ataupun terlebih disana-sini....

So raya korang macam mana??
Baju raya warna apa??
AJ macam dalam entri sebelum ni, baju warna biryu....
Confirmlah sedondon dengan family dan Mr.JR kan... =D

Okay taknak membebel panjang, jom layan sikit gambar raya AJ... =D







Raya ni macam takde mood sangat nak bergambar...
Tu yang tak berapa banyak gamb ar tu...
Gambar dengan Mr.JR berdua pun tak sempat nak capture pasal ada Tragedi Raya....

P/s : Nak tau apa Tragedi Raya tu??
Stay Tuned....

Baca Selanjutnya »

Cerita Sebelum Raya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay ni AJ nak cerita sikit kisah sebelum raya.....
Orang dah raya, AJ baru reveal cerita sebelum raya kan....
Hehehheheeh...
Sebelum raya tu ada tragedi sikit pasal baju raya AJ.....
Aunty tu tersalah jahit lace pulak kat baju raya AJ, mak ngan kakak.....
Patutnya baju raya tu dijahit border lace warna biru...
Lasyt-last baju mak ngan kakak AJ dia jahitkan border lace yang AJ beli untuk baju lain...
Dahlah baju AJ yang sepasang lagi tu kosong je...
Aduhai.... Nak adjust balik dah payah pulak, redha je la....
Tahun ni baju raya AJ, family dan Mr.JR warna BIRU!!!



Pagi Isnin tu, Abang Eqbal Zack datang hantar hamper dan duit raya yang AJ menang dari contest tu...
Alhamdulillah rezeki raya kan... =D


Sehari sebelum raya pulak, barulah AJ dengan kakak duk busy dan baru terhegeh-hegeh nak beli baramg kuih dan buat kuih raya...
Hehhehhehheheh...
Memang express betul tu...
Alhamdulillah... Dalam pada last minute sangat tu, siaplah  4 jenis kuih raya.... =D



Okaylah, rasanya ni je la cerita sebelum raya AJ....
Shopping raya, tak payah nak cerita la...
Hehehhehehe...


P/s : Selamat Hari Raya!!!



Baca Selanjutnya »