ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Aritu AJ ada post gambar kat FB....
Lepas tu ada kawan AJ komen macam kat bawah ni.....
Erkkkkk???? Alamak tak cukup perempuan ke selama ni??
Tadi masa beli handbag dengan Mr.JR, AJ ada nak beli 1 bag ni...
Bagi AJ okay je, sebab dia besar, ada tali pendek dan tali panjang yang boleh sling.....
AJ memang suka yang macam tu...
Nak-nak yang boleh sling...
Senang sikit kot-kot nak bawak "merempit" kan.. =P
Lepas tu Mr.JR pun tegur untuk yang beratus kalinya... "Cubalah beli yang nampak perempuan sikit.."
Alamak??? Lagi sekali dalam minggu yang sama dengan komen tu???
Tak cukup perempuan ke AJ ni???
Hahahahhhaha... =P
Tapi AJ memang akui disebalik rambut panjang, berpakaian standart gadis-gadis, pakai make-up, pakai high heels memang AJ nampak perempuan habis.....
Apa yang orang lain rasa AJ ni tak perempuan tu adalah perwatakan AJ....
AJ ni memang dari kecik agak kasar orangnya...
Berkawan pun dengan lelaki je...
Ikut abang pegi main bola, main permainan budak lelaki... Gasinglah, gulilah, main perang-perang, tangkap berudu dan segalanya....
Cakap pun kasar...
Sebab tu AJ kurang sesuai kawan dengan perempuan.....
Kang ada pulak terasa hati bila AJ ni bercakap.....
AJ pulak jenis "kau nak terasa??? Lantak pi la..." (Kasar kan bunyinya??)
Kalau dengan lelaki senang sikit, takde nak amik hati pun kan...... =D
Kat sekolah pun cikgu asik tegur, AJ ni tak berkawan dengan perempuan...
Kemana je mesti dengan geng lelaki....
Tak kisahlah time dalam kelas, luar kelas, aktiviti ko-ko memang dengan lelaki...
Tak caya tengok gambar kat bawah ni....
Ada perempuan tak?? Kihkihkih...
Selain sorang kat hujung tu... =P
AJ ni jarang sangat nak ada dikalangan perempuan.....
Kalau ada pun tersangatlah kurang..
Join kelab pun memang majoriti dimonopoli kaum lelaki....
Pandu Puteri, Bola Jaring tu jangan harap nak join...
Memang takde maknanya AJ nak join...
Tapi kalau hoki, olahraga, lompat jauh, lompat kijang memang laju je la AJ join... =P
Habis sekolah pun AJ masih lagi kasar....
Kawan-kawan takdenye perempuan......
Kebanyakkannya lelaki.....
Join outdoor sana sini, panjat gunung, main paintball, wall climbing etc.......
Sampailah umur dah masuk pertengahan 20an, barulah AJ slow down....
Start berkawan dengan perempuan... TAPI perempuan yang tahan kata-kata, tahan lasak.. =P
Sekarang ni, AJ masih lagi berpewatakkan kasar..
Tapi ikut masa dan keadaan lah......
Kalau orang berkasar dengan AJ, makanya gen kasar AJ tu pun meletuslah......
Okaylah, rasa dah meleret-leret pulak cerita ni....
Lain kali AJ cerita lagilah.... =D
Bubbye!!!
P/s : kalau ada terkasar bahasa, Harap Maaf.. =D