ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Okay kali ni AJ nak cerita pasal step by step MY JOURNEY TO BRACES.....
Sebenarnya AJ memang dah lama sangat simpan hasrat nak jadi gadis si gigi besi ni...
Tapi ada je benda yang halang...
So sekarang ni la baru AJ ada peluang nak buat......
Time ni, AJ pun belum pasang lagi braces nya.... Tengah tunggu tibanya hari kejadian tak lama lagi je ni...
Nak buat macam mana, ramai sangat yang nak pasang..
So kenalah take turn... =D
Korang tau apa itu braces??
Kalau tak tau, meh AJ nak cerita sikit apa itu BRACES....
Braces atau Pendakap gigi (juga dikenali sebagai pendakap ortodontik, atau pendakap) adalah alat yang digunakan dalam orthodonsi yang menyelaraskan dan meluruskan gigi dan membantu untuk meletakkan mereka berkenaan dengan gigitan gigi seseorang, manakala juga bekerja untuk meningkatkan kesihatan gigi..
Mereka sering digunakan untuk membetulkan malocclusions, gigitan, gigitan salib (cross), gigitan terbuka, gigitan mendalam, gigi bengkok, dan pelbagai kelemahan lain gigi dan rahang....
Pendakap gigi ini merupakan penyokong boleh sama ada kosmetik atau struktur...
Pendakap gigi sering digunakan bersama-sama dengan peralatan lain ortodontik untuk membantu meluaskan lelangit atau rahang dan selainnya membantu dalam membentuk gigi dan rahang....
1. Metal Braces
Metal braces atau pendakap gigi logam adalah jenis yang biasa digunakan....
Jenis braces ini adalah amat selesa,cekap, dan terkini. Ramai pesakit menikmati pemakaian braces kerana boleh mempunyai bracket braces yang berwarna-warni apabila meletakkan elastics berwarna (gelang getah) yangdiletakkan atas pendakap mereka...
Ia seterusnya dapat mengekspresikan kehidupan sesuatu yang amat teruja dan seronok dengan memakai braces....
Warna braces dapat ditukar pada setiap kali kunjungan ke klinik atau apabila mendapatkan rawatan...
2. Clear Ceramic Braces
Pendakap gigi seramik atau seramic braces diperbuat daripada bahan yang kurang kelihatan pada gigi berbanding metal braces...
Ia kadang-kadang menampakkan seperti si pemakai tidak memakai braces...
Atas sebab ini, seramic braces banyak digunakan terutamanya remaja dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah gigi kosmetik....
Seramic braces merawat gigi anda dengan menggunakan cara yang sama seperti metal braces...
Clear ceramic braces juga sangat selesa untuk dipakai dan sangat cekap untuk menampakkan hasil pada gigi anda...
3. Self Ligating Brackets
Perkembangan terkini dalam orthdontics adalah self ligating brackets di mana bracket ini dapat berfungsi tanpa gelang getah elastic (rubber band)...
Namun, rubber band masih boleh diletakkan atas kehendak pesakit...
Melalui kombinasi dengan wayar berteknologi tinggi, braces ini menggunakan daya yang lebih lembut ke atas gigi selain tempoh rawatan yang lebih pendek masa serta kesan yang lebih memberansangkan...
Hasilnya adalahs enyuman yang indah dan estetika muka yang lebih menarik terbentuk....
Terdapat banyak jenis boleh didapati di pasaran seperti Lotus bracket dan 3M bracket....
4. Damon Braces
Melalui Damon Braces, anda boleh menjalankan rawatan tanpa mengetatkan yang mengurangkan ketidak selesaan anda ketika memakai braces.
Wayar yang berbentuk memori berteknologi tinggi menyebabkan gigi bergerak lebih cepatdengan hanya memerlukan sedikit penyesuaian.
Pendekatan rawatan baru yang terbukti secara klinikal yang mengembalikan gigi anda tersusun rapi dapat juga meningkatkan bentuk muka anda dan paling penting, rawatan ini biasanya tidak memerlukan sebarang cabutan gigi.
Damon Braces direka untuk keselesaan pemakai serta mudah untuk menjaga kebersihan gigi anda...
Tanpa ikatan kenyal yang menarik yang mengumpul plak, Damon Braces menjadikan kebersihan gigi mudah dijaga semasa tempoh rawatan dijalankan...
5. Clear Path Braces
Rawatan clearpath aligner adalah revolusi baru dalam kaedah rawatan ortodontik menggunakan sarung pendakap yang jernih dan direka khusus megikut keperluan gigi pesakit...
Aligner ini akan dimuatkan pada gigi yang berfungsi membetulkan posisi gigi dari awal hingga akhir...
Rawatan ini dilaksanakan oleh pakar ortodontik cleapath yang bertauliah dan tempoh rawatan bergantung antara enam hingga 18 bulan dengan membabitkan 12 hingga 30 penyelaras...
Clearpath menawarkan pilihan baik kepada pesakit yang berkeinginan memiliki gigi lurus...
pesakit mendapat kebebasan untuk makan,menggosok serta menggunakan flos gigi tanpa sekatan daripada pendakap logam.rawatan clearpath amat berbaloi...
Produk ini mula dipasarkan sejak 10 tahun lalu di pasaran Asia Barat, Afrika Utara, Russia, Eropah dan hanya kini memasuki pasaran Asia Tenggara.
Ianya berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan yang unik kerana menawarkan jalan penyelesaian untuk meluruskan gigi melalui teknik bersih, mudah dan jernih.
Kos memasang braces bergantung kepada jenis braces dan klinik pergigian itu sendiri...
Biasanya braces menelan belanja RM 4k dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit......
Biasanya pesakit boleh membayar secara ansuran.....
Sila berbincang dengan doktor mengenai kos dan ansuran ye....
AJ rasa ni je la yang korang kena tau pasal braces....
Tapi ni baru 1st entri... Banyak lagi AJ nak cerita nanti.......
Next??? To be continue.......
Sila tengok sidebar untuk semua entri berkaitan MY JOURNEY TO BRACES...
P/s : Gigi Besi in the making... =P
Tik tok tik tok.. Counting....!