Terima Kasih Nurul Yui, Kika dan ShinChan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya sampai pun hadiah GA dari blogger Nurul Yui.....
Lama jugak AJ tunggu......
Yelah bulan Jan/Feb ni kan berderet-deret cuti...
So agak lambatlah barang yang diposkan sampai ke tangan AJ....
Tapi takpelah, dah sampai pun.....
Macam tau-tau je abang posmen ni yang Yui baru email AJ tanya dah sampai ke belum..... =D
Thanks ye Yui....
Thanks juga kat Kika dan ShinChan yang telah AJ eksploitasi aritu....
Hehehehheehe.....
Cute je hadiahnya.......
AJ suka keychain tu.... Siap ada cermin lagi.....
Nanti kalau ada buat GA lagi, jemput-jemputlah AJ......
Dengan tak malunya AJ akan join.... =P
Manalah tau kalau ada rezeki lagi nanti kan......

Comel kan???

P/s : Barulah Semangat!

Baca Selanjutnya »

8 Lelaki Yang MESTI DIJAUHI!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kaum Adam memang pelengkap hidup seorang wanita...
Tapi ingt! Bukan semua kaum Adam tu sesuai dijadikan teman hidup...
Ada beberapa jenis lelaki yang patut kamu jauhi....
Kalau sekadar berkawan biasa, mungkin tiada masalah....
Untuk dijadikan teman hidup???
Baik kamu berfikir panjang!
Jangan menyesal dikemudian hari pulak...
"Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"


1. Lelaki Meminta-minta

Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita...
Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri...
Nak jugak minta tolong walaupun sebenarnya simple je.....
Sanggup ke nak layan karenah mereka??
Sekali sekala okaylah jugakkan... Kalau setiap kali??

2. Lelaki Mudah Dijangka

Lelaki begini takut untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan kerana bimbang perancangan tidak menjadi...
Hidup dengan lelaki begini semestinya membosankan!!
Yelah, dah tau dah segala gerak geri dan tindak tanduk dia.....
Takde yang misteri...
Tak thrilled lah!

3. Lelaki Rengus

Ego dan hanya mementingkan diri sendiri!
Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain...
Korang nak ke keluar dengan orang yang annoying macam tu??
Malu kot!

4. Lelaki Mata Keranjang

Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua....
 Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati...
Boleh ramah... Tapi ada batasnya..
Kalau dah kamu depan mata pun nak ushar perempuan lain... Apa kes???

5. Lelaki Kedekut

Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa?
Kalau taknak bagi bunga, coklat 1 bar pun dah memadai..
Bukannya ajak makan kat TGI Friday pun!
Kalau dah sesen pun berkira.. Boleh bayangkan hidup kamu di masa hadapan???
Hurrrmmmmmm......

6. Lelaki Kaki Gaduh/Panas Baran

Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya....
Ada saja perkara yang dibangkitkan boleh mencetuskan pergaduhan..
kalau bukan dengan kamu, dengan orang lain......
Rasa-rasanya larat ke nak bertengkar je takde hujung pangkal??
Ataupun nak tengok pergaduhan depan mata je sentiasa??

7. Lelaki Perasan Bagus

Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain....
Mereka juga suka bercakap besar dan riak..
Kalau nampak orang kurang sikit, mulalah cerita gebang dia keluar.....
Entah betul, entah tidak ceritanya tu???
Silap hari bulan, telinga kamu pun bernanah beb!

8. Lelaki Pembenci Wanita

Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif mengenai wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah....
So kalau dah dia bencikan wanita.....
Kamu rasa mampukah dia membahagiakan hidup kamu??
Tak mungkin sama sekali...
Baik kamu angkat kaki dari dia secepat yang mungkin......
Ataupun, baik kamu kaji dia cenderung ke arah mana.... GAY ke?!
Opsssss.....

Sumber : EH

Rasanya ni jelah ciri-ciri utama yang patut kamu jauhi.....
Lain-lain tu mungkinlah boleh dipandang enteng......
So pilihan ditangan anda...
Take it or Leave it!!!
Lelaki macam mana yang kamu dambakan?

P/s : Apa Kata LELAKI?
Baca Selanjutnya »

Review Blog Dari PCL


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Aritu AJ ada join Segmen Review Blog, PCL.....
Arini pulak PCL review blog AJ....
Terima kasih PCL atas komen-komen yang PCL bagi...
Insyaallah AJ akan mempertingkatkan ilmu berblogging AJ.......
Okay pasal search box tu, AJ dah letak dah dalam blog.....
Semalam mungkin PCL masuk rumah time tengah renovate... Tu background pelik-pelik je yang muncul....
Hehehheehehehhe.... =D
Mana yang baik, AJ akan cuba kekalkan, makna yang kurang baik AJ akan cuba baiki......
AJ pun baru jugakkan dalam bidang berblogging-blogging ni..
Walaupun blog dah 3 tahun, tapi yang aktifnya baru je sangat... =D
Kalau ada sesiapa lagi nak join segmen PCL tu, silalah cepat-cepat join..
Belum tutup lagi tu......
Dannnnn....
Kalau ada yang nak tambah komen ataupun ada sebarang kritikan mengenai blog AJ silalah berbuat demikian kat ruangan komen...

Korang boleh baca review PCL KAT SINI....

P/s : Terima Kasih!!!
Majulah Blog untuk AJ.. Ehhhh??? =P
Baca Selanjutnya »

Silap Mata Yang Benar-Benar SILAP!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Korang mesti penah tengok silap mata kan????
Ataupun nama saintifik nya "magic"...
Alaaaa... Kerat orang, hilangkan orang, tukar manusia jadi burung dan macam-macam lagi......
Selalunya yang buat silap mata ni pasti mampu memukau ramai orang..
Tapi kali ni AJ nak cerita pasal silap mata yang benar-benar silap...
Kejadian ni berlalu beberapa tahun lepas.....
AJ pun takde dengar pasal ni sebenarnya..
Tapi semalam bila kakak AJ tunjuk video tu, AJ cuba google..
Tak jumpa detail dan nama-nama orang yang terbabit......
Kesahihannya wallahualam......
Yang pasti bukan dalam Malaysia.....
Ini merupakan 1 kesilapan yang paling besar dalam dunia silap mata.....
Sebelum tu jom tengok dulu video ni....


Nampak tak apa yang silap???
Sepatutnya kepala tu diganti dengan kepala patung...
Tapi akibat masalah teknikal mungkin, perempuan di dalam box tu tak sempat bertindak....
Akibatnya......
Tak pasal nyawa melayang......

Kejadian ini berlaku di hadapan beribu-ribu penonton dimana Ahli Silap mata tanpa sengaja telah memotong pembantu yang merupakan isterinya sendiri sehingga terbunuh.....
Menurut pengulas video, si isteri cuba memberikan isyarat menandakan beliau belum bersedia, malangnya bunyi muzik latar dan gergaji elektrik yang bising menyebabkan ahli silap mata tak perasan akan isyarat tersebut....
Penonton mungkinlah tak tau apa-apakan.. Ingatkan perempuan tu duk buat gimik...
Sekali.... Zaaaaassssss........ Memancut darah......
Kan dah terpotong......
Mangsa mati di tempat kejadian......
Apa berlaku seterusnya???
AJ pun tak tau.......  Yang pasti semua yang terlibat dalam persembahan ni pasti trauma....

Lepas ni tak payahlah tengok silap mata nak kerat-kerat orang ni...
Silap-silap terkerat macam ni, apa pun tak dapat..
Jom pakat ramai-ramai tengok silap mata tukar duit ke, daun terup ke..
Sah-sah selamat... =D

P/s: Ajal Maut Tak Kira Tempat!

Baca Selanjutnya »

First Giveaway By Wawa Rosli


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Join Giveaway lagi.....
Nampak macam menarik pulak hadiahnya......
Thanks ye tuan punya blog, invite AJ join....
Jom join reramai.... =D


Klik Banner kalau nak join...
Tarikh tutup : 28 Februari 2013

Kalau korang rasa korang nak hadiah perfume Apple Green, Maria Sharapova, Paris Hilton dan Fantasy..
Jangan malu-malu nak join okay... =D
Manalah tau kot-kot rezeki korang ke....

P/s : AJ join...!!
Baca Selanjutnya »