Cerita Raya AJ


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Rasanya belum terlambat lagi untuk AJ ucapkan Selkamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin buat semua...
Andai kata ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terlebih perbuatan ataupun terlebih disana-sini....

So raya korang macam mana??
Baju raya warna apa??
AJ macam dalam entri sebelum ni, baju warna biryu....
Confirmlah sedondon dengan family dan Mr.JR kan... =D

Okay taknak membebel panjang, jom layan sikit gambar raya AJ... =D







Raya ni macam takde mood sangat nak bergambar...
Tu yang tak berapa banyak gamb ar tu...
Gambar dengan Mr.JR berdua pun tak sempat nak capture pasal ada Tragedi Raya....

P/s : Nak tau apa Tragedi Raya tu??
Stay Tuned....

Baca Selanjutnya »

Cerita Sebelum Raya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay ni AJ nak cerita sikit kisah sebelum raya.....
Orang dah raya, AJ baru reveal cerita sebelum raya kan....
Hehehheheeh...
Sebelum raya tu ada tragedi sikit pasal baju raya AJ.....
Aunty tu tersalah jahit lace pulak kat baju raya AJ, mak ngan kakak.....
Patutnya baju raya tu dijahit border lace warna biru...
Lasyt-last baju mak ngan kakak AJ dia jahitkan border lace yang AJ beli untuk baju lain...
Dahlah baju AJ yang sepasang lagi tu kosong je...
Aduhai.... Nak adjust balik dah payah pulak, redha je la....
Tahun ni baju raya AJ, family dan Mr.JR warna BIRU!!!



Pagi Isnin tu, Abang Eqbal Zack datang hantar hamper dan duit raya yang AJ menang dari contest tu...
Alhamdulillah rezeki raya kan... =D


Sehari sebelum raya pulak, barulah AJ dengan kakak duk busy dan baru terhegeh-hegeh nak beli baramg kuih dan buat kuih raya...
Hehhehhehheheh...
Memang express betul tu...
Alhamdulillah... Dalam pada last minute sangat tu, siaplah  4 jenis kuih raya.... =D



Okaylah, rasanya ni je la cerita sebelum raya AJ....
Shopping raya, tak payah nak cerita la...
Hehehhehehe...


P/s : Selamat Hari Raya!!!



Baca Selanjutnya »

Tak Cukup Perempuan Ke???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Aritu AJ ada post gambar kat FB....
Lepas tu ada kawan AJ komen macam kat bawah ni.....

Erkkkkk???? Alamak tak cukup perempuan ke selama ni??

Tadi masa beli handbag dengan Mr.JR, AJ ada nak beli 1 bag ni...
Bagi AJ okay je, sebab dia besar, ada tali pendek dan tali panjang yang boleh sling.....
AJ memang suka yang macam tu...
Nak-nak yang boleh sling...
Senang sikit kot-kot nak bawak "merempit" kan.. =P
Lepas tu Mr.JR pun tegur untuk yang beratus kalinya... "Cubalah beli yang nampak perempuan sikit.."
Alamak??? Lagi sekali dalam minggu yang sama dengan komen tu???
Tak cukup perempuan ke AJ ni???
Hahahahhhaha... =P

Tapi AJ memang akui disebalik rambut panjang, berpakaian standart gadis-gadis, pakai make-up, pakai high heels memang AJ nampak perempuan habis.....
Apa yang orang lain rasa AJ ni tak perempuan tu adalah perwatakan AJ....
AJ ni memang dari kecik agak kasar orangnya...
Berkawan pun dengan lelaki je...
Ikut abang pegi main bola, main permainan budak lelaki... Gasinglah, gulilah, main perang-perang, tangkap berudu dan segalanya....
Cakap pun kasar...
Sebab tu AJ kurang sesuai kawan dengan perempuan.....
Kang ada pulak terasa hati bila AJ ni bercakap.....
AJ pulak jenis "kau nak terasa??? Lantak pi la..." (Kasar kan bunyinya??)
Kalau dengan lelaki senang sikit, takde nak amik hati pun kan...... =D

Kat sekolah pun cikgu asik tegur, AJ ni tak berkawan dengan perempuan...
Kemana je mesti dengan geng lelaki....
Tak kisahlah time dalam kelas, luar kelas, aktiviti ko-ko memang dengan lelaki...
Tak caya tengok gambar kat bawah ni....
Ada perempuan tak?? Kihkihkih...
Selain sorang kat hujung tu... =P


AJ ni jarang sangat nak ada dikalangan perempuan.....
Kalau ada pun tersangatlah kurang..
Join kelab pun memang majoriti dimonopoli kaum lelaki....
Pandu Puteri, Bola Jaring tu jangan harap nak join...
Memang takde maknanya AJ nak join...
Tapi kalau hoki, olahraga, lompat jauh, lompat kijang memang laju je la AJ join... =P

Habis sekolah pun AJ masih lagi kasar....
Kawan-kawan takdenye perempuan......
Kebanyakkannya lelaki.....
Join outdoor sana sini, panjat gunung, main paintball, wall climbing etc.......
Sampailah umur dah masuk pertengahan 20an, barulah AJ slow down....
Start berkawan dengan perempuan... TAPI perempuan yang tahan kata-kata, tahan lasak.. =P
Sekarang ni, AJ masih lagi berpewatakkan kasar..
Tapi ikut masa dan keadaan lah......
Kalau orang berkasar dengan AJ, makanya gen kasar AJ tu pun meletuslah......

Okaylah, rasa dah meleret-leret pulak cerita ni....
Lain kali AJ cerita lagilah.... =D
Bubbye!!!

P/s : kalau ada terkasar bahasa, Harap Maaf.. =D


Baca Selanjutnya »

Dah Nak Raya Kan....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini 24 Ramadhan 1434H, Hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan.....
Arini dengarnya ramai dah start bercuti dan pakat nak balik kampung....
AJ macam biasalah tetiap tahun raya memang kat KL...
Al-maklum... AJ kan Anak jati Kuala Lumpur...
Tapi cuba tanya mak bapak hang asal tang mana...
Tang tu tak berapa jati sangatlah... Hahhahahah.. =P
So pada sesiapa yang nak balik kampung tu, hati-hati dijalanraya....
Pandu cermat okay...
Semoga perjalanan korang selamat... Insyaallah...
Mana yang tak dapat balik kampung tu jangan bersedih pulak.....



Eh?? Pejam celik, tak lama je lagi nak beraya ye.....
Rutin raya AJ macam biasalah.....
Raya pertama memang dah confirm kat KL kan..
Pagi raya lepas bersalaman, pegi lawat kubur arwah Atok, Nenek dan pakcik AJ....
Lepas tu, kami akan tunggu kedatangan saudara-mara lain since rumah AJ selalunya akan menjadi rumah pertama semuanya berkumpul....
Rumah saudara-mara pun tak jauh kan....
Dekat sini jugak... =P
Lepas dah habis lawat semuanya, AJ akan bungkuskan lauk hantar kat Mr.JR di ofis since dia bercuti pada perayaan lain... =D
Masuk ni, dah 4 kali raya AJ hantar lauk masa hari raya....
Hehheheheheh....
Malam raya pertama pulak pegi rumah kawan-kawan mana yang ada kat KL.....
Selalunya, raya kedua baru AJ balik kampung sebelah Abah kat negeri Sembilan dan Melaka... =D

So plan raya korang macam mana je????

P/s : Baju raya still belum amik.....
Korang kaler apa??



Baca Selanjutnya »

Rezeki Raya AJ....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Malam tadi lepas berbuka, AJ dapat mesej dari Blogger Eqbal Zack...
Katanya AJ salah seorang pemenang contest Caption The Image aritu...
Terus AJ pegi kat blog Abang Eq......
Dan paling tak disangka AJ menang hadiah utama....... Yeaaaaayyyyy!!!!!!


Alhamdulillah.... Rezeki raya......
Memang tak sangka sangat tau...
Yelah, AJ pun main hentam kromo je caption tu......
Hehehhehhe...
Apapun tahniah kepada pemenang yang lain juga.....
Fya Pelangi, HH dan Nurul'Ain Abdul Rahman...
Dan juga terima kasih kepada yang ucapkan tahniah kepada AJ tu.....

Nak tau lebih lanjut KLIK SINI

P/s : Kali ni dah 3 kali dapat hadiah dari blog Abang Eq.... =D

Baca Selanjutnya »