ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Cuba tengok sekeliling korang...
Pernah tak perasan situasi ni?
Ambulans kat belakang nenoneno dah sirennya....
Tapi rakyat kita?
Ada yang buat selamba badak je kat tengah jalan tu...
Siap sempat update status twitter, fb bagai..
"Ada ambulans nak lalu kat jalan sekian-sekian..."
Ada nak bagi laluan? Haram....
Kot yang dalam ambulans tu memang dah nazak, terus..... teeeettttttt....
Bila tengok orang buta jalan terkedek-kedek dengan tongkatnya, ada jugak rakyat kita yang lagi buta dari orang buta...
Buat-buat buta je dengan si buta..
Bukan nak tanya atau pimpin...
Padahal satu jalan je kot....
Ni lagi satu, nampak orang tua atau wanita hamil dalam kenderaan awam, jangan kata nak bagi duduk...
Ada yang tak rasa nak tidur, boleh pura-pura tidur....
Walhal, seat yang korang duduk tu dah siap bertanda lagi "KHAS UNTUK bla bla bla.... maksudnya mereka yang lebih memerlukan.."
Still tak faham lagi?
Dah tulis dalam dwibahasa pulak tu, siap ada gambaran cukup...
Ke orang tu reti baca bahasa German je dan jenis tak faham signboard?
Sebab tu berat punggung nak bangun...
Ada tu, nampak kanak-kanak tengah menangis dan binggung sebab hilang arah ke sesat..
Ada jugak rakyat kita yang buat tak tahu...
Bukan nak tanya atau bawa ke Balai Polis berdekatan...
Lepas tu bila esoknya keluar paper budak tu dah kena culik atau bunuh barulah nak terfikir atau cakap " Kalaulah aku tolong budak tu..."
Sorry bro, sis dah TERLAMBAT....
Tau tak kadang sikap tak prihatin yang diamalkan rakyat kita tu la buat banyak kes-kes jenayah dan sebagainya berlaku.....
Jadi janganlah amalkan sikap langsung tak prihatin ni....
P/s : Tak rugi bersikap prihatin ni...
Tapi AWAS!!! Jangan sampai tahap busybody pulak...
Kang tak pasal dicop "Ahli Mesyuarat Tingkap"
Baca Selanjutnya »