Jimba-Jimba : I-City Waterworld, Shah Alam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri ni sebenarnya patut AJ publish 2 minggu lepas..
Tapi asik terlupa + malas nak menaip je....
Dah nak separuh basi dah pun...
Hehhehhehehe...
So sebelum basi... Let's check it out!!!


Sebelum puasa aritu, AJ dengan kawan-kawan pegi berjimba dekat I-City Waterworld...
Not bad lah tempat dia kalau korang nak bawak family beriadah kat situ.....
Harga tiket pun sangat berbaloi...
RM 15/person kalau korang beli secara Online....
Kalau walk in tu mahal sikitlah.....

Kalau dari segi jualan makanan pulak, takdelah mahal sangat harganya..
Berbaloilah dengan apa yang korang order....
Kat sini, makanan luar tak dibenarkan masuk...
Kat luar tu nanti ada staff yang akan check beg korang tau.....
Kalau kantoi, sendiri mau ingat....
Segala pembelian kat dalam Waterworld tu pulak kene pakai kad..
Bukan kad kredit atau kad debit....
Kad I-City ye.. Sebab diorang tak amik cash..
So kad ni korang boleh beli kat kaunter dalam tu....
Harganya RM 3 non-refundable....
Lepas tu korang topup lah berapa ringgit yang korang nak guna....
Kalau kredit dalam tu tak habis, korang tak boleh tebus balik tau...
Tapi kad tu valid sehingga 2 tahun..
So next time pegi I-city lagi bolehlah guna.... =D
So topup agak-agak je la berapa yang korang nak guna.... Tak cukup pegilah topup lagi...

Selain tyu, penggunaan pelampung adalah percuma......
Takde nak sewa-sewa....
Korang angkut je la pelampung mana yang berkenan dihati tu.....
Heheheheheh.. =P
Permainan kat situ takdelah extreme-extreme sangat macam kat Sunway Lagoon....
Kat sini relax je kecuali Tornado Slide yang agak mencabar sikit.....
Kalau berani, naiklah..... =P

AJ rasa ni je lah kot info yang AJ dapat bagi kat korang.....
Jom kita tengok gambar yang AJ sempat snap masa berjimba-jimba kat I-City Waterworld tu.. =D
































Lepas tu semua dah busy mandi manda...
Bawah ni pulak sebelum balik...
Hehheheehhe... =D


Makan...

Dan makan lagi....

Eh jap!!!Ada lagi 1........
Layan video ni... AJ naik Tornado Slide tu.. =D



Terkeluar jerit gadis okay!!!! =P

P/s : Syok!!!
Baca Selanjutnya »

Sampainya Hati Dia....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sampainya hati dia.....
Menduakan isterinya yang dinikahi di Tanah Suci Mekah dengan berkahwin lain di Thailand....
Bergunung simpati AJ pada isterinya tu......
Sedangkan kita sendiri pun baru gf/bf orang kacau dah jadi gempa bumi, world war...
Inikan pulak orang yang duduk serumah, tidur sebantal....

Entahlah.... Kita sendiri pun tak tau puncanya kan..
Nak judge sesiapa pun tak boleh......
Kita bukan berada di tempat mereka pun....
Apapun AJ harap mereka tabah menghadapi ujian terutamanya Noor Dayana, isteri pertama kepada Ashraff Muslim..

Tersentuh hati AJ membaca nukilan ni kat BeautifulNara pagi tadi.....

Info terbaru : Ini BUKAN puisi hasil nukilan Noor Dayana tau....
Penulis sebenarnya adalah Ana Hawana...
Tapi walau siapapun penulisnya, puisi ni memang sangat menyentuh perasaan.....

Jom baca :
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah… Mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…



P/s : Semoga apa yang terjadi kepada mereka, tak jadi pada kita..
Amin...

Baca Selanjutnya »

WW #46 : Classic


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Teaser yang last week pun tak habis publish lagi...
Ni datang lagi 1 teaser..... Hehehehehe...

Photoshoot petang tadi....
AJ minta tema klasik... Macam ala-ala 50's 60's gitu.....
Tapi ade sikit elemen moden.....
Tak sabar tunggu hasilnya!!! =D



Dah macam photoshoot raya pun ade...
Heheheheheh...

P/s : To be continue....
Ehhh??? Kate wordless wednesday??


Baca Selanjutnya »

Iftar dengan Blogger : OHSEM!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam 14 Julai 2013 / 5 Ramadhan 1434H, AJ join event berbuka puasa dengan blogger...
Ni merupakan event pertama yang AJ join sejak berblog ni.....
AJ dapat tau pasal event ni pun melalui FB....
Memula macam segan jugak nak join....
Tapi, kalau AJ tak join bile lagi kan...... =D

Iftar ni diadakan kat Restoran Tupai-Tupai seksyen 13, Shah Alam...
Ada lebih kurang 27 orang blogger sporting, cantik dan kacak yang join....
Semuanya AJ baru 1st time jumpa tau....
Tak sangka, diorang mesra dan peramah....
Tak terasa pun macam 1st time jumpa....
Dah macam family.....
Memang havoc dan enjoy gila bila duduk semeja dengan blogger-blogger ni....
Alhamdulillah... Happy dan paling penting perut pun kenyang..... =P

Thanks pada semua yang sudi nak cakap dan tegur AJ...
Minta maaflah kalau ada terkasar ke, terlebih gurau ke, terrosakkan gambar korang ke....
Maklumlah, AJ ni spesis "camera alert"....
Hahahahahha.... =D
Rasanya terserlah kot perangai gila kamera tu malam tadi.....

So taknak type panjang-panjang dah....
Jom layan gambar yang sempat AJ snap..... =D
Sorry pakai camera gadget je, so gambar tak berapa nak Ohsem!...


Mestilah nak tempel gambar Puan Sri blog dulu kan.....
Kihkihkihkih... =P






















Si kecik Yuyu Zulaikha


Blogger Sheila Salim


Blogger Nadia Johari


Blogger Ainaa Roseberry


Blogger Yana Rosle


Blogger Eila Azzahra


Blogger Deq Noor


Ni lah antara blogger-blogger yang sporting habis tu..... =D

Bro Framestone
Yuyu Zulaikha
Sheila
Shakira
Ainaa Roseberry
Syukri Tahir
Tya
Nadia Johari
Deq Noor
Acul
Farisya
Irwan Alessa
BroFami
Farid Laham 
Kaio
Abang Ensem
Yana Rosle

Dan ramai lagi....
Nanti dapat link blog korang, AJ update tau... =D


Blogger "SPORTING, COMEL, CANTIK, CUTE, KACAK BERGAYA" in action.... =D

Tak sabar nak tunggu kalau ada event raya pulak lepas ni... =D

Kalau nak tengok gambar lagi KLIK SINI

LAGI 1..... Jom layan sekali video ni......
Tapi kalau nak layan berkali-kali pun takpe.... =P


Credit to : http://iluvtour.com/

P/s : Terpanjang pulak entri ni.....
Hehheheheheh... =D

Baca Selanjutnya »

Segmen Singgah Sahur


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Short entri pagi hari... =D
Lama AJ tak join segmen dan lama sangat dah AJ tak blogwalking disebabkan kekangan masa.....
Semalam AJ join 1 segmen ni....
Memang sesuai sangatlah tu....
Sambil-sambil tu dapat BW kan... =D

Klik BANNER kalau nak join...
Tarikh tutup : 15 Julai 2013 / 6 Ramadhan 1434H

So sesiapa yang belum join tu cepat-cepatlah join....
Dapat juga tambah kenalan dan juga mengeratkan uhkwah sesama kita di bulan mulia ni.....
Jangan lupa follow blog AJ dan like fan page FB AJ sekali ye.....

SALAM RAMADHAN!!!!!

P/s : Alhamdulillah, dah masuk hari keempat berpuasa... =D

Baca Selanjutnya »