Genap Setahun


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni 051212 rupanya dah genap setahun AJ keje kat company sekarang ni......
Dan juga genap setahun Mr. JR tukar keje kat AMEX.......
AJ baru terperasan kejap tadi.....
Tak sangka pulak boleh bertahan keje kat sini.....
Sebelum-sebelum ni, jawatan yang AJ pegang semuanya basis on 6 months contract je.....
So, after 6 months memang AJ tukar keje la....
Cuma yang ni pulak boleh bertahan.....
Hehehhehehe... =D
Kat company ni macam-macam dah AJ lalui........
Kena marah dengan boss, memang tak pernah sekali........ Alhamdulillah... =D
Dan macam-macam ragam ofismate AJ..... Dulu ada sorang tu suka emosi, suka-suka hati nak datang keje atau tak.....
Sini rekod datang lambat, AJ yang pegang....
Rekod balik awal pun, AJ jugak yang pegang......
Takde siapa boleh lawat Ratu datang lambat dan balik awal AJ tau... =P
Tu yang buat boss sayang tu... Ehhhh???
Apapun Selamat Ulangtahun Kerja yang Setahun buat AJ dan Mr. JR... 



P/s : Tapi dah nak berhenti keje... 
Baca Selanjutnya »

WW #17 : Sluurrrrpppp.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


"Ais kacang..... Ais... Ais  Kacang.......
Bila cuaca panas dan lapar dahaga...
Singgah di gerai, ais kacang diminta....
Susu dan jagung, kacang dan lengkung, air gula berwarna....
Campur semua, enak rasanya... Kegemaran kita semua....."

Nak pulak yang atas dia ada aiskrim......
Amboih hai.... TERLIUR..... =D

P/s : Siapa ingat lagu ais kacang ni??????
Baca Selanjutnya »

Amalan Mandi Bunga


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mesti ada di kalangan kita yang biasa dengar mandi bunga...
Sesetengah orang percaya amalan mandi bunga ni membolehkan mendapat jodoh...
Tapi pada AJ itu adalah kepercayaan yang tahyul dan karut semata......
Jodoh bukan datang dengan hanya mandi bunga..
Jodoh itu rahsia Allah swt...
Kalau dia dah tetapkan jodoh kita, maka itulah orangnya..
Bezanya sama ada ia datang secepat yang tak diduga atau lambat yang tidak disangka... =D
Ada pula yang berpendapat mandi bunga dapat menolak bala...
Jika seseorang itu mempercayai bahawa mandi bunga dapat menghindar daripada perkara-perkara buruk maka hukumnya adalah syirik kerana menyamakan bunga dengan kuasa Allah swt... 
Sedangkan bunga itu adalah makhluk Allah dan kuasa tiada batasannya...
Justeru itu sebagai hambanya kita hanya wajib mempercayai segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah SWT. ..

Zaman sekarang mungkin ada yang tidak mengamalkan mandi bunga seprti yang dilakukan semasa zaman nenek moyang kita dahulu...
Kalau ada pun mungkin dapatkan khidmat di spa yang menyediakan perkhidmatan ni kan???
Bagi AJ tak salah mengamalkan mandi bunga selagi niat kita tidak terpesong....

Berikut antara kelebihan mandi bunga...

- Menghilangkan stress
- Menyegarkan tubuh badan
- Menghilangkan bau badan
- Meningkatkan kecerdasan minda
dan yang paling penting MENAIKKAN SERI WAJAH


INFO: Bunga dan khasiat

Mawar merah 
Membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi..

Mawar putih
Menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri...

Cempaka putih 
Melembut dan mewangikan badan..

Cempaka kuning 
Menyerikan wajah dan mewangikan badan...

Melur putih dan kuning
Menyucikan dalaman...

Bunga kenanga
Menaikkan seri wajah..

Limau purut
Membuang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah...

Limau nipis
Melembabkan dan mengurangkan kedutan kulit... 

Selain itu, korang boleh campurkan sedikit daun pandan bagi mewangi tubuh badan.......

Tips sebelum mandi bunga


Sebelum mandi bunga, selawat 33 kali dan bacalah lafaz bismillahirahmanirahim semasa menyiram air ke tubuh badan dengan niat untuk menyegarkan tubuh badan tau! Bukan niat yang bukan-bukan......
Selepas mandi, seelok-eloknya biarkan tubuh badan kering sendiri supaya khasiat mandi bunga dapat diserap tubuh kita dengan baik....
Elakkan mandi tanpa pakaian ye.... Takkan nak berselawat dalam keadaan macam tu kan?





Cubalah!!! Selepas tu korang akan rasa segar sangat..... =D
Apa yang buat AJ tiba-tiba cerita pasal mandi bunga ni???
Kisahnya, semalam AJ mandi bunga... Hehehhehehehe....



Wajah selepas mandi bunga.......
Fresh kan kan kan... =P

P/s : Selamat Mencuba... =D


Baca Selanjutnya »

Bas Oh Bas...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Disaat entri ni ditaip, AJ stil lagi kat bus stop menunggu bas....
Dah sejam lebih AJ menunggu, sekor bayang bas pun AJ tak nampak....
AJ faham bila hari hujan, jalan memang agak jem...
Tapi rasa AJ, kalau setakat jem dari Jalan Pantai Baru sampai ke Pantai Dalam taklah memakan masa sampai 1 jam.....
Mulalah AJ nak baran ni.... Kalau setakat 15-20 minit menunggu, itu memang biasalah...
Kalau dah sampai 1 jam, memamg luar biasa....
Pemandu bas ni mengular ke apa?
Last-last AJ call abah suruh ambik....
Ikutkan malas nak susahkan dia, abis dah macam ni gayanya takkan AJ nak tunggu lagi...
Dah Maghrib ni....



P/s : Nak kena complain RapidKL ni...
Baca Selanjutnya »

Dah NEKAD!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni masuk ofis rasa kosong je.....
Mood nak keje tu memang langsung takde......
Buat keje pun lambat-lambat.....
Toleh kiri nampak dinding, toleh kanan nampak tingkap, toleh belakang nampak lukisan dan toleh depan nampak PC yang kebelakangan ni rajin sangat buat perangai.....
Serius AJ dah takde hati nak bekerja kat sini lagi since pindah ofis september hari tu..
AJ cuba jugak bertahan, tapi nampak gayanya macam dah tak mampu nak bendung lagi perasaan membuak-buak tu...
Akhirnya hari ni AJ nekad.....
Nekad untuk tinggalkan kerjaya AJ disini.......
Mungkin rezeki AJ untuk berkhidmat kat syarikat ni sampai sini je....
Buat apa AJ nak tunggu kalau hati dah tak berminat nak keje kat sini kan...
Daripada AJ melingkupkan ofis ni, baik AJ undur diri.....
Maaf boss.... Bukan tak best keje kat sini...
Tapi atas beberapa faktor yang telah AJ tolak, tambah, bahagi, darab segala....
AJ rasa inilah tindakan yang sewajarnya.....
NEKAD!!!!!
Harapnya En. Boss terima perletakan jawatan AJ ni..... =D
Sebulan je lagi keje sini....
Start new year... MERDEKA!!!!!!!!


P/s : Rezeki Allah swt tu luas...... =D

Baca Selanjutnya »