Alhamdulillah... Semakin Pulih..



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni dah hampir 4 hari "lilttle baby" AJ dalam wad...
Sepanjang hari tu jugalah AJ akan luangkan sikit masa untuk jenguk dia kat vet....
Alhamdulillah keadaan dia semakin baik...
Doc ada bagi laporan ujian dia....
Doc kata takde apa yang perlu AJ risaukan...
Sawan yang dia alami hari tu, tak kekal....
Sawan tu jadi hari tu sebab toksin dalam buah pinggang dia terlalu banyak...
Happy sangat AJ dengar pasal hal tu..
Kalau tak risau sangat.....
Doc cakap kalau takde apa, dalam masa sehari lagi dia boleh keluar.....
Pagi nanti doc akan buka tiub yabg dijahit pada salur kencing dia...
If dia dah boleh buang air secara normal, takde apa yang perlu AJ risau....
Dannnnnnn...... Boboy dah boleh balik rumah....
Yeayyyyyyy.... Harapnya nanti AJ dapat berita baik dari pihak vet....
Oh ya... Masa AJ lawat Boboy tu, ada seekor anjing yang admit sekali dengan dia tu mati....
Alahai sedihnya AJ tengok... Nampak kekecewaan pada wajah doc yang cuba selamatkan dia....
Rupanya deep breath yang dia amik tu yang terakhir...
AJ perasan bende tu.... Tapi AJ tak tau pulam otu nafas terakhir dia...
Lepas dekat 5-10 minit tu barulah staff vet perasan....
Kalaulah AJ perasan nafas dia terhenti time tu, mesti sempat selamatkan dia..... =(
Ajal dia kan.... Nak buat macam mana...
Apa yang penting, A J harap sangat Boboy bertambah sihat dan boleh balik....
Hari Kedua...

Hari Ketiga....
Buat Muka Kesian Minta Balik......

P/s : Mummy's ♥ You Boboy.... =D
After this kena concern lebih sikit kat dia....


Baca Selanjutnya »

Permohonan BR1M 2.0



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini berita yang AJ rasa semua orang tunggu-tunggu kan kan kan.....
Bagi korang yang rasa takde masa nak pegi amik borang ke, malas nak pegi ke apa ke.....
AJ sarankan korang buat permohonan BR1M 2.0 ni melalui online....
Kalau korang nak kemaskini permohonan yang lama pun boleh.....
Jimat masa, jimat tenaga kan???


AJ dah isi tadi.....
Sebelum ni tak memohon pun.....
Sebab takde pun yang sesuai dengan AJ.....
Hehehehhehe....
Tapi kali ni punya, ada yang menepati kriteria yang ditepati....
So AJ mohon je la....
Dapat atau tidak tu belakang cerita....
Tak dapat takpe...
Kalau dapat tu, Alhamdulillah la..... =D

Okay, kalau korang nak memohon atau kemaskini permohonan...
Jangan malu, jangan segan..
Korang pegi je kat website BR1M ni......
Semoga berjaya... =D

P/s : Kalau siapa yang layak tu, bolehlah belanja AJ....
Ehhhhhh?????? =P
Baca Selanjutnya »

Dugaan Awal November



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam 1 November 2012, hari yang betul-betul menduga.......
Kucing AJ sakit........
Kat ofis semalam AJ dah tak fokus dah nak buat keje.......
Lepas tu AJ siapkan keje, then balik awal........
Sampai rumah AJ call dulu veterinar...... Make sure belum tutup....
Then AJ masuk bilik tengok kucing AJ menggelupur kena serangan sawan.......
AJ dah panik dan menangis tengok keadaan dia....
AJ call abah sebab dia bawa kereta.... Tapi abah kat Sungai Buluh....
Nak taknak, AJ dengan kakak amik keputusan bawak naik motor.....
Sampai kat vet di Bangsar, doc tu cakap dia tak boleh buat....
Dia suruh AJ pegi Jalan Gasing.....
Yang bengangnya, AJ minta dia bagi ubat tahan sakit sementara kitaorang nak ke hospital tu pun dia taknak bagi....
Okaylah doc.... Tu sekali je la aku jejakkan kaki kat klinik kau!!!!
Lepas tu dah takde pilihan AJ bawa ke Jalan Gasing.....
Atas motor, sekali lagi dia diserang sawan.....
Ya Allah, jantung AJ ni rasa macam dah stop berdenyut....
Laju je kitorang bawa motor.... Dah tak fikir apa dah....
Sampai vet, sekali lagi dia kena sawan......
Menjerit AJ panggil doc......
Then doc bius dia bagi pengsan.....
Airmata AJ mengalir laju je.... Memang AJ sangat-sangat panik....
Before this kucing AJ penah je sakit dan operate...Tapi takdelah sampai kena sawan.....
Doc kata, kucing AJ kena "Feline Lower Urinary TracT Disease (FLUTD)"
Boboy bernasib baik sampai hospital awal....
Doc cakap kalau pundi kencing dia pecah, dia tak boleh nak buat apa-apa.....
Tapi yang dia pelik kenapa sampai kena sawan....
Doc takut toksin dah merebak then sampai ke otak dia......
Hopefully dia takde apa....... Semalam lepas dia sedar baru AJ balik....
Tu pun setelah doc tu suntik ubat dan goncang-goncang badan dia sampai bangun.....
Kalau dia tak respon, itu dah dikira bahaya.... =(
Dia kena tahan sekurang-kurangnya 3 hari kat vet.......
Takpelah Boboy, kos rawatan tu boleh cari..... Sebab AJ tau memang mahal.....
Caj untuk semalam je dah hampir mencecah RM 300.....
Tapi nyawa kucing AJ mana boleh ganti..
Takkan nak biar dia sakit pulak.........
Ni pun doc nak check buah pinggang dan organ dalaman.....
takut ada effect kesan dari FLUTD tu...
Doc syak dia dah lama kena, tapi kami tak perasan.... =(


P/s : Semoga Boboy selamat.....
Boboy, get well soon...
Mummy's love u....
Baca Selanjutnya »

Jadual Penuh!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mood sekarang ni macam ada takde je nak merapu dan merepek..
Hehehheheheh... =P
Tu yang lama AJ tak update, tak BW tu.....
Since dari lepas Aidiladha tu, AJ memang tak lekat kat rumah...
Tu yang tak berblog......
Nak update "on-the-go" malas pulak..
Nanti jadi lagi "Tragedi Oktober".... Delete pic dalam telefon, sekali dalan blog hilang...
Padan Muka AJ!!!!... =P

Beberapa hari ni memang hidup AJ di luar rumah je...
Sabtu AJ buat ladies outing dengan SBW Ladyz & Kids....
Dah kaum-kaum Adam SBW pegi beraktiviti, makanya kami pun buatlah agenda kami......
1st pegi main bowling kat Kompleks Wilayah.......
Kami decide nak main 2 frame je....
Ingatkan lama sangatlah kami hadap game tu...
Sedar tak sedar dah habis dah...... Tengok jam baru pukul 12 malam......
Confirm-confirm suami masing-masing belum habis.....
Lepas tu kami sambung pulak pegi karaoke......
Dah puas melalak, barulah balik rumah.... =D

Ahad, repeat lagi bowling...
Kali ni dengan SBW family pulak.....
Semua taknak kalah ambik 4 frame sorang.....
Penuh pusat bowling dengan gelak ketawa kami semua......
Loyar buruk, bahan-membahan tak payah nak cerita la......
Nasib semua takde yang hati tisu kat situ....... =D
Awal pagi jugak barulah kami semua habis berbowling......
kesianlah mereka-mereka yang keje pagi, termasuklah AJ....
Masuk keje rabak biji mata........ =P



Semalam pulak habis ofis hour keluar lagi...
Mulanya nak makan "Cheese Naan Best In Town" je.......
Dah kenyang-kenyang makan, nak pulak ada orang belanja plan pulak aktimiti lepas tu.......
Dah bincang semua setuju nak karaoke....
Makanya robohlah pusat karaoke tu...
Macam-macam lagu, perangai yang keluar........
Endingnya, tak pasal-pasal semua duk melalak lagu Hindustan.....
Balik rumah, semua hilang suara.....
Mana taknya, masuknya 10-11 orang.... Yang nyanyinya dah orang tu, orang tu lagi....
Hahahahaha.......
AJ salah seorang dalam kategori "orang tu" la.... =P
Masuk keje pagi tadi punyalah mengantuk... 
Yelah 3 hari balik lambat.... Lepas tu tidur lambat......
hari ni, dah nekad taknak pegi mana-mana...
Harapnya takdelah godaan dan dugaan dari mereka-mereka...
Hehehehhehe.. =D

P/s : Sorry Entri Panjang Meleret-Leret Pulak... =D
Baca Selanjutnya »

Salam AidilAdha Blogger!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama juga rasanya AJ  tak berblog....
Adalah 2 hari..... Lama kan???
Hehehehehehehe.... 
Actually past few days AJ tak berapa sihat...
So mood perah otak, nak berceloteh pun macam suam-suam kuku gitu....
Tapi kat twitter, sihat je...
Siap kene twitlimit lagi.... =P

Rasanya masih belum terlewat untuk AJ ucapkan Salam AidilAdha buat blogger yang beragama Islam....
Mana yang balik beraya di kampung ataupun di mana sahaja, AJ doakan perjalanan korang selamat..
Insyaallah....
Raya AJ hari ni biasa-biasa je....
Duduk rumah, mengemas dan tengok tv je...
Kang kalau pegi tengok orang surau sembelih lembu, terbit pulak rasa kesian...
So baik tak payah tengokkan... =D
Petang sikit baru AJ pegi "datingraya" rumah kawan-kawan....
Yelah sambil dating, sambil raya...
Hahahahahhaah...
Hope raya korang meriah je okay.....



Ni special AJ bagi untuk korang..... =D


 P/s : Sempat snap atas motor masa pegi kedai siang tadi....
Hehhheehe...
Baca Selanjutnya »