Tu Duit Anak Yatim Bukan BerBin/Bintikan YATIM!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Baru-baru ini, ada 1 majlis diadakan di kawasan perumahan AJ...
Di majlis itu diperuntukkan sekali sumbangan untuk anak yatim....
Setiap seorang pada mereka diberikan sumbangan berupa wang ringgit bagi anak-anak yang kehilangan kedua-dua ibubapa, ibu atau bapa....
Yang menjadi isu nya terdapat segelintir anak-anak yang masih mempunyai kedua-dua ibubapa tampil mengambil sumbangan yang dikhaskan untuk ANAK YATIM....
Haiiiii????? Sanggup pulak declare diri tu anak yatim sedangkan kedua-dua orang tua masih sihat walafiat???
Mak bapak sendiri pun ada yang senyum je anak ambil sumbangan anak yatim....

Setahu AJ lah kan.....
HARAM hukumnya makan duit anak yatim ni....
Yang berbin atau berbintikan Yatim pun, masih haram sekiranya mengambil sesuatu yang sememangnya untuk anak-anak yatim....
Entahlah... Tak faham AJ....
Itu urusan mereka dengan Allah taala....
Tapi tak sedaplah bila benda macam ni berlaku kat kejiranan AJ....
Tak tau nak salahkan siapa dalam hal ni...


P/s : Kesian Anak-Anak Yatim....
Tak Bersalah Ke Ambil Harta Mereka???



Baca Selanjutnya »

Itu Lumrah Dunia Blogging...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ini memang dah menjadi lumrah....
Dalam dunia blog ni, bukan semua orang suka apa yang kita tulis...
Bukan semua yang dapat terima cerita kita...
Bukan semua yang dapat terima pendapat dan pandangan kita....
Dan bukan semua dapat memahami emosi kita dalam sesebuah entri....

Kadang ada yang memuji....
Kadang ada yang mengutuk....
Kadang ada yang mengkeji....
Sehingga ada yang sanggup membuat entri....
Biasalah.... Itu memamg dah menjadi lumrah...

Jadi jangan mudah berputus asa...
Jangan cepat melatah...
Selagi entri kita masih lagi relevan....
Tidak menjatuhkan maruah diri, keluarga atau orang lain... Tidak mengapa..
Teruskan berblogging....
Anggap itu semua cabaran di dunia maya....



P/s : Blog Kita, Suara Kita dan Idea Kita.....


Baca Selanjutnya »

Bagusnya Kalau Begitu...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah bosan-bosan ni AJ tengok channel Animal Planet...
Bermacam-macam isu dan fakta mengenai haiwan kita boleh tau....
Seperti yang korang sedia maklum, AJ ni memang pencinta haiwan...
Tengok binatang mati tepi jalan pun boleh menangis....

AJ paling suka tengok Animal Cops Philadelphia...
Mereka tu betul-betul membela nasib haiwan..
Antaranya haiwan yang terbiar, dipukul atau didera...
Mereka bertungkus lumus memastikan mereka yang bersalah terhadap haiwan dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka terhadap haiwan... 
Malahan, hukuman yang diberikan sangatlah setimpal...
Antaranya denda 30 000 dolar dan penjara sehingga 15 tahun.....
Alangkah bagusnya jika negara ada undang-undang macam ni bagi melindungi haiwan...
Bukannya sekadar denda RM400 bagi kesalahan membunuh haiwan macam pernah berlaku kat sini dulu...
Ataupun suntik haiwan terbiar atau yang tidak dituntut sehingga mati....
Barulah orang betul-betul takut nak lakukan kekejaman terhadap haiwan....


P/s : Haiwan Juga Berhak Untuk Hidup....




Baca Selanjutnya »

Border Lace Dengan Harga Berpatutan



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ nak tanya korang sikitlah...
Especially kaum-kaum hawa yang pandai menjahit ni la ye....
Bulan November ni, kawan AJ nak kawen...
So dia belikan "bridemaids"nya seramai 10 orang tu kain ela...
Fesyen apa nak tempah tu terpulanglah pada kami...
AJ decide nak buat kurung moden....
Disebabkan kain yang dia bagi plain, AJ nak tambahkan sikit border lace....
Tau tak border lace tu mende?

Ni lah border lace....
Kain lace yang diletakkan pada kaki baju atau lengan tu....
AJ dah survey-survey dari kawan...
Katanya dia beli kat Jakel dalam RM200++ semeter...
AJ fikir balik macam tak berbaloi pulak nak spent banyak tu untuk border lace semata...
Kalau untuk My Wedding Dress tu mungkinlah berbaloi....
AJ dah tengok kat online, tapi diorang tak respon....
Korang tau tak kat mana AJ boleh dapatkan border lace ni?
AJ ada kirim dari kawan yang ke Bandung...
Risau dia lupa or tak tau je apa tu border lace.. =(

P/s : AJ harap korang taulah mana nak cari.... =D

Baca Selanjutnya »

Heart Touching Story - Look At Yourself After Watching This....



ASSALAMUALAIKUM AND SALAM SEJAHTERA

After watching this inspiring and heart touching story, look at yourself......
What do you think???
How do you feel???
This is why we should be thankful.......


He Is NICK VUJICIC

A Man With One Very Strong Heart.... =D

P/s : Be Grateful and Be Thankful For What You Ever Have.......

Baca Selanjutnya »