Bila berada dalam keadaan ditelan mati emak, diluah mati bapak ni memang susah nak buat keputusan.....
Kita jadi tak tahu nak buat apa.....
Buat ini salah, buat itu pun salah.....
Kalau amik keputusan macam ni, yang ni terasa hati....
Kalau buat keputusan macam ni pulak, yang tu makan hati.....
Dalam keadaan macam ni, kita kena bertenang dan jangan ambil jalan mudah...
Berdiam diri, melarikan diri bukannya jalan yang terbaik.....
Bila terbaca kes Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad dan ND Lala teringat kisah AJ dan Mr.JR...
"Bukan membuka pekung di dada..... Tapi sekadar perkongsian bersama!!"
To be truth, hubungan kami bukanlah hubungan yang direstui pada mulanya.....
Biasalah kalau cinta dua budaya ni susah nak yakinkan semua pihak......
Macam-macam yang telah kami lalui.......
Lepas satu, satu dugaan yang tiba.......
Memang orang cakap restu itu penting dalam sesebuah hubungan....
Yes, kami percaya dan pegang kata-kata tu...
Sebab tu kami tak pernah nak bertindak membuta tuli......
Dalam keadaan macam ni, mental dan fizikal memang kena kuat.......
Airmata??? Jangan nak cakaplah....
Berempangan dah habis......
Adakala hati ni rasa nak pecah......
Jiwa memang memberontak...
Kalau ikut hati yang memberontak, memang rasa nak lari jauh...
Nak tinggalkan segala-galanya...
TAPI...
Tu bukan caranya......
Cara untuk menangani permasalahan ditelan mati emak, diluah mati bapak!
(Mengikut pengalaman AJ sendiri)
1. Dalam keadaan ni... Semua pihak kena bertenang....
Kalau boleh dalam masa terdekat cuba jangan amik tindakan atau bercakap sesuatu yang boleh memburukkan lagi keadaan...
Sebab semua yang terlibat berada dalam keadaan tegang......
2. Jangan simpan perasaan... Kalau boleh cerita atau luahkan kepada orang yang kamu boleh percayai...
Sekurang-kurangnya apa yang terbuku dalam hati tak menjadi barah yang boleh berubah menjadi dendam!
3. Banyakkan berdoa dan bersabar.... Kita masih ada Allah swt.....
4. Kalau korang rasa hubungan tu masih mampu bertahan dan berpotensi untuk pegi jauh, buktikan pada mereka dengan cara yang betul......
Bukannya memaksa macam lari kemana-mana pastu balik bawak perut.. Sah-sah lah kena kawen jugakkan... Tak ke secara paksa namanya tu?
5. Amik hati mereka sedikit demi sedikit... Jangan bersifat kurang ajar!
Ingat orang yang lebih tua, tak berfikir macam mana kita yang muda ni fikir..
Mereka akan fikir yang buruk dulu selalunya......
6. Cuba berbincang dan terangkan kepada mereka tentang perasaan kamu dan si dia....
Dan sejauh mana kesungguhan hubungan kamu dan si dia....
Yang rasa cinta main-main je, toksah duk cita lah ek!
7. Jangan bertindak lari atau keluar dari rumah...
Itu hanya akan memberikan tanggapan yang lebih buruk kepada kamu dan pasangan walaupun kamu tidak lari bersama pasangan!
Ataupun, selama kamu keluar rumah tu terjadi apa-apa, siapa yang nak dipersalahkan??
Dan paling siapa yang paling susah hati nanti?? Keluarga kita jugak...
8. Jangan melawan kedua ibubapa...
Memang kata-kata yang diluahkan ibubapa tu pahit untuk kita telan....
Tapi elakkan melawan!
Cuba ingat segala pengorbanan dan jerih-perih mereka selama membesarkan kita...
Sebenarnya banyak lagi.....
Tapi AJ rasa cukuplah sampai sini je......
Biarkan masa menentukan segala-galanya.....
Kalau jodoh tidak kemana kan......
Tapi kalau dah pasangan kita tu macam hantu perangainya, tu dah lain cerita.....
Memang sampai bila pun susahlah nak dapat restu...
Ingat dalam apa perkara pun, semuanya kena ada restu ibubapa.....
Sebagai ibubapa mestilah mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.....
Sekiranya tidak direstui pun, bukan bermakna segalanya berakhir atau takkan dapat restu langsung sampai bila-bila.....
Kita ni yang kena berusaha lebih untuk mendapatkan restu tu........
Tak semua perkara mudah kan.........
Alhamdulillah.....
Berkat kesabaran AJ dan Mr.JR, hubungan kami kini sudah diterima keluarga....
Walaupun memakan masa yang agak lama....
Alhamdulillah, sedikit sebanyak segala-galanya beransur pulih......
Semoga suatu masa nanti hubungan kami berakhir dengan ikatan yang sah....
Lagi direstui kan kalau macam tu.... =D
P/s : Keluarga pun dah start tanya, bila yang disebelah sana nak masuk meminang...
Ehem!!!