Dah NEKAD!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni masuk ofis rasa kosong je.....
Mood nak keje tu memang langsung takde......
Buat keje pun lambat-lambat.....
Toleh kiri nampak dinding, toleh kanan nampak tingkap, toleh belakang nampak lukisan dan toleh depan nampak PC yang kebelakangan ni rajin sangat buat perangai.....
Serius AJ dah takde hati nak bekerja kat sini lagi since pindah ofis september hari tu..
AJ cuba jugak bertahan, tapi nampak gayanya macam dah tak mampu nak bendung lagi perasaan membuak-buak tu...
Akhirnya hari ni AJ nekad.....
Nekad untuk tinggalkan kerjaya AJ disini.......
Mungkin rezeki AJ untuk berkhidmat kat syarikat ni sampai sini je....
Buat apa AJ nak tunggu kalau hati dah tak berminat nak keje kat sini kan...
Daripada AJ melingkupkan ofis ni, baik AJ undur diri.....
Maaf boss.... Bukan tak best keje kat sini...
Tapi atas beberapa faktor yang telah AJ tolak, tambah, bahagi, darab segala....
AJ rasa inilah tindakan yang sewajarnya.....
NEKAD!!!!!
Harapnya En. Boss terima perletakan jawatan AJ ni..... =D
Sebulan je lagi keje sini....
Start new year... MERDEKA!!!!!!!!


P/s : Rezeki Allah swt tu luas...... =D

Baca Selanjutnya »

021212 Wedding ♥


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

021212 AJ ada 5 invitation untuk menghadiri majlis perkahwinan dan pertunangan...
Tapi AJ dapat attend 2 majlis je....
AJ minta maaf banyak-banyak pada mana yang tak dapat nak pegi tu.....
Anyway thanks untuk Abang Bad yang tumpangkan AJ ke kedua-dua majlis tu....
Mr.JR tak dapat join sebab keje.... Busy cari duit kawen kot... Hahahhahhha... =P

1st AJ pegi majlis Yaz dan Azrin di USJ 2.....
Temanya hijau kuning.....
Akhirnya jumpa juga Yaz dengan pilihan hati...
Yaz ni kawan AJ masa berkecimpung dalam dunia paintball dulu....

Lepas majlis Yaz, AJ bergegas ke pulak ke Sri Damansara untuk menghadiri majlis Kak Leenda dan Chubby... 
AJ sampai agak lambat... So kebanyakan tetamu lain dah balik pun....
Tinggallah berapa kerat je kat situ....
Tapi takpelah, janji AJ dapat jumpa pengantin...
Hehehehehhehe.... =D

Tahniah kepada kedua-dua pasangan mempelai....
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat....
Dan juga tahniah buat Norhafidzan dan pasangan, Haidar dan pasangan....
Juga selamat bertunang buat Nurul dan Wan....

Yaz dan Azrin / Kak Leenda dan Chubby



Lepas tu macam biasalah.....
Bukannya penuh amik gambar pengantin....
Tapi gambar AJ... Hehehhhehehehe.... =P
Tak dapat jugak bergambar ramai-ramai....



Gedikness Session With Dla.... ♥♥♥

P/s : Asyik pegi majlis orang je AJ ni.....
Mr. JR jom kawen.....
Hehehehheheheh..... Gatai... =P

Baca Selanjutnya »

Tahniah Paan!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pembuka tirai Disember, seorang lagi rakan sekolah merangkap jiran melangsungkan majlis perkahwinan....
Tahniah Paan dan pasangan... =D
Semoga hubungan kalian berkekalan sehingga ke akhir hayat.....
Tadi AJ dengan cousin macam tertanya-tanya.. (Yup cousin sebaya dan sekelas.. =D)
Masa bila Paan dengan junior kami  kat sekolah tu boleh bercinta???
Heheheheheh....
Tu lah kata orang, kalau dah jodoh lari jauh mana atau cari sampai ke hujung dunia pun jika Allah dah tetapkan jodoh kita, itulah orangnya....
Rupanya, jodoh Si Paan satu sekolah je..... Dekat sangat... =D
Alhamdulillah..... AJ tumpang gembira......
Lepas sorang, sorang rakan sebaya AJ menamatkan zaman bujang mereka......
Apapun Tahniah...... =D

Dengan schoolmate yang lain.....
Ni je yang tinggal masa tu.... Lain dah balik kot... =D




Ni bakal pengantin ambik berkat......
Yang hujung tu..... Ema my cousin dan Jem... =D

P/s : Esok lagi banyak Wedding nak pegi.....
Hopefully sempat... =D

Baca Selanjutnya »

Goodbye Anonymous!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya di pagi Jumaat penghulu segala hari ni, AJ ucapkan selamat tinggal kepada pengomen yang bergelar Anonymous........ =D
Sebabnya lately ni banyak pula spam-spam dari Mr dan Mrs Anonymous ni.....
Dan ada pulak yang buat lawak kelakar seram.....
Pegi type komen lucah yang sememangnya takde kena mengena dengan topik......
Tak tau lah tak cukup akal ke apa.......
Setelah AJ fikir-fikirkan, takpelah Mr dan Mrs Anonymous......
Sampai sini saja hubungan anda dengan blog AJ....
Buat penat je type komen panjang-panjang kan...... =P
Mana blogger yang tak letak setting "moderate comment" tu, baiklah buat.......
Kita bukan 24jam menghadap blogkan??
Mana tau time kita tidur tu ada yang buat onar kat comment box......
Naya je.... =D
AJ sendiri tak sanggup nak print screen komen kelakar seram si Anonymous yang AJ dapat tu.....
Buang masa AJ je...... Hahahahahahaha.......


P/s : Mr dan Mrs Anonymous, till we meet again.......
See u when i see u... =P
Baca Selanjutnya »

Terima Kasih CikRongoks!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay banyak pulak masa AJ tak buat keje hari ni kan....
Entah kenapanya lembab je keje berjalan... =P
Hahahhahahah...... Tapi takpelah, janji still berjalan kannnn..... 

AJ nak ucap terima kasih kepada CikRongoks sebab bagi AJ bookmark dan pocket calendar tu....
Actually, AJ ada join lucky draw yang dia buat tempoh hari....
Tapi AJ bukanlah salah seorang yang bertuah........
Alih-alih dapat sampul surat yang berisi 2 bende tu......
Waaaaahhhhhhhh... Tak sangka dapat jugak......
Alhamdulillah... Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas (macam hari raya pulak) tu ye......
AJ hargai sangat-sangat... =D


Suka ayat kat bookmark tu...
"Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,
Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki....
Jangan pinggirkan ALLAH,
kerana Dia yang mengurniakan RASA CINTA"
Very Motivated....

P/s : Alhamdulillah... =D
Baca Selanjutnya »