RIP Richard Foo


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam pukul 10 malam tadi AJ terima berita sedih mengenai seorang sahabat dari Sarawak...
Beliau disahkan telah meninggal dunia akibat lemas di Pantai Lundu....
AJ dapat tau pun melalui rakan-rakan dari facebook...
Tiada ayat yang mampu AJ lafazkan saat ni...
Richard Foo, AJ mengenalinya lebih kurang 3-4 tahun lepas kerana sama-sama terlibat dalam dunia paintball...
Dia seorang yang ceria, penuh dengan gelak ketawa dan sempoi....
Masa AJ ada event kat Sarawak dulu, dialah yang drive kami ke hulu ke hilir....
Dia yang sediakan accomodation semua....
Best gila memalam lepak-lepak, bergelak-gelak kat rooftop (Sadau Cafe) atas Singgahsana Lodge tu....
Baru merancang nak ke Sarawak lagi dan stay di Singgahsana Lodge milik keluarganya...
Tapi tak kesampaian pulak....

KUCHING: A weekend outing at Pandan Beach, Lundu, turned tragic after a man drowned there yesterday.
The victim, identified as Richard Foo, from Kuching, had gone to the popular picnic spot with several tourists and locals.
He was said to have gone missing while swimming in rough sea conditions at about 4pm.
A search and rescue operation was immediately launched to locate him, and his lifeless body was found shortly thereafter.
His remains were then taken to Lundu Hospital for a post mortem.

Sumber : BorneoPost 

My dear friend Richard Foo...
May your soul rest in peace...
You're such a good friend, cheerful and happy go lucky person...
It's a pity that we couldn't have a longer time but i believe you're in a better place now...
May god bless you...
My deepest condolences to your family..

You will be missed buddy!
This pic was taken 3 years ago at WCA Players Party..
4th from left...


I know this place...
Rooftop (Sadau Cafe) that i used to lepak-lepak...

Other Entry : RIP Richard Foo - Funeral

P/s : Seorang lagi sahabat pergi buat selama-lamanya....
Sedih.... 

Baca Selanjutnya »

Go and Shop at LaceWonderland!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ nak buat promosi sikit.....
Promo bisnes kawan-kawan....
Mana tau nanti AJ pulak terjun bidang ni kan.....
Korang ada rasa nak cari blouse ke, pallazo ke ape ke...
Sila jangan malu atau segan nak like facebook page LaceWonderland.....
Buat masa sekarang bisnes dijalankan secara online...
Insyaallah ada rezeki sooner or later adalah kedai.... =D
So korang jenguk-jenguklah LaceWonderland...
Manalah tau ada yang berkenan di hati....
Sambar dulu sebelum AJ yang sambar.. =D


   
 

P/s : Let's Shopping Girls.... =D
Baca Selanjutnya »

Border Lace Hunting Tamat!!! Yeayyyyy....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ingat tak last month AJ ada nak cari Border Lace????
Akhirnya selepas godek-godek dan survey sana sini, AJ jumpa mende alah tu....
Dan yang paling best, harganya pun tak terlalu mahal macam kat Jakel.... =D
Ada 1 tu, AJ tanya RM170 semeter...
Still tak berbaloi....
Lepas tu, jumpa satu online shop ni yang memang jual border lace yamg AJ idam-idamkan......
Harganya memang sangat-sangat berpatutan...
Puas hati AJ tau.... =D

Kalau korang pun nak cari border lace ni, jangan malu atau segan nak tanya owner dia.....
Dia pun ada jual kain dan patch lace.....
Like facebook page Si Chantek Border Lace ni....
Macam-macam kaler dan pattern yang korang boleh dapat......
Alhamdulillah, kain pun AJ dah hantar tempah Hari Rabu hari tu....
Tak sabarnya nak tunggu baju AJ siap... =D

Next hunting : Kasut baru, Shawl dan Lace Scaft.... =D
Oh ye, Baju Melayu untuk Mr. JR juga.....
(Macam kami pulak yang nak menikah.....) =P

P/s : Lepas ni nak beli lagi.... =D


Baca Selanjutnya »

Mimpi Cinderella Versi AJ


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam tengah "merempit" dalam hujan tu, lalu depan Bridal Mall....
Tak berkelip mata AJ pandang wehh... =D
Sempatlah AJ cuci-cuci mata, siap complete package dengan berangan lagi.....
Syoknya kalau masa wedding nanti dapat pakai gown ala-ala Princess tu.....
Yelah, bila lagi nak melaram pakai gown macam tu kalau bukan time wedding kita sendiri kan....???
Takkan nak pakai jalan-jalan dalam shopping mall pulak.....
Kang tak pasal kena cop "GILA" pulak...
Sedangkan hari tu tengok perempuan pakai Kimono jalan dalam mall pun AJ dah rasa pelik.....
Hahahhahahaha.....
Sampai ofis pagi ni laju je AJ meng"google" Princess Gown....
Berangan suatu hari nanti dapat pakai atleast once in a lifetime.... =D
Barulah Mimpi Cinderella jadi kenyataan.... Match kan pulak dengan heels yang glamour....
Perghhhhhh....... (Berangan)
Even i'm not going to marry a "real" Prince Charming... =P




















Kalau boleh semua gambar princess gown AJ nak tepek kat sini.....
Tapi cukup-cukuplah tu...
Kang hang pulak blog ni... =D

P/s : Insyaallah, memang dah plan dengan Si Dia dulu, time wedding nanti themenya ala-ala English Wedding...
So dia pakai Tuxedo dan AJ pakai Princess Gown.....
Time tu memang Mimpi Cinderella Versi AJ jadi kenyataan lah.... =D
(Dia macam tau-tau je tu impian AJ)


Baca Selanjutnya »

Berhujan Lagi...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tadi masa nak balik keje, hujan turun dengan selebat-lebatnya....
AJ tersadai kat tepi bus stop lebih sejam....
Lepas sejam tu en. sayang sampai dengan kuyupnya...
Kesian dia.... Memang dia nak ambik AJ, masa tengah otw datang ofis tu hujan turun.....
Dia teruskan jugak perjalanan sebab risaukan AJ yang menunggu kat situ..
Dah setengah jam kami kat bus stop tu, AJ pandang dia dan dia pandang AJ..
Dah tu AJ cakap redah je la...
Tak gigih pulak nak duduk situ hampir 2 jam....
Dia pun hulurkan jaket dia suruh AJ pakai, simpankan jaket dan handbag AJ semua dalam box...
Dengan rintik hujan yang boleh tahan lebatnya, merempitlah kitorang...
Hehehehe....
Bukannya terus balik, pegi makan kat Cheras dengan basah-basahnya....
SEMPOIIII.... Heheehehehe.... =P


Ni AJ sempat snap masa menunggu tu....
Lebatkan??

P/s : Thanks sayang berhujan ambik I...
Baca Selanjutnya »