My Braces Journey : Apa Itu BRACES???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay kali ni AJ nak cerita pasal step by step MY JOURNEY TO BRACES.....
Sebenarnya AJ memang dah lama sangat simpan hasrat nak jadi gadis si gigi besi ni...
Tapi ada je benda yang halang...
So sekarang ni la baru AJ ada peluang nak buat......
Time ni, AJ pun belum pasang lagi braces nya.... Tengah tunggu tibanya hari kejadian tak lama lagi je ni...
Nak buat macam mana, ramai sangat yang nak pasang..
So kenalah take turn... =D

Korang tau apa itu braces??
Kalau tak tau, meh AJ nak cerita sikit apa itu BRACES....

Braces

Braces atau Pendakap gigi (juga dikenali sebagai pendakap ortodontik, atau pendakap) adalah alat yang digunakan dalam orthodonsi yang menyelaraskan dan meluruskan gigi dan membantu untuk meletakkan mereka berkenaan dengan gigitan gigi seseorang, manakala juga bekerja untuk meningkatkan kesihatan gigi..
Mereka sering digunakan untuk membetulkan  malocclusions, gigitan, gigitan salib (cross), gigitan terbuka, gigitan mendalam, gigi bengkok, dan pelbagai kelemahan lain gigi dan rahang....
Pendakap gigi ini merupakan penyokong boleh sama ada kosmetik atau struktur...
Pendakap gigi sering digunakan bersama-sama dengan peralatan lain ortodontik untuk membantu meluaskan lelangit atau rahang dan selainnya membantu dalam membentuk gigi dan rahang....

Jenis-Jenis Braces

1. Metal Braces

Metal braces atau pendakap gigi logam adalah jenis yang biasa digunakan.... 
Jenis braces ini adalah amat selesa,cekap, dan terkini. Ramai pesakit menikmati pemakaian braces kerana boleh mempunyai bracket braces yang berwarna-warni apabila meletakkan elastics berwarna (gelang getah) yangdiletakkan atas pendakap mereka...
 Ia seterusnya dapat mengekspresikan kehidupan sesuatu yang amat teruja dan seronok dengan memakai braces....
Warna braces dapat ditukar pada setiap kali kunjungan ke klinik atau apabila mendapatkan rawatan...


2. Clear Ceramic Braces


Pendakap gigi seramik atau seramic braces diperbuat daripada bahan yang kurang kelihatan pada gigi berbanding metal braces...
Ia kadang-kadang menampakkan seperti si pemakai tidak memakai braces...
Atas sebab ini, seramic braces banyak digunakan terutamanya remaja dan pesakit dewasa yang mempunyai masalah gigi kosmetik....
 Seramic braces merawat gigi anda dengan menggunakan cara yang sama seperti metal braces...
Clear ceramic braces juga sangat selesa untuk dipakai dan sangat cekap untuk menampakkan hasil pada gigi anda...

3. Self Ligating Brackets


Perkembangan terkini dalam orthdontics adalah self ligating brackets di mana bracket ini dapat berfungsi tanpa gelang getah elastic (rubber band)...
Namun, rubber band masih boleh diletakkan atas kehendak pesakit...
Melalui kombinasi dengan wayar berteknologi tinggi, braces ini menggunakan daya yang lebih lembut ke atas gigi selain tempoh rawatan yang lebih pendek masa serta kesan yang lebih memberansangkan...
 Hasilnya adalahs enyuman yang indah dan estetika muka yang lebih menarik terbentuk....
Terdapat banyak jenis boleh didapati di pasaran seperti Lotus bracket dan 3M bracket....


4. Damon Braces


Melalui Damon Braces, anda boleh menjalankan rawatan tanpa mengetatkan yang mengurangkan ketidak selesaan anda ketika memakai braces.
Wayar yang berbentuk memori berteknologi tinggi menyebabkan gigi bergerak lebih cepatdengan hanya memerlukan sedikit penyesuaian.
Pendekatan rawatan baru yang terbukti secara klinikal yang mengembalikan gigi anda tersusun rapi dapat juga meningkatkan bentuk muka anda dan paling penting, rawatan ini biasanya tidak memerlukan sebarang cabutan gigi.
Damon Braces direka untuk keselesaan pemakai serta mudah untuk menjaga kebersihan gigi anda...
Tanpa ikatan kenyal yang menarik yang mengumpul plak, Damon Braces menjadikan kebersihan gigi mudah dijaga semasa tempoh rawatan dijalankan...

5. Clear Path Braces


Rawatan clearpath aligner adalah revolusi baru dalam kaedah rawatan ortodontik menggunakan sarung pendakap yang jernih dan direka khusus megikut keperluan gigi pesakit...
Aligner ini akan dimuatkan pada gigi yang berfungsi membetulkan posisi gigi dari awal hingga akhir...
Rawatan ini dilaksanakan oleh pakar ortodontik cleapath yang bertauliah dan tempoh rawatan bergantung antara enam hingga 18 bulan dengan membabitkan 12 hingga 30 penyelaras...
Clearpath menawarkan pilihan baik kepada pesakit yang berkeinginan memiliki gigi lurus...
pesakit mendapat kebebasan untuk makan,menggosok serta menggunakan flos gigi tanpa sekatan daripada pendakap logam.rawatan clearpath amat berbaloi...
Produk ini mula dipasarkan sejak 10 tahun lalu di pasaran Asia Barat, Afrika Utara, Russia, Eropah dan hanya kini memasuki pasaran Asia Tenggara.
Ianya berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan yang unik kerana menawarkan jalan penyelesaian untuk meluruskan gigi melalui teknik bersih, mudah dan jernih.

Sumber : Klinik Pergigian Dr. Syarifah dan google

Kos Memasang Braces

Kos memasang braces bergantung kepada jenis braces dan klinik pergigian itu sendiri...
Biasanya braces menelan belanja RM 4k dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit......
Biasanya pesakit boleh membayar secara ansuran.....
Sila berbincang dengan doktor mengenai kos dan ansuran ye....

AJ rasa ni je la yang korang kena tau pasal braces....
Tapi ni baru 1st entri... Banyak lagi AJ nak cerita nanti.......

Next??? To be continue.......
Sila tengok sidebar untuk semua entri berkaitan MY JOURNEY TO BRACES...

P/s : Gigi Besi in the making... =P
Tik tok tik tok.. Counting....!



Baca Selanjutnya »

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ terbaca ni dalam fb...
Menarik jugak..
So AJ nak kongsi dengan korang sikit..
Kira macam tazkirah Maghrib la ni dalam sama-sama kita memperbaiki diri masing-masing....


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mengeluh perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit (KEDEKUT)
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam.

Dan AJ nak tambah sikit doa ni....


P/s : Semoga kita semua sentiasa dimurah rezeki dan dijauhi daripada perkara di atas...
Insyaallah, rezeki Allah swt tu luas......


Baca Selanjutnya »

Gwiyomi Oh Gwiyomi VersiKu!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya, atas permintaan ramai....
AJ terjebak jugak dengan Gwiyomi/Kiyomi ni.....
Aduhhhhhh... Memang boleh matilah ini macam...
Hahahhahahahahahaha.....
Memang sangat tak boleh blah!!!
Kalau ada yang lemah jantung, lemah semangat ataupun ada penyakit asma sila jangan tengok..
Kang memudaratkan kesihatan korang lagi pulak......

Dah readyyyyyy?????
Sila sediakan baldi atau besen siap-siap (Just in case) =P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

So this is the VERY ANNOYING GWIYOMI / KIYOMI by AJ......



Keras kejung je gayanya kan kan kan.... Hahahhahahah.....

Terasa ke"Bobo"an pulak disitu.....
Ya ampun AJ!!!!!!!!!

P/s : Follow My "Merepek" Keek ---> ayuejean



Baca Selanjutnya »

Rebat RM200 Dah Ditebus... Yeayyyy!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ingat tak aritu AJ ada tanya mana nak Tebus Rebat RM200 untuk smartphone tu???
Lepas tu dalam  3 minggu lepas kawan AJ ada cakap pasal pakej dari DiGI untuk telefon Alcatel OneTouch Glory 2s....
Harganya RM50 je dah tolak rebat tu.... Memang berbaloilah kan...
AJ apa lagi terus tanya kat kedai dia pegi tu..
Malangnya dah habis stok.... Orang tu cakap ada 7 unit je digi bagi kat dia.....
Lepas tu frustlah sekejap...... =(
Then esoknya tu AJ tengah minum dengan Mr.JR, ternampak iklan pasal tu..
Mr.JR suruh AJ cuba contact dealer tu..
Mulanya dia cakap dah habis stok jugak....
Then berapa hari lepas tu dia contact AJ balik cakap telefon dah ada stok..
Terus AJ melompat happy.....
Alhamdulillah... Ada jugak rezeki AJ......
Then dia siap cakap "cuba tanya ada lagi kawan yang nak jugak..."
Terus AJ war-war kan kat orang lain jugak.....
Sampaikan Mr.JR pun terpengaruh...... Terus dia register untuk pakej komuniksai belia time-time tu jugak..
Mula-mula dia memang tak register, ingatkan tak layak...
AJ suruh je dia cuba... Lepas tu layak pulak... =D
So after dah bagi semua dokumen kat dealer tu, dalam 3-4 hari telefon dah ada dalam genggaman......
Yeaaaayyyyyyy!!!!! Happynya..

Inilah telefonnya...
Not bad lah.... = D

Nak jugak...
*Sila abaikan wajah polos AJ*

Kalau korang yang belum tebus rebat tu...
Kalau nak tau lebih lanjut pasal telefon Alcatel atau Pakej Komunikasi Belia (PKB) ni, boleh KLIK SINI...
Tapi ni DiGI punya lah... Kat situ korang boleh tau dealer yang ada menawarkan PKB...
Provider lain AJ tak tau........
Tapi ni prepaid tau, bukan postpaid... Tu yang AJ nak sangat tu......
Murah dan berbaloi jugaklah... =D

P/s : Ada dua hp "kembar seiras" dengan hp Mr.JR, jangan tertukar dah lah.... =P


Baca Selanjutnya »

Gwiyomi Step..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay tadi BW kat blog +Ainim Suju....
Ternampak step ni....
So AJ minta copy gambar dia.....


Sebenarnya AJ tak tau pun pape pun pasal Gwiyomi or Kiyomi ni...
Semalam ofismate AJ suruh tengok kat Youtube......
Ohhhh.... Itu ke gwiyomi je??
Okay ada yang comel, ada yang meluat lak AJ tengok... =P
Pagi ni pulak sebok suruh AJ yang buat......
Okay, adik-adik abang-abang......
Sekarang dah ada step ni kan...
So korang bolehlah praktis ye....
Make sure buat muka paling comel sekali......
Miss A dan En. Z kat ofis ni, haaaaa... Silalah buat sendiri ye...
AJ tak comel, tak boleh buat...... Kihkihkih...
Kang ada yang muntah darah...
Tak pun suruh Kak Ton yang comel tu buat...... =P

Kalau ada yang masih tak tau apa itu Gwiyomi or Kiyomi tu..
Boleh tengok contoh kat bawah ni.....

AJ main petik je video memana..
kalau tak comel...
ha haaaaa.... Tak tau... =P

DAN...
Kalau korang perasan... Iklan Digi Nuffnang pun pandai nak bergwiyomi..
Biase dia tu.... *Buat muka anak Tomok...* ^__^

P/s : AJ + Gwiyomi = Boleh Mati.. (Orang yang tengoklah... =P)




Baca Selanjutnya »