Mr.JR Nak Buat Blog!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mr.JR : Macam mana nak buat blog ek??
AJ : Kenapa? Bukan dulu dah penah buat ke?
Mr.JR : Dah lupa....
AJ : Erkkkkkk... (Dalam hati..) 


Yup..... Dulu Mr.JR memang ada buat blog, untuk bisnes dia dengan kawan dia......
Entah macam mana AJ boleh terjumpa pulak blog tu, AJ pun tak tau... Stalker
Tapi takde pape pun kat situ, macam rumah tak siap je AJ tengok........
Hikhikhik.......
So blog dia tu masuk kategori "terabai" lah.....
Tetiba last few week Mr.JR tanya AJ soalan atas ni....
Dalam hati "Ahhhh sudah... Dia nak berblog pulak.."
Cukuplah intai blog AJ je kan...... =P
Pastu malam tadi masa lepak-lepak sambil dia duk rawat telefon AJ, dia duk jeling2 apa AJ buat.... Stalker jugak
AJ macam biasalah, intai-intailah blog orang lain pakai Ipad pinjam....
Lepas tu Mr.JR cakap "tunggulah dia ada blog"
Alamak! Abislah... Ni boleh jejaskan periuk nasi Kak Ton AJ ni....
Hahahhahahhahahhahahaha.....
So memang betul nekadlah Mr.JR nak berblog....
Ermmmm.... Takpelah, kalau dia nak berblog, AJ support je la.....
AJ cakap nanti kalau dia dah ada blog AJ buatkan header "kubit" untuk dia...
Apa itu "kubit"????
Nanti bebila AJ cerita...... Hehhehehe...



P/s : Dia berblog, AJ lari pegi Vlog... Ehhhh????? Taknak
Tapi kenapakah setiap entri ada Kak Ton???
Baca Selanjutnya »

Not A Good Start!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arghhhhhhhhh.....
Pagi ni stress gilanya perasaan ni........
Terdera... Memula AJ alami bad hair day!
Ikat macam ni tak kena, ikat macam tu tak boleh, lepas lagilah rasa macam perempuan gila mati laki.....
Aiyaaaaaakkkkkkk......

Muka stress!

Lepas tu pulak ada sorang ni tanya AJ pasal veterinar....
Dia tanya vet AJ selalu pegi tu kerajaan ke swasta......
AJ cakap swasta... Then dia cakap mahal...
Yup memanglah hospital swasta tu mahal..
AJ cakap ada hospital kerajaan... Kat Cheras, UPM dengan Shah Alam.....
AJ suruhlah dia google...
Pastu dia boleh cakap "yelah apa nama nya??"
Nak je AJ jawab, "Kalau aku tau nama dia, alamat segala... Taklah aku suruh google!"
Type je lah kat situ hospital veterinar kerajaan....
Pastu confirm keluar segala maklumat yang kita nak....
Aiyoooo kawan... Segalanya kat hujung jari..
Takkan keyword pun aku nak kena bagitau sebiji-sebiji.....?
Haaaaaa.... Hangin pulak sekejap....

Lepas tu ingatnya nak BW lah..
Sekali dah berkali-kali AJ refresh dashboard...
Asik suruh "Add blog to follow in your reading list"


So sah-sah jap lagilah baru AJ BW....

Moral of the story.....
Sabarlah wahai hati........
Muhasabah diri dan SENYUM... =D

Kan comel dah macam Kak Ton AJ... Ye dak??

P/s : Alhamdulillah.....

Baca Selanjutnya »

Tebus Rebat RM200


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa kat sini ada apply untuk rebat RM 200 bagi telefon bimbit tu??
Korang dah tebus rebat tu tak??
Kalau dah kan.... Kat mana ek boleh tebus kat area KL ni??
AJ punya dah nak expired 21 April nanti...
So kalau tak guna macam sayang pulak....
AJ taknak amik telefon mahal-mahal pun...
AJ cuma nak Samsung Galaxy Y ye..
Buat-buat spare.. Manalah tau kot-kot fon buat hal macam aritu lagi....
Dan juga bagi menggantikan telefon usang AJ tu.....
Kesian dia.... Dah uzur sangat dah nak berkhidmat kat tuan dia.......
Telefon tu pun dah separa mereng....
So sebelum dia mereng dan AJ takde fon spare, baik AJ amik langkah yang bijak......
Tadi kawan AJ cakap kat Tesco Ampang ada..
Lepas tu kat PD pun banyak yang accept rebat tu..
Tapi takkanlah AJ nak jejak sampai ke PD....
Jauh kot...... Mr.JR pulak off hari biasa... Lagilah susah nak pegi.......
Kalau korang tau kat mana, bagitau lah AJ.....
Tapi AJ dengar ramai yang complain... Supplier  akan cakap Samsung Galaxy Y tu takde stock lah, habis lah, apalah......
Al-maklum hp tu kan kalau dah tolak rebat RM 200 dapat harga RM 199 je....
Betul ke ek???
Aiyoooooooo... Susahlah ini macam... Wa takmo hp mahal maaaaa......

Ni la telefon usang yang paling lama berkhidmat dengan AJ tu...

P/s : Bateri SGN AJ tu dah minta baru pulak dah...
Baca Selanjutnya »

WW #32 : Rutin


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Rutin harian kat ofis......
Kadang tu muka polos jugak......
Heheheheheheh...

P/s : Kak Ton AJ Comel Tak???
Hakhakhaktuihhh =P
Baca Selanjutnya »

Spesis Pelik!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kat dalam dunia ni AJ pasti mesti ramai yang penah jumpa spesis pelik..
Tak kisahlah pelik rupa ke, pelik perangai ke, pelik perbuatan..
Tapi memang peliklah.....
AJ pun terkatagori dalam spesis pelik...
Kepelikkan AJ tu, tang tak makan ikan....
Yes!! AJ memang tak makan ikan....
Korang cakaplah betapa lazat dan lemak berkrim pun ikan tu..
Memang taklah AJ makan...
Belum masuk mulut rasa pelik..
Hehehheheheh....
AJ cuma makan ikan pari je...... Sebab apa ikan pari??
Dia takde bau... Takde rasa pelik......
Ikan lain memang AJ takkan makan.....
Tak boleh nak sumbat langsung....
Errr.. Ikan bilis pun makan jugaklah... TAPI..... Yang digoreng garing-garing..
Kalau lembut pun AJ tak lalu makan...
Yang dah jadi rencah sayur ke, apa ke.. Memang tak sentuh...
Since tahun lepas AJ dah ada improvement sikit...
AJ dah pandai makan ikan keli...
Tapi masih sama goreng berlada yang garing..
Kalau lembik memang tak lalu nak makan........
Tu pun kena paksa dan diyakinkan oleh Mr.JR untuk makan.....
Tapi yang lagi pelik, AJ memang suka gila makan laksa.......
Kuah laksa tu ikan... Tak ke pelik???
Tapi kalau dah terasa ikan seketul-seketul dan tulang ikan...
AJ terus sentap..... Slow-slow tolak tepi....
Laksa Jusco memang dah kena reject awal-awal sebab bapak seketul-seketul isi ikan dia.......
Pelik kan???
Apa ke spesis tak makan ikan.......
Hahahhahahaha.....
Okay sekian..
Itu saje cerita untuk petang ni...
Malam kang kalau ada nak merapu, adalah entri..
Kalau tak....... Sayonara, jumpa esok je.... =D


P/s : Entri nak balik....


Baca Selanjutnya »