My Braces Journey : Selepas Sebulan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rasanya dah lama AJ tak story morry pasal braces ni kan....
Awal Julai lepas, dah sebulan AJ pakai braces....
Alhamdulillah sepanjang pakai ni, memang takde pun rasa sakit-sakit....
Maybe braces AJ belum complete kot....
Sebabnya seminggu lepas pasang braces tu, diorang cabut separator dan pasang "metal band" (AJ lupalah name dia...)
Bendenye macam plate besi yang diletakkan kat gigi geraham kita....
Lepas pasang mende tu, diorang suruh AJ balik...
Dawai kat hujung-hujung gigi tu pun belum ikat....
Kalau ikutkan, AJ dah kene pegi dentist balik awal bulan ni....
Tapi aritu bila AJ sampai klinik, staff tu cakap "Maaf ye klinik penuhlah... Datang hari lain boleh tak?"
Penyudahnya sampai arini tak pegi-pegi....
Hahahahahahhaha... =P
Oh ya, AJ boleh nampak perubahan tau nak-nak kat gigi bawah tu....
Dah ade movement..... Takdelah nampak berlapis sangat... =D
Tinggal nak sebatang lagi yang tak boleh nak gerak masuk barisan sebab dah takde ruang...
So later nak kene cabut...


Okaylah sepanjang sebulan ni, selain tak sakit AJ ni memang pantang bab makan ni...
PANTANG jumpa!!!
Hahahahahahahaha.....
Memang betul, AJ tak pantang makan langsung...
Ada orang cakap, bila pakai braces ni selera makan kita mati kejap...
Boleh telan bubur je...
Tapi AJ ni takdelah makan bubur je....
2 hari lepas pasang braces AJ dah pegi melahap Burger King....
Cumanya kadar kelajuan makan tu dah kurang sikitlah...
Sebab awal-awal susah nak kunyah....
Tapi still makan itu dan ini.....
Lagi 1 sejak pakai braces ni, berus gigi dah jadi peneman setia...
Kadar memberus gigi tu pun jadi lebih kerap dari biasa.... =D
Yelah, lepas makan je mesti masuk toilet check kalau-kalau ade anak ayam terlekat celah bracket tu...
Kang tak pasal-pasal sengih punya sengih, tersembul segala sisa makanan...
Eiiiiiiiiii... Tak boleh bayang!
Lepas tu bile berbraces ni kan, ade yang cakap AJ senyum makin lebar...


Ehhhhh??? Yeke???
Rasanya sama je..... Yang buat nampak lebar tu sebab everytime senyum besi tu memang nak keluar sama...
Hahahahahaha... Kalau cover besi tu, senyum AJ akan nampak pelik....
*Ini serius... Tak tipu tau....*

Lagi 1......
Dahlah, nanti je AJ sambung cite lagi 1 tu..
Ni pun dah panjang berjela-jela...
Jenuh orang nak baca......
Pada yang sudi baca tu, terima kasih!!!!

P/s : Entri lain pasal Braces, tengok kat sidebar...
Hehehehe...




Baca Selanjutnya »

I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah rajin dan gigih nak join Giveaway ni.....
Ni AJ nak join GA Nisa Kay....
Si Putewi Hensem tu..... Heheheheheh.... =P
Hadiahnya boleh tahan menarik...
Rugi kot kalau korang tak join.......

I LOVE GIVEAWAY
Klik BANNER kalau nak join...
Tarikh tutup : 21 Julai 2013, 8 Malam....
Still ada masa lagi ni...
Cepat-cepatlah join ye..... =D

P/s : Hope AJ orang bertuah tu..... =D


Baca Selanjutnya »

Caption The Image Contest!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang kreatif??
Jomlah join contest ni......
Kalau nak join klik je gambar kat bawah ni...
Lepas tu korang ikut syarat-syarat yang ditetapkan...
Untung-untung korang yang menang kan... =D

“CAPTION THE IMAGE” CONTEST!
Simply think and write a caption for this image. 


RULES:
Spread the words and invite friends to join. Don't forget to drop your link in the comment box.
Please submit your caption in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris at my email: eqbalzack@yahoo.com
with your Full Name, E-mail and Handphone No.
The closing date for all caption submission is midnight, 31 July 2013.
Caption will be judged on the degree to which EZ believed that the caption conveys the message and spirit of the Aidilfitri.

PRIZE x 1
ONE [1] lucky follower with Best Caption win GIFT HAMPER from




+ Duit Raya RM100







PRIZE x 3

 All winners will get Duit Raya RM50

Good Luck guys!

P/s : Jom memeriahkan contest... =D

Baca Selanjutnya »

Jimba-Jimba : I-City Waterworld, Shah Alam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri ni sebenarnya patut AJ publish 2 minggu lepas..
Tapi asik terlupa + malas nak menaip je....
Dah nak separuh basi dah pun...
Hehhehhehehe...
So sebelum basi... Let's check it out!!!


Sebelum puasa aritu, AJ dengan kawan-kawan pegi berjimba dekat I-City Waterworld...
Not bad lah tempat dia kalau korang nak bawak family beriadah kat situ.....
Harga tiket pun sangat berbaloi...
RM 15/person kalau korang beli secara Online....
Kalau walk in tu mahal sikitlah.....

Kalau dari segi jualan makanan pulak, takdelah mahal sangat harganya..
Berbaloilah dengan apa yang korang order....
Kat sini, makanan luar tak dibenarkan masuk...
Kat luar tu nanti ada staff yang akan check beg korang tau.....
Kalau kantoi, sendiri mau ingat....
Segala pembelian kat dalam Waterworld tu pulak kene pakai kad..
Bukan kad kredit atau kad debit....
Kad I-City ye.. Sebab diorang tak amik cash..
So kad ni korang boleh beli kat kaunter dalam tu....
Harganya RM 3 non-refundable....
Lepas tu korang topup lah berapa ringgit yang korang nak guna....
Kalau kredit dalam tu tak habis, korang tak boleh tebus balik tau...
Tapi kad tu valid sehingga 2 tahun..
So next time pegi I-city lagi bolehlah guna.... =D
So topup agak-agak je la berapa yang korang nak guna.... Tak cukup pegilah topup lagi...

Selain tyu, penggunaan pelampung adalah percuma......
Takde nak sewa-sewa....
Korang angkut je la pelampung mana yang berkenan dihati tu.....
Heheheheheh.. =P
Permainan kat situ takdelah extreme-extreme sangat macam kat Sunway Lagoon....
Kat sini relax je kecuali Tornado Slide yang agak mencabar sikit.....
Kalau berani, naiklah..... =P

AJ rasa ni je lah kot info yang AJ dapat bagi kat korang.....
Jom kita tengok gambar yang AJ sempat snap masa berjimba-jimba kat I-City Waterworld tu.. =D
































Lepas tu semua dah busy mandi manda...
Bawah ni pulak sebelum balik...
Hehheheehhe... =D


Makan...

Dan makan lagi....

Eh jap!!!Ada lagi 1........
Layan video ni... AJ naik Tornado Slide tu.. =D



Terkeluar jerit gadis okay!!!! =P

P/s : Syok!!!
Baca Selanjutnya »

Sampainya Hati Dia....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sampainya hati dia.....
Menduakan isterinya yang dinikahi di Tanah Suci Mekah dengan berkahwin lain di Thailand....
Bergunung simpati AJ pada isterinya tu......
Sedangkan kita sendiri pun baru gf/bf orang kacau dah jadi gempa bumi, world war...
Inikan pulak orang yang duduk serumah, tidur sebantal....

Entahlah.... Kita sendiri pun tak tau puncanya kan..
Nak judge sesiapa pun tak boleh......
Kita bukan berada di tempat mereka pun....
Apapun AJ harap mereka tabah menghadapi ujian terutamanya Noor Dayana, isteri pertama kepada Ashraff Muslim..

Tersentuh hati AJ membaca nukilan ni kat BeautifulNara pagi tadi.....

Info terbaru : Ini BUKAN puisi hasil nukilan Noor Dayana tau....
Penulis sebenarnya adalah Ana Hawana...
Tapi walau siapapun penulisnya, puisi ni memang sangat menyentuh perasaan.....

Jom baca :
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah… Mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…



P/s : Semoga apa yang terjadi kepada mereka, tak jadi pada kita..
Amin...

Baca Selanjutnya »