ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pagi ni AJ sampai ofis, suasana senyap sunyi je....
Selalu adalah lagu-lagu dari speaker tu kedengaran....
Lepas tu AJ tanya staff lain....
Dia cakap masa dia on dah tak berbunyi.....
AJ pun dengan segera masuk bawah meja tengok kot-kot USB tu tercabut....
Pelik gak sebab takde apa-apa pun yang beralih ke apa....
Lepas tu AJ cabut wayar dan perasan dah ada kesan gigitan...
AJ pun pegi tanya staff ofis lain, building ni memang ada tikus ke apa??
SAH, memang itu keje TIKUS...
Aduhhh.... Lecehlah macam ni.. Ada tikus pulak kat ofis......
Hai saya TIKUS.....
So AJ nak share sikit fakta mengenai TIKUS ni........
1. Tikus dapat hidup lebih lama tanpa air daripada Unta.
2. Gigi Tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.
3. Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan boleh melompat sehingga 12 inci.
(Hebat ye Sang Tikus..)
4. Tikus buta warna dan lemah penglihatannya tetapi tajam deria bau dan pendengaran.
(Ohhhh.. Tikus ni cacat rupanya...)
5. Tikus tidak suka sesuatu yang baru dan peka pada persekitarannya.
6. Tikus bukan haiwan akuatik tetapi ia boleh berenang walaupun ia tidak sukakannya.
(Siapa ada tikus, bolehlah bawak pegi berenang.. =P)
7. Tikus tidak pernah berpeluh kerana ia boleh mengawal suhu badannya melalui pembuluh darah di ekornya.
8. Tikus tidak memiliki hempedu lantaran itu ia tidak akan muntah.
9. Tikus betina bersedia melahirkan anak seawal usianya sebulan setengah.
(Patutlah ramai umat tikus... Kecik-kecik dah gatai... Hikhikhik...)
10. Gigi Tikus sentiasa tumbuh sekitar 3.5 sehingga 4.5 cm setahun dan ini menyebabkan tikus perlu sentiasa menggigit benda untuk menumpulkannya.
Jika tidak gigi tikus akan menembusi bibir dan mulutnya dan boleh mengakibatkan ia mati akibat tidak boleh makan dan infeksi kuman.
(Patutlah tikus tu suka gigit-gigit wayarlah, karpetlah...)
P/s : Tikus sekarang lagi besar pada anak kucing...
Geli okay.....