Spesis Pelik!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kat dalam dunia ni AJ pasti mesti ramai yang penah jumpa spesis pelik..
Tak kisahlah pelik rupa ke, pelik perangai ke, pelik perbuatan..
Tapi memang peliklah.....
AJ pun terkatagori dalam spesis pelik...
Kepelikkan AJ tu, tang tak makan ikan....
Yes!! AJ memang tak makan ikan....
Korang cakaplah betapa lazat dan lemak berkrim pun ikan tu..
Memang taklah AJ makan...
Belum masuk mulut rasa pelik..
Hehehheheheh....
AJ cuma makan ikan pari je...... Sebab apa ikan pari??
Dia takde bau... Takde rasa pelik......
Ikan lain memang AJ takkan makan.....
Tak boleh nak sumbat langsung....
Errr.. Ikan bilis pun makan jugaklah... TAPI..... Yang digoreng garing-garing..
Kalau lembut pun AJ tak lalu makan...
Yang dah jadi rencah sayur ke, apa ke.. Memang tak sentuh...
Since tahun lepas AJ dah ada improvement sikit...
AJ dah pandai makan ikan keli...
Tapi masih sama goreng berlada yang garing..
Kalau lembik memang tak lalu nak makan........
Tu pun kena paksa dan diyakinkan oleh Mr.JR untuk makan.....
Tapi yang lagi pelik, AJ memang suka gila makan laksa.......
Kuah laksa tu ikan... Tak ke pelik???
Tapi kalau dah terasa ikan seketul-seketul dan tulang ikan...
AJ terus sentap..... Slow-slow tolak tepi....
Laksa Jusco memang dah kena reject awal-awal sebab bapak seketul-seketul isi ikan dia.......
Pelik kan???
Apa ke spesis tak makan ikan.......
Hahahhahahaha.....
Okay sekian..
Itu saje cerita untuk petang ni...
Malam kang kalau ada nak merapu, adalah entri..
Kalau tak....... Sayonara, jumpa esok je.... =D


P/s : Entri nak balik....


Baca Selanjutnya »

Tutorial : GIF Images


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okaylah...
Arini AJ dengan senang hati nak buat tutorial sikit.....
Actually AJ tau mende ni pun dari blogger Hanida Moss....
Kalau korang nak tengok tutorial dia, Klik Sini....

Sebenarnya nak buat mende ni tak susah pun.....
AJ bagi korang tutorial 2 in 1 punya.......
Happy tak???? Huhuhuhuhu......

TUTORIAL 1

Penguna Smartphones..
Boleh pegi App Store bagi pengguna Apple dan Play Store bagi pengguna Android then download application FotoRus

Dah download??? Ok bagussssss...
Meh kita belajar...

1. Klik GIF


2. Klik no 1 kalau dah ada gambar atau nak guna gambar dalam gallery
ATAU
Klik no 2 kalau nak amik gambar baru

AJ pilih no 1 untuk guna gambar sedia ada dalam gallery...
Kalau korang pilih no 2 terus skip yang no 3.... Ada faham??

3. Pilih gambar ikut susunan yang korang nak macam dalam bulatan tu..
Kemudian tekan NEXT kat atas tu..
Ada nampak???


4. Pilihlah nak effect macam mana...
Nak laju nak slow ke kat bawah tu.......
Then klik SHARE untuk SAVE...


Pastu DONE......

TUTORIAL 2

Okay kalau korang takde smartphones... Jangan nak sedih-sedih....
Meh sini kita pakai PHOTOSCAPE......
Korang download je application photoscape kat pc or laptop korang....

Dah download??? Bagussssss....
Jom belajar macam mana nak guna....
Sebelum tu make sure gambar yang korang nak guna dah ada dalam pc or laptop tu ye.....

 1. Klik kat Animated GIF macam dalam petak merah tu..
2. Klik ADD then masukkan gambar comel korang tu.....
Tak kisahlah nak masuk sampai 10 gambar pun....


3. Klik no 1 tu untuk laju kan or slow kan movement gambar korang tu....
Klik no 2 untuk set canvas size.... Ikut suka nak besar mana..
Pastu Klik no 3 untuk SAVE...
Yang lain-lain tu tak yah usik pun takpe....


Dah siap bolehlah guna GIF Images korang yang comel tu........


Hasil guna FotoRus...


Ni special sikit boleh edit kaler...
So AJ pilih hitam putih....


Hasil guna PhotoScape..

Yang ni pulak memang pakai kaler asal je...
Tak boleh tukar-tukar...



P/s : Faham Ke Tidak???
Baca Selanjutnya »

Aduhlah Migrain!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ sure ramai yang dah tengok video ni...
Apa perasaan???
Perasaan AJ??? Terasa nak sepak je la mamat ni....
Ya ampun..........
Teganya kau meng"upload" video ni....
Hey dude! If u really want an attention, CONGRATULATION!! u already got it......
Which is my attention to slap u right on your face....!
Pleaseeeeee lah.... Get a life..
Migrain hakak hokeyh! =P


OH TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tak sanggup nak tengok, nak dengar atau nak cakap apa-apa lagi...

Opsssssss..... Terpengaruh pulak dengan GIF images gara-gara Blogger Hanida Moss


P/s : Oh muntah!

Baca Selanjutnya »

5 Tips Memilih Pakaian


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ baca dalam EH! ada Tips memilih seluar jeans....
AJ baca Remaja pulak ada tips memilih pakaian.....
Elok sangatlah tu..
Meh AJ kongsikan ilmu yang AJ dapat dengan korang pulak....
Untuk sesiapa yang belum baca dan belum tau lah ye... =D


“Wah, cantiknya baju tuh ! nak beli lah. Muat tak muat belakang kira janji aku dapatkan dia dulu!”

Pernahkah kamu berada seperti situasi di atas ? Membeli tanpa berfikir panjang ! Jaga-jaga takut di kesudahannya kamu menyesal kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang kamu sendiri tidak puas hati. Jom pelajari 5 pekara yang seharusnya kamu titik beratkan ketika memilih pakaian.



1. Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu....
Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai....
Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.

2. Rona warna yang sesuai
Pemilihan warna juga penting!
Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ?
Adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain.
Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.

3. Teliti jenis kain
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu.... 
Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya....
Bukan apa takut-takut jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat... Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau...
Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak? 
Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali kedua!

5. Pastikan zip berfungsi dengan betul
Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak...
Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau tidak....
Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku....

P/s : Harap tips ni membantu!
Baca Selanjutnya »

Kadang Malas Nak Dengar


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Al-kisahnya.....
Kat ofis AJ sekarang ni ada sorang akak ni.....
Dia memang suka sangat bercerita.....
Semalam bas lambat ke, hari hujan ke mesti dia bercerita even kita pun tau hari memang hujan semalam.....
Kadang tu pulak, dia asik bercerita kisah yang sama......
AJ ni dalam terpaksa redha dengar, angguk geleng.....
Kang kalau AJ suarakan rasa hati yang memang tak berapa nak dengar cerita dia kang.....
Kecik pulak hatinya...
Al-maklum, akak tu dah berumur awal 50-an....
Takut pulak dikatakan tak hormat.......
AJ pun malaslah nak buat orang tu terasa hati......
Tapi tu lah.... Bila dia dah start cerita yang tak penting macam semalam hujan, cuaca panas....
Mulalah AJ dah malas nak dengar.....
Dan yang buat AJ lagi malas nak dengar bila dia start bercerita pasal hal orang.....
Haaaaaaaaa..... Siapa nak jawab tu??
Bernanah telinga wooo......
Entah cerita betul, entah tak AJ pun tak tau......
So terpaksalah tadah telinga or buat-buat ada keje walaupun takde keje langsung......
Kot di iya kan, salah.... Geleng pun salah.... Serba salah jadinya!


P/s : Any Tips???
Baca Selanjutnya »