Kisah ini AJ amik dari fan page Adam Corrie sendiri.....
Cerita ini telah diringkaskan oleh beliau....
Rasa terharu dan sebab dada AJ kalaa membacanya....
Allahuakbar........ Besarnya kuasa Allah swt...
Jom sama-sama kita baca..
Assalamualaikum sahabat-sahabat. Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.
Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman
13 July 2007 in Bangunan PERKIM jln ipoh 13 Julai 2007, Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.
Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.
Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.
Bagaimana boleh peluk Islam? 1. Kaabah. - sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana. 2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka. 3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi. Bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah pegangmu.
Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)