ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kaum Adam memang pelengkap hidup seorang wanita...
Tapi ingt! Bukan semua kaum Adam tu sesuai dijadikan teman hidup...
Ada beberapa jenis lelaki yang patut kamu jauhi....
Kalau sekadar berkawan biasa, mungkin tiada masalah....
Untuk dijadikan teman hidup???
Baik kamu berfikir panjang!
Jangan menyesal dikemudian hari pulak...
"Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"
1. Lelaki Meminta-minta
Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita...
Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri...
Nak jugak minta tolong walaupun sebenarnya simple je.....
Sanggup ke nak layan karenah mereka??
Sekali sekala okaylah jugakkan... Kalau setiap kali??
2. Lelaki Mudah Dijangka
Lelaki begini takut untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan kerana bimbang perancangan tidak menjadi...
Hidup dengan lelaki begini semestinya membosankan!!
Yelah, dah tau dah segala gerak geri dan tindak tanduk dia.....
Takde yang misteri...
Tak thrilled lah!
3. Lelaki Rengus
Ego dan hanya mementingkan diri sendiri!
Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain...
Korang nak ke keluar dengan orang yang annoying macam tu??
Malu kot!
4. Lelaki Mata Keranjang
Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua....
Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati...
Boleh ramah... Tapi ada batasnya..
Kalau dah kamu depan mata pun nak ushar perempuan lain... Apa kes???
5. Lelaki Kedekut
Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa?
Kalau taknak bagi bunga, coklat 1 bar pun dah memadai..
Bukannya ajak makan kat TGI Friday pun!
Kalau dah sesen pun berkira.. Boleh bayangkan hidup kamu di masa hadapan???
Hurrrmmmmmm......
6. Lelaki Kaki Gaduh/Panas Baran
Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya....
Ada saja perkara yang dibangkitkan boleh mencetuskan pergaduhan..
kalau bukan dengan kamu, dengan orang lain......
Rasa-rasanya larat ke nak bertengkar je takde hujung pangkal??
Ataupun nak tengok pergaduhan depan mata je sentiasa??
7. Lelaki Perasan Bagus
Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain....
Mereka juga suka bercakap besar dan riak..
Kalau nampak orang kurang sikit, mulalah cerita gebang dia keluar.....
Entah betul, entah tidak ceritanya tu???
Silap hari bulan, telinga kamu pun bernanah beb!
8. Lelaki Pembenci Wanita
Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif mengenai wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah....
So kalau dah dia bencikan wanita.....
Kamu rasa mampukah dia membahagiakan hidup kamu??
Tak mungkin sama sekali...
Baik kamu angkat kaki dari dia secepat yang mungkin......
Ataupun, baik kamu kaji dia cenderung ke arah mana.... GAY ke?!
Opsssss.....
Sumber : EH
Rasanya ni jelah ciri-ciri utama yang patut kamu jauhi.....
Lain-lain tu mungkinlah boleh dipandang enteng......
So pilihan ditangan anda...
Take it or Leave it!!!
Lelaki macam mana yang kamu dambakan?
P/s : Apa Kata LELAKI?