Tempahan Baju Raya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Yeayyyy... Yeayyy..... Esok raya!!!!!!

Ehhhh AJ ni...
Puasa pun belum dan sebok pasal raya, baju raya kan....
Selalunya, baju raya AJ memang siap 4 bulan sebelum raya... *Semangat!*
Tapi tahun ni AJ tak berkesempatan lagi nak pegi tempah.....
Agaknya tailor AJ tu nak amik tempahan lagi ke tak ek??
Sebab banyak jugak rasanya yang dah tak amik tempahan......
AJ ni memang agak susah nak dapatkan size kalau beli baju ready made.....
Last raya pun, 3 hari berturut2 Mr.JR kene kejungkan kaki ikut AJ shopping raya.....
Abis segala shopping complex AJ jejak untuk dapatkan size AJ.......
Tahun ni dia cakap dia taknak ikut AJ dah..
Serik, sakit kaki segala......
Haahhhahhaha... Kesian dia.. =P
Tapi nak buat macam mana kan...
AJ ni besar sangat......
Kalau ready made, AJ kena cari size xxs, xs ataupun 34....
Dah la tak banyak kedai yang ada size tu...
Kalau ada pun, tak comel macam Kak Ton... Ehhhh???? Demand pulak! =P
So hujung bulan ni AJ ingat nak jugak cari tailor yang boleh jahitkan baju AJ.....
Dan rasanya bukan baju AJ je, baju mak dengan kakak sekali...
Kalau baju melayu untuk abah dan Mr.JR senang je nak cari.....
Tak payah tempah2...
Memang setiap kali raya, AJ lah mastermind bab baju raya...... =D
Warna tema semua AJ yang fikir......
Sampaikan Mr.JR pun akan dapat baju melayu yang setema dengan family AJ...
Haahahahhahahahhahha......... =D
Semangatnya rasa nak raya....... Ehhhhh??
Silap... PUASA dulu okay... =P


P/s : Tak lama lagi dah Ramadhan...... 
Puasa dah ganti ker ker ker????

Baca Selanjutnya »

Monday Blues! No Mood!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini Monday Blues melanda........
Arghhhhhhhhhhhh..... Tak sukanya....
Pepagi mood dah suwa suwe kemorning ni......
Masuk keje memang blur je........
Tadi kat bawah tengok takde orang, AJ tengok hp memang betullah arini Isnin......
Yelah, dah blur kan... Manalah tau kot salah hari.....
Hehehehhhehe.....
So kat situ dah terserlah betapa bluesnya arini kan kan kan.... =P


Oh ye.... Lagi 1, AJ nak bagitau kepada sesiapa yang berkenaan....
Apa yang AJ tulis dalam blog ni memang berkait rapat dan ada kene mengena dengan AJ...
Semuanya pengalaman AJ sendiri....
Kalau rasa tak suka, tak payahlah nak baca.....
AJ taulah nak manage blog AJ ni macam mana.....
So awak tak payah nak bagitau itu dan ini kat AJ..
Kalau bende tu 1 fitnah mungkinlah... Tapi ini kenyataan!
So biarlah orang yang berkenaan dengan entri AJ tu je yang bagitau AJ okay....
AJ tau apa yang AJ tulis dan apa yang AJ buat....
Kalau yang membuka minda, takpelah jugak! AJ terima..... Ni langsung tak!
Lagipun siapa awak pun AJ tak kenal dan tak penah kenal.......
So tolong hormati apa yang AJ tulis kat sini ye.......
And please "DON"T EVER COME AGAIN!"
Kalau kau baca ni, aku sure kau tau siapa kau....
Maaflah, aku bukan berkasar..
Tapi cara kau masuk rumah orang tu salah!

Takde mood nyaaaaaaaaaaa.....!!!!!
Hutang BW banyak lagi pulak tu..... =(


P/s : Kak Nam sangatlah!



Baca Selanjutnya »

CPUV dan Blogbuster Campaign dari Nuffnang!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ dapat 3 bende dari Nuffnang.....
1st, AJ dapat CPUV buat pertama kalinya....
Tahniah buat diri sendiri...
Kihkihkih... =P
Tak penah-penah ada CPUV yang lekat, tetiba check tadi dah ada 3 CPUV....


Adalah 4 sen kat situ...
Hehehhehehehehe...
AJ dapat 1 CPUV untuk Women March 2013 dan 2 CPUV untuk Inti November..
Alhamdulillah.... 

Dan AJ dapat 2 Blogbuster Campaign dari Nuffnang....

Acer Hybrid Ultrabook

What is Project C?

Kedua-duanya memerlukan AJ buat video.....
Yang Acer tu dateline nya arini..
Rasanya memang tak sempatlah kot......
Dan lagi 1 tu 16 Mei nanti......
So nak buat ke tak???
Alamak.... AJ dahlah tak kreatif.....
Kalau buat Gwiyomi merepek-repek AJ tau la......
Hahhahahahha... =D
Tengoklah macam mana nanti......
Rasa macam nak cuba..... Errrrrr....

P/s : Alhamdulillah.....
Kepochi lah, tu pun nak bising AJ ni kan... =P


Baca Selanjutnya »

Doa Bulan Rejab


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Sumber : dakwah.org

Semoga menjadi amalan.....
Selamat Beramal.. =D

P/s : Alhamdulillah AJ berasa semakin tenang....

Baca Selanjutnya »

Mana MOOD???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Seminggu dua ni, AJ tak tau mana mood AJ terbang...
Buat ini tak kena, buat itu tak kena.....
Serba-serbi tak kena....
Dari aritu masuk ofis pun tak tau nak buat apa...
Semuanya tepu je........
Perasaan ni semacam tak tenang.....
Hati berdegup kencang je.. Tak sedap hati..
Macam ada sesuatu yang menganggu........
Semoga AJ dan insan-insan terdekat dengan AJ dilindungi Allah s.w.t.....








Ya Allah... Aku mohon Kau berikan aku petunjuk...
Seandainya ada perkara yang belum aku selesaikan, Kau permudahkanlah jalanku.......
Seandainya ada sesuatu yang tak elok cuba mendekati aku, Kau jauhkanlah......
Berilah aku ketenangan hati.......
Sesungguhnya, Engkau yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat disebalik segalanya.....



P/s : Maaf, AJ dalam mood yang kurang baik.....
Perlukan kekuatan...



Baca Selanjutnya »