Tutorial : Fancy Font


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi blogger Tenku Butang tanya AJ macam mana nak buat Fancy Font tu....
Alaaaaa.... Font yang macam dalam gambar bawah ni...


Okay....
Sebenarnya tak susah mana pun......
Pegi je kat website flaming text,

 STEP 1
Klik Logos then pilih korang nak font macam mana....


STEP 2

Lepas tu korang edit yang nombor 1 tu.....
Sila klik satu-satu ye, text, logo, shadow, background, image size...
Bahagian background pilih transparent....
Image size tu taknak usik pun takpe....
Dah puas hati klik nombor 2 (Create Logo)
Preview ada kat bahagian atas dia....


STEP 3

Klik Personal Use


STEP 4


STEP 5

Pilihlah korang nak Sign Up atau Login via Facebook



 STEP 6

Klik I Agree

STEP 7




SIAP!!!!!

Mana nak letak font ni..
Ikut suka koranglah........

Kalau nak letak kat komen, next step sila pegi cari tutorial kat LyssaFaizureen ye...

P/s : Eh?? AJ buat tutorial lah!
Harap fahamlah..... =D
Baca Selanjutnya »

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nak menyibuk-nyibuk join segmen ni jugak....
Hehheheheheh....
Sementara banyak masa boleh blogwalking ni kan.... =D

Klik banner kalau nak join ye...
Tarikh tutup : 22 Februari 2013

Best jugak join segmen ni...
Dapat tambah kenalan dan jugak dapat bertukar-tukar pandangan kan.....
So apa lagi.....
JOINLAH!!!!

P/s : AJ join!
Baca Selanjutnya »

WW #26 : Wig Hijab???? Boleh Pulak..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Sumber : Fb

Wig Hijab direka menyerupai rambut palsu....
Ehhh?? Ada pulak...
AJ bukan orang yang sesuai nak beri komen...
Tapi nampak macam ada yang tak kena kat situ.....
Okay taknak komen panjang-panjang.....
Apa pendapat korang???

P/s : Takde Ps... =D
Baca Selanjutnya »

8 Lelaki DAMBAAN WANITA!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau sebelum ni AJ bagi korang 8 Lelaki Yang Mesti Dijauhi, sekarang ni AJ nak bagi 8 lelaki dambaan wanita.....
Lelaki yang mak mentua confirm pilih punya.....
Lelaki-lelaki... Meh sini baca....
Kamu dalam kategori 8 yang sebelum ni ke atau 8 yang ni??
Hehheheheheheh.....
Kalau masuk kategori ni, Alhamdulillah lah ye.........
Bahagia Mak Mentua... Eh!!!

1. Beriman
Yang ni sure dan pasti jadi pilihan nombor 1...
Biar takde rupa ala-ala Tom Cruise mahupun Aaron Aziz..
Bila keimanan terpancar, wajah tu nampak manis je.......
Bukannya alim-alim macam musang berjanggut tu ye.......
Kalau yang tu REJECT!!!

2. Setia
Lelaki yang setia pasti menjadi idaman wanita...
Bertuahnya siapa yang mendapat lelaki setia....
Walaupun wanita cantik lalu depan mata, kamu tetap yang paling cantik pada matanya...
Kalau dia jeling-jeling sikit tu, biasalah... Lumrah lelaki...
Tapi dihatinya hanya kamu!

3. Hormat Orang Tua
Kalau lelaki pandai hormat orang tua, pandai amik hati....
Pasti kamu nampak lebih macho pada mata wanita
Siapa tak suka kalau lelaki jenis macam ni???
Silap-silap nanti kamu jadi suami dan menantu kesayangan lagi....

Mak mentua mana yang nak anak menantu bak hantu??
Dahlah nakkan anak orang tu... Boleh pulak tak hormat orang tuanya.......

4. Merendah Diri
Wanita sangat mudah tertarik dengan lelaki yang sentiasa merendah diri.....
Nak pulak bila dia dalam kategori berada tapi masih mengamalkan gaya hidup sederhana....
Lelaki jenis macam ni selalunya pandai berdikari juga!

5. Tegas
Wanita sukakan lelaki yang tegas...
Lelaki sebegini selalunya seorang yang tetap pendirian.....
Bukannya jenis lalang... Ikut je telunjuk.......
Tegas bukan bermakna panas baran...
Tapi tegas dalam membuat sesuatu keputusan bijak dan mampu berfikir secara primitif....
Ketegasan itu melambangkan kematangan!

6. Mampu Menjadi Pelindung
Wanita paling suka kepada lelaki yang sentiasa membuat mereka berasa selamat dalam apa jua keadaan....
Menjadi pelindung bukan bermakna mengongkong!
Pelindung bermakna kamu mampu menjaga keselamatan dan boleh menjadi tempat untuk wanita berlindung..
Tak perlulah badan macam Arnold "SusahNakEja" tu......
Asalkan jangan terlalu patah lembut!
Lelaki kenalah gagah perkasa!



7. Peka
Wanita benci lelaki yang tak sensitif atau kurang peka ni!
Bersikap sambil lewa menunjukkan kamu jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab......
Wanita sukakan lelaki yang peka dengan keadaan sekeliling.....
Kerana kepekaan seorang lelaki menandakan dia seorang yang bertanggungjawab dan mengambil berat....
Sesetengah lelaki mungkin tidak perasan, tapi hakikatnya kalau kamu sedikit sensitif wanita akan rasa lebih disayangi...
Bukan sensitif asik nak merajuk je! Faham tak maksud AJ?

8. Penyayang
Kalau kamu seorang yang penyayang, extra buat kamu...
Lelaki penyayang pasti menjadi dambaan...
Nak-nak yang terserlah ciri-ciri kebapaannya, sukakan kanak-kanak, haiwan......
Lagilah mampu mencairkan hati wanita.....

Okay lelaki, cuba tengok diri kamu...
Ada tak terselit ciri-ciri kat atas ni...
Kalau takde semua pun takpe... 50% dari tu pun dah layak masuk kategori jejaka idaman ni....
Tak semua orang sempurna kan????

Wanita-wanita pulak...
Betul ke ek???
Ni pendapat AJ je....
Kalau nak ikutkan banyak lagi ciri-ciri idaman tu kan......??
Tapi rasanya 8 ni je dah cukuplah kot....

P/s : Mr.JR macam ni ke ek????
Teeettttt... Rahsia AJ... =P
Baca Selanjutnya »

WW #25 : Cergas!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Bangun pagi, cergaskan diri..... =D
Exercise!

P/s : 1,2,3,4...
4 lagi.. =P
Baca Selanjutnya »