ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Baru-baru ini, ada 1 majlis diadakan di kawasan perumahan AJ...
Di majlis itu diperuntukkan sekali sumbangan untuk anak yatim....
Setiap seorang pada mereka diberikan sumbangan berupa wang ringgit bagi anak-anak yang kehilangan kedua-dua ibubapa, ibu atau bapa....
Yang menjadi isu nya terdapat segelintir anak-anak yang masih mempunyai kedua-dua ibubapa tampil mengambil sumbangan yang dikhaskan untuk ANAK YATIM....
Haiiiii????? Sanggup pulak declare diri tu anak yatim sedangkan kedua-dua orang tua masih sihat walafiat???
Mak bapak sendiri pun ada yang senyum je anak ambil sumbangan anak yatim....
Setahu AJ lah kan.....
HARAM hukumnya makan duit anak yatim ni....
Yang berbin atau berbintikan Yatim pun, masih haram sekiranya mengambil sesuatu yang sememangnya untuk anak-anak yatim....
Entahlah... Tak faham AJ....
Itu urusan mereka dengan Allah taala....
Tapi tak sedaplah bila benda macam ni berlaku kat kejiranan AJ....
Tak tau nak salahkan siapa dalam hal ni...
P/s : Kesian Anak-Anak Yatim....
Tak Bersalah Ke Ambil Harta Mereka???