Selamat Hari Lahir Mak!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni merupakan hari yang sangat istimewa....
Sebab arini merupakan hari ulangtahun kelahiran mak AJ yang ke-60....
Alhamdulillah AJ masih mempunyai seorang insan yang bergelar Mak........

"Allah selamat kan kamu....  
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan Puan Sri Emak.... =D
 Allah selamatkan kamu....."

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Mak....
Adik doakan Mak sentiasa panjang umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.......
Terima kasih kerana pernah menyuapkan kami adik beradik dengan air tangan Mak...
Terima kasih kerana masih membekalkan makanan buat Adik ke tempat keje....
Terima kasih atas segalanya......
Allah swt sahaja yang mampu membalas setiap titik susu, air tangan dan kasih sayang yang Mak dah curahkan selama ini.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE-60


I Love U "Super" Mak!!!!!
Stay cun and cute.....
Hehehhehehehhe.....

Love, ADIK...

P/s : Nak bagi hadiah apa ek yang sesuai???


Baca Selanjutnya »

WW #38 : Buatlah Pilihan Bijak!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Ingat tarikh ni : 5 MEI 2013

Pilihan di tangan anda yang mengundi....
So siapa AJ nak undi ni???
Hj. Bakhil ke, Pendekar Mustar ke, Sharib Dol?????
Pening... pening... pening..... =P

P/s : Undi adalah rahsia...

Baca Selanjutnya »

Glory-Glory Manchester United!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

The 2012/13 Barclays Premier League champions are...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MANCHESTER UNITED!!!!!!


Congratulation to my most favourite team Manchester United!!!!!!

Hasil jaringan hat-trick Robin Van Persie pada minit ke 2, 13 dan 33 pada perlawanan menentang Aston Villa awal pagi tadi..........

Manchester United (3) - Aston Villa (0)

Dengan ini Manchester United mengungguli tangga teratas dengan 84 mata daripada 27 kemenangan, tiga seri dan hanya empat kekalahan.....

Tahun lepas korang kutuk kan...
King Cup la, ape cup la.......
This year, we've made it....

P/s : Happy!!!


Baca Selanjutnya »

Mood Kelaut! 3 in 1....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini mood AJ agak kelaut sikit...... Mood 3 in 1....!
Masuk ofis dah busy cari dokumen.. Lepas tu duk call courier untuk parcel ke Aussie.....
Dah settle semua tu, AJ renung PC then PC renung AJ balik..
BW pun sesikit je tadi.......
Lagipun malam tadi AJ tidur lambat.....
Entah kenapa tetibe feeling blues duk teringat kat allahyarham Reid....
Dah hampir  9 bulan dia pegi, tapi everytime dengar pasal kemalangan atau kematian suddenly akan teringat kat dia.....
Time nak type entri ni pun, dah bergenang airmata...
AJ pun tak tau kenapa ingatan kami kat arwah tu terlalu kuat..
Maksud kami tu, AJ, Mr.JR dan kawan-kawan yang lain....
Mungkin sebab personalitinya yang menyenangkan.. Dan pada AJ mungkin ada sikit ralat yang AJ duk ingat-ingat sebelum pemergian dia tu....
Jenuh jugak Mr.JR duk memujuk AJ dalam telefon dan mesej.....
Al-Fatihah Reid....... Aku doakan kau tenang disana....

Okay tutup cerita sedih........ =D
Lagi 1 yang buat mood AJ kelaut ialah tak sabar nak CUTI!!!!
Yeayyyyyyy...... Tadi AJ dah book apartment dah....
Harapnya nanti masa kat sana cuaca elok...
Kan few days ni dah start cuaca hujan je.....
Risau jugak kalau kat sana nanti hujan...
Macam mana nak mandi laut??
Macam mana nak naik banana boat...
Macam mana nak "verangan" ala-ala kat Phuket??
Kihkihkihkih.. =P

Ada rasa nak join cuti tepi pantai tu tak?? 

P/s : Apa ni tengah keje fikir pasal cuti???
Hahahhahah...
Ni lah staff berdedikasi kaaaaannnnnnnnnn... =P



Baca Selanjutnya »

Al-Fatihah Buat Wan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ tak tau dah berapa banyak entri pasal rakan-rakan biker yang down penah AJ tulis..
Arini 1 lagi kisah sedih kami terima...
Al-Fatihah buat kawan kepada Mr.JR, Wan yang meninggal akibat kemalangan.....
Beliau dikatakan terbabas di jalan Parlimen dan dilanggar lari ketika cuba mengangkat motosikalnya pada pukul 2.30 pagi, 21 April 2013.....
Beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar Kuala Lumpur sejurus selepas kemalangan....
Namun disahkan meninggal dunia lebih kurang 6.55 petang tadi akibat kecederaan dalaman.....
Kami semua mengetahui berita mengenai kemalangan beliau pada lebih kurang 3 petang tadi....
AJ penah berjumpa arwah beberapa kali masa ikut Mr.JR pegi ride.....
Walaupun tak begitu rapat, kami semua tetap bersedih atas pemergiannya......
Bak kate Melvin, camne pun kau tetap kawan kitorang...
Ni la yang AJ suka dengan semangat bikers...
Semoga allahyarham Wan ditempatkan dikalangan insan yang beriman......
Malam tadi AJ dan Mr.JR pegi kejap ke bilik mayat HKL, tapi tak dapat nak melawat jenazah.....
Katanya masih menunggu pihak polis......
Ramai kengkawan yang ada time tu, Melvin, Lias, Roshen, Bancik semua....
Sorang lagi kawan kami meninggal dunia akibat kemalangan dalam masa tak sampai setahun......

Al-Fatihah buat Wan dan juga Al-Fatihah buat Allahyarham Reid.....

Buat keluarga dan orang-orang yang rapat dengan arwah, salam takziah dari Midnight Runner.....
Ride in peace...



P/s : Ajal maut di tangan Allah swt...
Ya Allah, kau lindungilah kami semua.....





Baca Selanjutnya »