Berhujan Lagi...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tadi masa nak balik keje, hujan turun dengan selebat-lebatnya....
AJ tersadai kat tepi bus stop lebih sejam....
Lepas sejam tu en. sayang sampai dengan kuyupnya...
Kesian dia.... Memang dia nak ambik AJ, masa tengah otw datang ofis tu hujan turun.....
Dia teruskan jugak perjalanan sebab risaukan AJ yang menunggu kat situ..
Dah setengah jam kami kat bus stop tu, AJ pandang dia dan dia pandang AJ..
Dah tu AJ cakap redah je la...
Tak gigih pulak nak duduk situ hampir 2 jam....
Dia pun hulurkan jaket dia suruh AJ pakai, simpankan jaket dan handbag AJ semua dalam box...
Dengan rintik hujan yang boleh tahan lebatnya, merempitlah kitorang...
Hehehehe....
Bukannya terus balik, pegi makan kat Cheras dengan basah-basahnya....
SEMPOIIII.... Heheehehehe.... =P


Ni AJ sempat snap masa menunggu tu....
Lebatkan??

P/s : Thanks sayang berhujan ambik I...
Baca Selanjutnya »

Kering!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lately ni memang rasa kering gila...
Bukan kering tang poket..... 
Tapi kering idea..
AJ tak tau nak berblogging pasal apa....
Rasa idea tu banyak membuak-buak...
Dalam blog ada 2-3 entri yang dah AJ draft...
Tapi nak keluarkan tu tak....
Kering memang kering.......
Idea nak ketak-ketuk atas papan kekumci takde....
Kalau time banyak benda tu berkoyan-koyan entri keluar.....
Sampai muak orang lain nak baca..... =P


P/s : Tolonglah korang....
Macam mana ek korang kembalikan mood berblogging????
Baca Selanjutnya »

Takde Cerita Nak Cerita....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah berapa hari dah AJ tak menaip entri......
Dah syok berfoya-foya, malas pulak nak buat senaman jari jemari tak berapa runcing ni......
Lagipun takde info dan cerita menarik pun nak share...
Heheheheeh... =D
Kalau asik story-morry pasal AJ muak pulak....
Dah tuan tanah pun muak nak cerita, ni kan pulak korang yang membaca....
So bagi mengelakkan blog terchenta ni berhabuk, berdebu makanya menarilah AJ jari jemari ni kejap.....
Cuaca 2-3 hari ni macam tak berapa nak cantiklah....
Semalam pukul 7 baru AJ gerak dari ofis..
Memang betul-betul dalam sejarahlah...
Tak pernahnya AJ duduk kat ofis ni lama-lama...
Tak betah pun nak berlama kat sini.....
Semalam disebabkan hujan lebat, nak taknak kena jugaklah stayback.....
Last-last pukul 7 tu AJ redah balik juga bila dah agak reda hujannya...
Tak lalu dah nak tunggu lama-lama.....
Hasilnya, hari ni duk bersin-bersin dari pagi sampailah sekarang..
Haaaaaa.... Padan muka AJ...
Nak sangat kan??
Mendapatlah...
Hahahhahhahahhahahaha... =D
Pic Sebelum Hidung Merah akibat Selsema..... =D

P/s : Eh bukan taknak story pasal AJ je ke???
Hahahahhaha...
Opsssssss "TER"story.... I'm sorry... =P
Baca Selanjutnya »

Berfoya-Foya, Berjimba-Jimba.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Weekend ni memang AJ tak duduk diam dirumah...
Jumaat dah berbowling dan bermovie...
Malam tadi pulak AJ dan pasangan SBW yang ditinggalkan kat KL buat keputusan nak berfoya-foya dan berjimba-jimba...
Yelah semenjak wujudnya "Club House", situ je la tempat kami....
So partner takde, kami buat aktiviti kami la pulak....
Petang Sabtu, AJ swimming kat rumah Kak Zana....
Lepas tu after dinner tu tertimbul idea nak ke I-City....
Dalam pukul 11 lebih kami tiba di I-City....
Macam-macam perangai keluar....
Tak padan dengan bini dan mak orang masing-masing....
Memang berenjoy gila semua....
Pukul 4 pagi baru sampai rumah....
Tu pun sebab pukul 2 lebih I-City hujan.... =D
Nasib lepas kitaorang dah habis berjalan....
Balik tu singgah makan kat McDonalds then balik ZzZzZz.. Pengsan.... =P













Then hari ni pulak bangun tidur, kitorang masak....
Dah settle semua repeat lagi dalam kolam renang....
Dah menggigil-gigil dan kecut barulah naik rumah... =D






Tiring weekend....
Sekarang ni pulak tengah tunggu En. Sayang sampai KL...
Entah pukul berapa sampainya tu....

P/s : Hope semuanya selamat... =D

Baca Selanjutnya »

Beronok-ronok Nampak???

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jumaat hari tu 1st day dan 1st time AJ kena tinggal lama-lama sebab En. Sayang pegi Thailand...
Syahdu dan sendu sikit perasaannya....
Khabarnya diorang sampai sana pun dah petang sangat....
AJ dapatlah 2-3 mesej dari dia....
Lain je rasa... Biasanya hp melekat je kat tangan...
Disebabkan ketiadaan si dia, AJ pun keluar beronok-ronok dengan kengkawan ofis lama....
Mulanya plan nak main bowling je....
Dah bantai seframe dua, kitorang pegi makan di Restoran Tenpanyaki....
Lepas tu tetiba pulak cakap nak tengok movie....
Memula nak tengok Taken 2...
Seat pulak stok mendongak je....
So tengoklah Hantu Kapcai....
Serius tak rugilah tengok cerita ni....
Cerita ni memang merepek dan takde motif..
Tapi tak kering gusi gelak kat panggung tu....
Pukul 12 lebih AJ baru sampai rumah....
Try mesej En. Sayang lepas balik tu....
Dapatlah 1, 2 mesej....
Dia migrain dan sakit badan sikit katanya....
AJ dah suruh makan ubat dah pun...
Esok bangun tidur, okaylah tu kot...





P/s : Lama tak beriadah macam ni..

Baca Selanjutnya »