ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Bila senggugut sesekali datang menyerang...
Aduh rasa macam nak pinjam perut orang lain sekejap kan???
AJ pulak jenis jarang-jarang senggugut....... Tapi bila kena... Humakngai....
Nasiblah sikit je, takdelah sampai berguling-guling....
Ada yang senggugut sampai tak boleh bangun tu...
Jangan ingat senggugut ni tak serius tau.......
So AJ nak kongsikan sikit amalan dan petua yang boleh digunakan bila senggugut datang bertandang.....
Selain amalan diatas, korang boleh cuba petua-petua kat bawah ni.....
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
Sumber : WannuraPetua
Kalau kat ofis sekarang ni pakai petua 5 je la........
Mana pulak nak cari sumber lain kan......
Antara lalu dan tak je la nak minum pahit-pahit tu......
Huhuuuhuhuhu.....
P/s : Sesiapa ada petua lain yang lebih SEDAP dan MENYELERAKAN tak???
Hehehheheheh... =P
Info tambahan dari komen Kak Salmi dibawah..
Pernah dgr ceramah di radio, seorang ustaz (maaf lupa namanya) pernah beritahu senggugut adalah kesan gangguan syaitan/jin.
Cara mengubatinya:
1. campurkan kacang hijau, garam kasar dan lada hitam.
2. Taburkan di atas tikar atau surat khabar.
3. Pijak-pijak atas bahan yg ditabur tadi sambil selawat
(Bahan2 tu boleh disimpan dan digunakan berulang kali)