Aduhlah Migrain!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ sure ramai yang dah tengok video ni...
Apa perasaan???
Perasaan AJ??? Terasa nak sepak je la mamat ni....
Ya ampun..........
Teganya kau meng"upload" video ni....
Hey dude! If u really want an attention, CONGRATULATION!! u already got it......
Which is my attention to slap u right on your face....!
Pleaseeeeee lah.... Get a life..
Migrain hakak hokeyh! =P


OH TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tak sanggup nak tengok, nak dengar atau nak cakap apa-apa lagi...

Opsssssss..... Terpengaruh pulak dengan GIF images gara-gara Blogger Hanida Moss


P/s : Oh muntah!

Baca Selanjutnya »

5 Tips Memilih Pakaian


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ baca dalam EH! ada Tips memilih seluar jeans....
AJ baca Remaja pulak ada tips memilih pakaian.....
Elok sangatlah tu..
Meh AJ kongsikan ilmu yang AJ dapat dengan korang pulak....
Untuk sesiapa yang belum baca dan belum tau lah ye... =D


“Wah, cantiknya baju tuh ! nak beli lah. Muat tak muat belakang kira janji aku dapatkan dia dulu!”

Pernahkah kamu berada seperti situasi di atas ? Membeli tanpa berfikir panjang ! Jaga-jaga takut di kesudahannya kamu menyesal kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang kamu sendiri tidak puas hati. Jom pelajari 5 pekara yang seharusnya kamu titik beratkan ketika memilih pakaian.



1. Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu....
Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai....
Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.

2. Rona warna yang sesuai
Pemilihan warna juga penting!
Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ?
Adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain.
Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.

3. Teliti jenis kain
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu.... 
Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya....
Bukan apa takut-takut jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat... Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau...
Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak? 
Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali kedua!

5. Pastikan zip berfungsi dengan betul
Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak...
Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau tidak....
Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku....

P/s : Harap tips ni membantu!
Baca Selanjutnya »

Kadang Malas Nak Dengar


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Al-kisahnya.....
Kat ofis AJ sekarang ni ada sorang akak ni.....
Dia memang suka sangat bercerita.....
Semalam bas lambat ke, hari hujan ke mesti dia bercerita even kita pun tau hari memang hujan semalam.....
Kadang tu pulak, dia asik bercerita kisah yang sama......
AJ ni dalam terpaksa redha dengar, angguk geleng.....
Kang kalau AJ suarakan rasa hati yang memang tak berapa nak dengar cerita dia kang.....
Kecik pulak hatinya...
Al-maklum, akak tu dah berumur awal 50-an....
Takut pulak dikatakan tak hormat.......
AJ pun malaslah nak buat orang tu terasa hati......
Tapi tu lah.... Bila dia dah start cerita yang tak penting macam semalam hujan, cuaca panas....
Mulalah AJ dah malas nak dengar.....
Dan yang buat AJ lagi malas nak dengar bila dia start bercerita pasal hal orang.....
Haaaaaaaaa..... Siapa nak jawab tu??
Bernanah telinga wooo......
Entah cerita betul, entah tak AJ pun tak tau......
So terpaksalah tadah telinga or buat-buat ada keje walaupun takde keje langsung......
Kot di iya kan, salah.... Geleng pun salah.... Serba salah jadinya!


P/s : Any Tips???
Baca Selanjutnya »

Typo Error!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam berblog ni tak sah kalau takde typo error....
Kadang tu rasanya kita dah double triple check dah..
Tapi still ada error......
Selalunya typo error tu kita fahamlah jugak....
Macam samapi = sampai, janagn = jangan...
Tapi kadang tu ada typo error yang kita sendiri baca pun kita tak faam faham...
Apatah lagi orang lain.....
Korang penah baca tak blog yang typo error nya buat korang tak faham dan malas nak baca entri tu??
Selalunya kan...
Apa yang korang buat untuk elakkan adanya kesalahan bahasa yang banyak dalam entri korang?
Boleh share sikit tak...? =D
AJ selalunya baca banyak kali....
Tapi kalau dah publish nampak ada error tu, terus AJ edit balik....
Kalau sikit-sikit tu AJ buat buta je la........
Tapi kadang rasa malu pulak ada typo ni...
Nak pulak yang kita komen kat blog orang..... Tu tak boleh nak undo kan.......
Tadi pun nak type cepat-cepat kononnya, ada pulak typo error dalam komen..
Yang AJ ingat sambut jadi sambuat..... Sambut + buat kot... =P
Heheheheheheh... =D


P/s : Setiap orang melakukan kesalahan.....
*Ayat yang digariskan typo dalam entri ni....
Baca Selanjutnya »

Mana Satu Sifat Kita?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ ada terbaca ni dalam EH!...
Hurmmmm.... Agak menarik...
Jom AJ kongsi dengan korang pulak....

Dalam dunia psikologi, terdapat empat jenis sifat manusia. Setiap individu pasti memiliki beberapa dari jenis sifat ini. Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

SANGUNIS, SI POPULAR
Keperibadian yang menarik, punya sifat jenaka yang tinggi, suka menghidupkan suasana, emosional dan demonstratif, periang dan penuh semangat, serta kaya rasa ingin tahu....
Dalam pekerjaan anda seorang yang kreatif, inovatif, antusiasme, sukarelawan, menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja....
Sebagai seorang teman, mudah bergaul, mencintai orang lain, suka dipuji dan menyenangkan....
Suka kegiatan spontan, merupakan figura seorang pemimpin sirkus (Menatang apa pulak sirkus ni??)....

MELANKOLIS, SI SEMPURNA
Berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, analitis, mendalam dan seorang pemikir, menghargai keindahan, peka terhadap perasaan orang lain, idealis dan suka berkorban...
Dalam pekerjaan, orang melankolis berorientasi pada jadual, seorang yang mementingkan kesempurnaan, punya piawaian yang tinggi dan rinci, tertib dan tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai....
Sebagai seorang teman, melankolis adalah orang yang setia, sedia mendengar keluhan, hati-hati dalam berteman, sangat memperhatikan orang lain, terharu oleh air mata penuh belas kasihan. Pencari teman hidup ideal...

KOLERIS, SI KUAT
Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif, berkemahuan kuat dan tegas, tidak emosional bertindak, tidak mudah patah semangat, memancarkan keyakinan, bebas dan berdikari...
 Dalam pekerjaan berorientasi matlamat, melihat seluruh gambaran, tersusun dengan baik, mencari pemecahan praktis, bergerak cepat untuk bertindak, mendelegasikan pekerjaan, menekankan pada hasil, berkembang kerana saingan....
Orang koleris tidak terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan mengorganisasi, biasanya selalu benar, unggul dalam keadaan darurat....

PHLEGMATIS, SI DAMAI
Rendah hati, mudah bergaul dan santai, tenang, sabar, konsisten, simpati dan baik hati. menyembunyikan emosi, bahagia menerima kehidupan....
Dalam pekerjaan, punya kemampuan administratif, menjadi penegah masalah, menghindari konflik, baik di bawah tekanan, menemukan cara yang mudah, mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selera jenaka yang menggigit, suka mengawasi orang, mempunyai banyak teman, punya belas kasihan dan perhatian...


So yang mana 1 korang......
AJ rasa, AJ yang 1st tu kot.... =D

P/s : Pembawakan kita cermin peribadi kita sendiri... =D
Baca Selanjutnya »