Bisikan Rinduku by Dayang Nurfaizah (OST Dahlia)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sebelum ni AJ bagitau Sinopsis Drama Dahlia....
Sekarang seperti yang AJ janji, AJ nak share lagu tema cerita tu pulak..
Kalau siapa baru putus cinta ni, mesti meleleh airmata dengar lagu ni... =D
Meruntun jiwa kot....


Bisikan Rinduku by Dayang Norfaizah

Dengarkan bisikan kalbuku
Sungguh besar mencintaimu..

Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera....

Chorus:
Mencintaimu menyayangimu 
Merindukanmu seumur hidupku 

Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri 

Walau perih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia.. 

Rasakan.... rasakan rinduku....
Yang dalam sedalam samudera..... 

Chorus:
Mencintaimu menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku

Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri 

Walau perih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia.. 

Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia..... Asalkan dia bahagia....


Jom layan MTV dia pulak.. =D



P/s : Best kan???


Baca Selanjutnya »

Pengaruh TV : Dahlia (Astro Mustika HD)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa kat sini layan cerita Dahlia yang sedang ditayangkan kat Astro Mustika HD (134) tu??
Cerita tu dah start mulai 22 April 2013 Isnin hingga Rabu, 10 malam menggantikan Drama Sehangat Asmara.....

AJ ni dah terjebak dengan cerita tu gara-gara tengok kat rumah kawan aritu...
Bukan AJ je... Mr.JR pun tersangkut sama dengan cerita tu.....
Seriously, cerita tu memang mengundang rasa marah, sedih dan tak puas hati..
Lakonan para pelakonnya memang menusuk jantung wa baq ang.......
Nak2 pulak si Raja Ilya yang lakonkan watak Haliza tu..
Ikut hati nak je hempok dia dengan heels...
So korang boleh bayangkan tak betapa geramnya AJ pada watak tu..
Kalau korang tak tengok, meh AJ nak share sikit sinopsis cerita Dahlia tu...



Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia (Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans Isaac) yang berlaku curang dengan Haliz (Raja Ilya) yang dianggap sebagai rakan baiknya....

Dahlia mengetahui kisah kecurangan suaminya selepas Razman memberitahunya pada malam ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-10 akibat desakan Haliza....
Dahlia berasa amat kecewa dan akhirnya tekad untuk bercerai dan mula membina hidup baru...
Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad (Faizal Hussien)...
 Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya....
Apakah kesudahan kisah Dahlia??
Saksikan hanya di Astro Mustika HD (134)

Kalau nak tau kawan AJ pun ada berlakon dalam drama Dahlia, pegang watak Xavier yang lembut tu...
Puaslah AJ mengorek sikit2 pasal tak sabar nak tau ending cerita......
Jawapan dia "Hahahhahahahhaha.. Tunggu dan lihat"
Cheeehhhh.. Tak membantu langsung..... Tapi dia ada bagi hint-hint, amik gambar Haliza pakai baju pengantin...
Tak tau jadi ke tak kawennya tu kannnnnnn.....

AJ tak sabar sangat nak tau cerita dia.....
Dahlia tu kawen dengan Fuad ke???
Razman tu jadi gila talak ke???
Haliza tu nak buat apa pulak lepas ni???
Anak2 diorang dapat kat siapa.....
Hahhahahahhahah... Gelojoh sangat kan......
Sekarang baru episod 12 je kot........
Oh ya... Kalau siapa takde Astro tu boleh tengok ONLINE KAT SINI....
Rugi woo tak tengok. =D

P/s : Lagu tema dia pun sangatlah best..
Next entri AJ kongsikan OST Drama Dahlia dengan korang ye.. =D


Baca Selanjutnya »

3 Tahun!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Harini 17 Mei, 3 tahun yang lepas....
Hari pertama AJ jumpa Mr.JR.....
Hari pertama AJ kenal siapa Mr.JR....
Pertemuan yang tak diduga dan tak dijangka....
Walhal masing-masing ada pasangan sendiri......
Tapi takdir Allah swt, siapa yang mampu sangal??

Segalanya bermula di event UPIC di Sungai Buloh.....
Mata bertemu mata, di dalam hati timbul rasa......
Mulanya macam nak menafikan segala, tapi perasaan tak mampu menolaknya....
Dari situ bermulalah kisah perkenalan kami......
Alhamdulillah, dah 3 tahun berlalu....
Dah 3 tahun AJ mengenali siapa dia sebenarnya.......
Dah 3 tahun berkongsi rasa, buruk dan baik perangainya....
Dah 3 tahun adakalanya bergaduh, berbaik, gembira dan menangis bersama....
Dah 3 tahun hadapi segala-galanya....
Walaupun dalam 3 tahun tu macam-macam ujian datang melanda....
Macam-macam masalah datang menerpa....
Kita masih lagi kekal bersama.....

Hanya 1 harapan AJ, semoga perhubungan ini terus mekar...
Dan berakhir dengan 1 ikatan yang sah sehingga ke hujung nyawa....
Insyaallah....
Mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan segalanya.....

Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan si dia....
Terima kasih Sayang...
Terima kasih untuk segalanya....


AJ dan Mr.JR
~ 17052010 - 17052013 ~


P/s : I Love You and I Always Do....

Baca Selanjutnya »

Kenapa Kurang Berblog??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Lately ni AJ macam dah kurang produktif dalam berblog.......
BW pun agak kurang..... Maaf kat korang ye..... =D
Bukan apa, lately ni banyak benda yang AJ nak settlekan dulu...
Lagipun  takde cerita menarik pulak nak kongsikan dengan korang........
Takkan nak cerita pasal kucing AJ je kan...
Hehhehehehheheh....
Bosan pulak jadinya.......
Mood AJ pun agak terumbang ambing kejap...
Since sakit aritu, AJ macam takde energy sangat....
Tapi Alhamdulillah AJ tak sakit pun, cuma badan ni je rasa letih......
Ni AJ dah cukup rehat dan dah rasa bertenaga balik....
Makan pun dah makin berselera.....
Kalau tak mata ni asiklah nak tidur je........
Tak kiralah kat ofis ke kat rumah........

Mesti banyak cerita yang AJ terlepas dari korang kan???
Tak sabar nak terjah dan aktif balik macam sebelumnya......
Oh ya.. Terima kasih blogger2 yang concern dengan AJ..
Jangan risau ye.. AJ sihat2 je......
Cuma letih dan settlekan beberapa perkara dulu......
Sekarang ni cuma ada 1 payment je yang AJ kena kejar..... Ecehhhh.. Macam ceti la pulak!
Kihkihkihkih....

P/s : Esok!!! Esok hari special........
Yahoooooooo!!!!


Baca Selanjutnya »

WW #40 : Sleepy!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

    

Tersangat mengantuk!

P/s : Nak T.I.D.U.R!!!!

Baca Selanjutnya »