Alahai Nuffnang....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sedihnya AJ dengan Nufnang....
Kenapa macam tu???? Peliklah AJ.....

Last week AJ ada check earning AJ, okay adalah beberapa kerat.....
Taklah sikit sangat dan taklah banyak sangat......
Kira tengah-tengahlah........ RM xx
Lepas tu tadi AJ check tinggal RM x je.......
Dari 2 angka, jadi 1 angka je......
Aik??? Mana yang lain-lain??
CPUV AJ pun terus zero.......
Hari tu adalah jugak....
Tiba-tiba hari ni hilang, lesap entah kemana........
Alahai Nuffnang...
Dah kenapanya macam tu...??
Kejam gila okay......
Tak baik tau main-mainkan perasaan AJ... (Cewaaaaahhhhhhhh macam pasangan bercinta!)
Korang penah kena macam AJ tak??? Kenapa ek boleh jadi macam tu????
Pelik, hairan bin ajaib ni..... =(
AJ taknak kawan Nuffnang!!!! (Buat saat entri ni ditaiplah... =P)


P/s : Nak Merajuklah Dengan Nuffnang.......
Baca Selanjutnya »

Ditinggal Buah Hati...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kejap lagi sendu sekejap.....
Yelah nak ditinggalkan buah hati....
Dia nak pegi berjoli sakan dengan kaum-kaum adam SBW... 3 hari pulak tu....
Makanya tinggallah kaum hawa kat KL ni.....
Ni pun AJ tengah nak pegi menghantar dia...
Tak dapat ikut, dapat lambai-lambai pun jadilah....
Hehehehehe.....
Sedih jugak sebenarnya...
Tapi takpelah, sekali sekala let them doing their man business....
As long tak buat perkara yang bukan-bukan cukuplah.....
Sayang, do take care yourself...
Have a very safe ride and safe journey.... =D
I Love You....
Don't be naughty when you're there....
Bawa balik souvenir.... Bukan "honeymadu" okay....




P/s : Waaaaaaa.......
Nak Ikutttttt!!!!!!!
Baca Selanjutnya »

Dari DIA Kita Datang, KepadaNYA Kita Pulang.. Al-Fatihah..



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni 1 lagi khabar sedih yang kami terima.....
Setelah 2 bulan pemergian Arwah Reid, kami mendapat khabar seorang lagi sahabat kembali ke rahmatullah pada pagi ini, juga akibat kemalangan jalanraya....
Khabarnya beliau dalam perjalanan ke tempat kerja telah melanggar belakang lori yang menukar laluan secara tiba-tiba......
Beliau dikenali dengan nama Naga Brono.....
Kami mengenalinya lebih kurang 2-3 minggu lepas ketika event di Melaka.....
Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Pokok Sena, Kedah....
Al-Fatihah buat beliau dan takziah kepada keluarganya.......
Semoga Naga Brono ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....
Amin.....

Al-Fatihah....
Sesungguhnya Dari DIA Kita Datang, KepadaNYa Kita Pulang.......

P/s : Walaupun Mengenalinya Cuma Sebentar, Kesedihannya Tetap Kami Rasai...
*Kami merujuk kepada AJ dan En. Sayang serta ahli keluarga SBW...
Baca Selanjutnya »

Happy 6th Birthday Puteri Amirah Syai'rah....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini 2 Oktober 2012 genaplah anak buah AJ berumur 6 tahun.......
Sekejap je dah besar si minah becok ni.........
6 tahun dulu rasa baru je.......
Tau-tau dah nak masuk sekolah rendah dah tahun depan anak buah AJ,
Puteri Amirah Syai'rah ni.......
Kalau jalan dengan AJ semua ingat dia ni anak AJ...
Muka copy paste kata orang......
Ermmmm Iye ke????

MIRA,
Maksu doakan Mira jadi anak yang baik, mendengar kata dan sentiasa menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran...... =D
Memang Maksu garang, tapi segarang-garang Maksu pun... Maksu sayangkan Mira... 


Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki ye Sayang.... =D



Oh hari ni juga merupakan Birthday Kucing-kucing AJ yang Pertama.....
Happy Birthday Boboy, Lulu, Kiki dan Lilo.... =D


P/s : Hadiah Apa Yang Sesuai Untuk Dia Ye????
Any Idea......???


Baca Selanjutnya »

Dari Puduraya Ke Pudu Sentral



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu lalu AJ menemani Mr.JR buat passport....
Al-maklum minggu ni dia nak melencong tinggalkan AJ kat KL.........
Waaaaaaaa... Nak ikuttttt!!!!!!
So buat passport dekat Jabatan Imigresen yang terletak di Pudu Sentral.....
Dulunya dikenali dengan nama Puduraya......
First time masuk kat situ terpegun kami sekejap.....
Suasananya sangat, sangat, sangat dan sangat jauh berbeza dari Pudu yang sebelum ni......
Nampak lebih teratur dan sistematik.......
Dan terdapat banyak kedai dan perkhidmatan yang disediakan disitu....
Dulu takut sangat nak pegi sana....
Rasa macam orang asing....
Tapi sekarang Pudu Sentral tu selesa wehhhhh......
Transformasi yang sangat mengagumkan...... =D


Transformasi Puduraya Ke Pudu Sentral



Antara kemudahan yang terdapat di Pudu Sentral :

Aras Bawah
Kedai Rakyat 1 Malaysia
Klinik 1 Malaysia
Polis DiRaja Malaysia

Aras Mezzanine
Kedai Kain 1 Malaysia
Kedai Buku 1 Malaysia

Aras 2
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Kementerian Sumber Manusia - JobsMalaysia
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Jabatan Imigresen Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
e-Perolehan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Aras 3
Pos Malaysia Berhad
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Pusat Pungutan Zakat (PSZ)
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
FAMA
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
SME Bamk
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
Bank Pertanian (Agrobank) - kiosk
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Telekom Malaysia Berhad
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Aras 4
IM4U
Kementerian Belia & Sukan
- Gelanggang Futsal
- Kafe Siber
- Pusat Kesihatan
- Pusat Aktiviti Belia

Lain-Lain Perkhidmatan
Surau Lelaki dan Wanita
Kafeteria
Mesin ATM/CDM
Wi-Fi
Pusat Karaoke
Tandas Lelaki dan Wanita
Kiosk Informasi

Banyakkan khidmat dan kemudahan yang disediakan....?
Lepas ni senanglah kalau nak berurusan....
Pegi je ke Pudu Sentral... =D

P/s : Kebanyakkan Agensi DiBuka Setiap Hari... =D
Bagi yang Tak Banyak Masa Weekend Pegi Je Pudu Sentral.....
Ini Barulah "RAKYAT DIDAHULUKAN" =D


Baca Selanjutnya »