Ubat Punya Hal!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bila ingat pasal kisah ni mesti AJ tergelak sendiri...
Al-kisahnya masa tu AJ kat wad....
Memula masuk tu, doktor masukkan antibiotik terus cucuk dalam badan...
tapi ada sekali tu, dia bagi AJ antibiotik yang makan......
Dapat ubat tu of course lah kena makan kan....
Memula amik ubat makan, AJ rasa pening...
Lepas tu nak muntah macam masuk angin.....
Bila AJ panggil nurse tu balik, dia cakap mungkin badan AJ tak serasi lagi dengan ubat ni sebab sebelum ni masuk terus..
Nurse tu pun bagi ubat angin......
Esok tu pulak, sebelum breakfast sampai lagi ubat yang sama......
Terkebil-kebil AJ pandang ubat tu.......
Alahai... Besarnya ubat...
Tak daya rasa nak telan...
Lepas breakfast makan bubur nasi pagi tu...
AJ pandang kiri, AJ pandang kanan....
Okay, patient sebelah tidur lagi......
Kat luar pulak takde nurse lalu lalang..
LINE CLEAR!!!
Cepat-cepat AJ patah-patahkan ubat tu dan sumbat dalam bubur.......
Hahhahahahhahahaha.....
Bape minit lepas tu, caterer hospital datang angkut pinggan mangkuk.....
Fuhhhhhhh... Lega.....
AJ bukan taknak makan ubat tu, AJ takut jadi macam malam tadi..
Kang elok boleh balik rumah, terus tak boleh balik......
Akhirnya, aritu jugak AJ dibenarkan balik.....
Yeayyyyyy....


P/s : Strategi tu penting! =P


Baca Selanjutnya »

My Braces Journey : Survey!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sebelum ni AJ dah bagitau apa itu braces kan???
Kalau belum tau sila KLIK SINI.....

1st sekali, bila nak ber"braces" ni kita kena buat SURVEY.......
Ingat senang ke???
Memula AJ google dulu..... Keyword dia biasalah "braces MURAH", "klinik buat braces MURAH", "harga braces", "jenis braces", blablablabla....(yang ada kena mengena ye..) dan dekat dengan rumah korang...
Janganlah duduk Kuala Lumpur, pegi survey harga braces kat Kuala Perlis.. Unless korang rela dan sukahati nak ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis setiap bulanlah... =P
Lagi 1 Jangan pulak type "doktor gigi hensem yang pasang braces"... Ehhh??? Cari jodoh ke nak pasang braces??
No no no no...... Ada faham????
Kenapa MURAH tu caps lock???
Yelah, pasang braces bukannya sampai bila-bila.... 2-3 tahun je......
Kalau korang jenis duit berpuluh riban takpelah nak buat mahal-mahal.... Bagi AJ macam tak berbaloi je....
Bagi yang berpendapatan sederhana macam AJ ni, yang murah memang jadi pilihan...
So dalam berbulan-bulan men"survey", banyak klinik yang AJ keluar masuk untuk consultation....
Masa consultation tu, korang tanyalah segala-galanya yang korang nak tau pasal braces..
Nanti doktor tu akan bagitau....... Tanya banyak-banyak pun takpe..
Sambil-sambil tu korang tengoklah layanan dan cara keje doktor tu.... Berkenan di hati ke idok...
Paling penting, sila tanya pasal segala kos mengenai braces dan pastikan harganya kena dengan bajet korang.. Ada tau???
Segala kos maksudnya yang tersembunyi sekali.... Macam kalau kena cabut gigi berapa kos dia, x-ray dan mould gigi berapa..... Tanya sampai doktor tu muntah! =P
Sila catat  ye bila everytime pegi survey kat setiap klinik tu tu....


Selalunya consultation ni PERCUMA!!!!....
Tapi masa korang call untuk consultation appointment tu, sila tanya caj untuk consultation..
Tak semuanya FREE!
Ada yang kena bayar dalam RM25 keatas..... So sila tanya sebelum pegi!

Next step, bila dah jemu dan muak nak keluar masuk klinik gigi...
Korang mulalah buat pilihan dari hasil survey korang tu.... 
Terpulanglah nak baling dadu ke, lipat kertas dan pilih ke atau sebagainya......
Make sure klinik tu menepati citarasa korang dan bajet ye......
Lepas tu telefonlah klinik tu untuk appointment....
Tamatlah sudah episod SURVEY.......

Next??? To be continue.......
Sila tengok sidebar untuk semua entri berkaitan MY JOURNEY TO BRACES...

P/s : AJ masih mencari mood berblogging ni......


Baca Selanjutnya »

WW #39 : DON'T!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA






Saya MELAYU.....

Ada kawan CINA, ada kawan INDIA......
Pelbagai bangsa, pelbagai budaya, pelbagai fahaman agama....
Tapi yang pasti semuanya MANUSIA! 
Kenapalah ada yang nak bangkitkan isu perkauman??? 
I choose to SAY NO NO NO TO RACIST!!!!

P/s : Wake Up People!!!!
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh....
We are all Malaysian!

Baca Selanjutnya »

I'm Back!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Arini AJ dah start keje balik.....
So mood tu agak suam-suam kuku....
Mood berblogging pun macam tu jugak.......
Sekarang ni tengah slow-slow cari balik segala mood AJ yang tercicir tu.....
Alhamdulillah, sakit pun dah berkurangan.....
Cuma kene rajin-rajin makan ubat.....
AJ ni pulak Miss "rajin skip ubat"......
Hahahahahhahaha......
Orang makan 3 kali sehari, AJ kadang sekali, kadang 2 kali.....
Bab tu AJ memang culas........ =D
Thanks buat mereka yang masih lagi mendoakan kesihatan AJ...
Doakan juga mood berblogging AJ pun datang balik....
Sekarang ni macam merundum sikit.... 
Idea pun tak nak datang tau.... Ahhh!! Sadis!
Padahal rasanya macam banyak bende je yang nak diceritakan....
Okay takpe AJ, 

KEEP CALM
&
SMILE!

P/s : Cuba ceriakan hari yang suram dan muram!

Baca Selanjutnya »

Alhamdulillah AJ Beransur Pulih..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah setelah 3 hari dalam wad, tengah hari Sabtu AJ dah dibenarkan balik.....
Khamis lepas AJ dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit cherry berry.....
Ahad lepas pun AJ masuk hospital lebih kurang 4 jam gara-gara masalah yang sama...
Ingatkan balik Kl dah okay... Sekali AJ dapat balik serangan penyakit tu...
Rupa-rupanya AJ ada masalah lain selain keracunan makanan....
AJ disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah, sel darah putih naik dan tekanan darah rendah....
Doktor cakap munkin berpunca dari kolam renang ataupun air laut.......
Akibatnya AJ ditahan di wad 11U, Katil 48 Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama almost 3 hari...
Ya allah.... Tuhan je la yang tau macam mana rasanya masa tu.......
Dah tak tertanggung badan ni... Dengan macam-macam patient dalam wad tu lagi...
Pastu kena amik darah 3-4 kali, kena masuk water drip lebih kurang 15-17 botol dalam masa 3 hari tu.....
Sampai bengkak urat-urat AJ......
Alhamdulillah, sakit tu menghapus dosa-dosa kecil kata orang..
Dan ALhamdulillah kesihatan AJ beransur pulih......
Sekarang ni AJ dah berada kat rumah......
Balik tadi terus tidur puas-puas..... Al-maklum kat hospital tidur AJ memang tak penah lena......







Kat sini AJ nak ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan AJ.......
Terutama keluarga AJ....
Maaf mak & abah, AJ dah merisaukan kalian.....
Sampaikan abah cancel nak sama-sama menghantar rombongan meminang cousin AJ.....
Terima kasih kepada Mr.JR yang sepanjang masa keep call AJ, tenangkan AJ masa AJ nangis nak balik malam-malam buta.....
Terima kasih rakan-rakan yang datang melawat AJ kat hospital dan kat rumah.....
Terima kasih juga buat rakan-rakan blogger yang concern dengan kesihatan AJ, sampai ada yang buat entri..
Yang AJ perasan entri Mak Dara dan Tengku Butang....
AJ terharu sangat...... Mungkin ada yang AJ tak perasan, maaf ye.....
Ada juga blogger dan kawan-kawan yang bertanyakan khabar melaui WeChat, Whatsapp, Facebook, Twitter semua......
Terima kasih sangat-sangat.... Maaf tak dapat nak sebut nama semua orang kat sini....
Dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan AJ secara langsung dan secara tidak langsung...
(Dah macam ucapan menang award lah pulak kan.... OVER sangat)
Alhamdulillah sekali lagi, berkat doa kalian AJ dah beransur sihat...
Sekarang ni AJ kena control makan sikit sampailah AJ betul-betul sihat...
Tak boleh nak skip ubat.... Sebab mentara guru Abah dan Mr.JR ada nak monitor...
Hahhahahahhaha.......

Ni antara yang sempat lawat AJ....
Tapi ni dioranglah yang snap...





 YB menyampaikan sumbangan kata kawan AJ ni....
hahhahahahahahahhaha.....

Okaylah, tu je la laporan AJ masa admitted kat PPUM tu..... =P

P/s : Hutang BW banyak.....
Nanti AJ bayar... =D



Baca Selanjutnya »