Revolusi Telefon Bimbit/Gadget...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang mesti perasan syarikat pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba keluarkan produk mereka yang canggih-canggih.....
Kalau Apple dengan I-Phone dan I-Pad nya....

Samsung pula dengan Galaxy nya......

Nokia pun tak kurang hebat dengan Lumia...

Begitu juga dengan Blackberry...

pejam celik dalam sebulan dua, banyak telefon bimbit dengan applikasi yang tak kurang hebat keluar....
Kalau baru beli henpon baru dan latest design pun, jangan nak cakap henpon korang tu canggih....
Tunggu la sebulan lagi, tak pun 2-3minggu lepas korang beli henpon, CONFIRM ada lagi latest tau.....
Hehheheheheh... =P
AJ dah alaminya pun....
Baru je beli Galaxy Note, tup-tup keluar pulak Galaxy S III.....
Lepas tu beberapa bulan lepas pakai Note, dah nak keluar Galaxy Note 10.1...
Haaaaaaa.... Canggih ke henpon korang agak-agak time tu??
Hahhahahahah..........
Cepat betul revolusi telefon bimbit ni kan.....
Lepas ni apa pulak yang keluar???
Kita tunggu dan lihat je la ye... =D

P/s : AJ bercadang nak tukar BB AJ tu.......
Yang sedia ada dah agak-agak bengong sikit......
Kejap Ado, Kejap Tak Ado...
Haaaa.... ACANE????
Ehem ehem ehem..... En. Sayang nak sponsor tak???
I nak Curve 5 je.... =P

Baca Selanjutnya »

Erkkk TIKUS......



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni AJ sampai ofis, suasana senyap sunyi je....
Selalu adalah lagu-lagu dari speaker tu kedengaran....
Lepas tu AJ tanya staff lain....
Dia cakap masa dia on dah tak berbunyi.....
AJ pun dengan segera masuk bawah meja tengok kot-kot USB tu tercabut....
Pelik gak sebab takde apa-apa pun yang beralih ke apa....
Lepas tu AJ cabut wayar dan perasan dah ada kesan gigitan...
AJ pun pegi tanya staff ofis lain, building ni memang ada tikus ke apa??
SAH, memang itu keje TIKUS...
Aduhhh.... Lecehlah macam ni.. Ada tikus pulak kat ofis......

Hai saya TIKUS.....


So AJ nak share sikit fakta mengenai TIKUS ni........

1. Tikus dapat hidup lebih lama tanpa air daripada Unta.

2. Gigi Tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.

3. Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan boleh melompat sehingga 12 inci.
(Hebat ye Sang Tikus..)

4. Tikus buta warna dan lemah penglihatannya tetapi tajam deria bau dan pendengaran.
(Ohhhh.. Tikus ni cacat rupanya...)

5. Tikus tidak suka sesuatu yang baru dan peka pada persekitarannya.

6. Tikus bukan haiwan akuatik tetapi ia boleh berenang walaupun ia tidak sukakannya.
(Siapa ada tikus, bolehlah bawak pegi berenang.. =P)

7. Tikus tidak pernah berpeluh kerana ia boleh mengawal suhu badannya melalui pembuluh darah di ekornya.

8. Tikus tidak memiliki hempedu lantaran itu ia tidak akan muntah.

9. Tikus betina bersedia melahirkan anak seawal usianya sebulan setengah.
(Patutlah ramai umat tikus... Kecik-kecik dah gatai... Hikhikhik...)

10. Gigi Tikus sentiasa tumbuh sekitar 3.5 sehingga 4.5 cm setahun dan ini menyebabkan tikus perlu sentiasa menggigit benda untuk menumpulkannya. 
Jika tidak gigi tikus akan menembusi bibir dan mulutnya dan boleh mengakibatkan ia mati akibat tidak boleh makan dan infeksi kuman. 
(Patutlah tikus tu suka gigit-gigit wayarlah, karpetlah...)

P/s : Tikus sekarang lagi besar pada anak kucing...
Geli okay.....

Baca Selanjutnya »

Rupanya Memang Perangai Dia Macam Tu....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari tu AJ ada story morry pasal seorang lelaki Gila Seks ni.....
Tapi entri tu AJ dah draft kan....
Hari ni pulak kawan AJ ada hantar email.....
Rupanya itu dah memang tabiat buruk manusia tu.....
Gemar menayang kemaluannya di sana dan sini.....
AJ pun menghubungi mangsa yang alami kejadian sama macam AJ dan tanya dia lokasi kejadian masa tu...
Dia cakap adik dia yang kena gangguan tu lebih kurang 2 bulan lepas...
Lokasinya Pusat Komersil Shah Alam......
AJ pulak kena kat Bangsar...
Ehhhh?? Merata ye lelaki "Gila Seks" ni buat keje tak senonoh dia tu.......
Banyaknya masa dia nak tunjuk-tunjuk sana dan sini...
Tak malu betullah dia ni....
AJ harap dia baca entri ni sebab masa AJ tulis entri yang lepas, dia ada inbox Fb AJ minta maaf dan minta AJ remove entri kat blog ni... (Memang dia ada bacalah kan tandanya??)
Owhhhh tau pulak malu......
Sekarang ni AJ rasa, memang tak patut pulak remove....
Nak keluarkan entri tu balik okay tak agaknya????

Patut tembak je orang tu.......


P/s : Bengang betullah AJ orang macam ni......
Kalau bujang, mungkinlah kurang kasih sayang...
Kalau dah beranak bini?? Apa yang kurang lagi??

Baca Selanjutnya »

Topik Hari Ini : MAKAN (Satay Celup)



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kat mana kedai makan yang best??
Hari ni kat ofis topik utama MAKAN......
Dari pagi, bawaklah ke tengah hari, semua pasal makan....
Boss lah bukak cerita pasal KFC....
Terus masuk kisah makan, tempat makan dari KL, Pahang, Penang, Melaka, Ikan, Kambing, Ayam dan segala bende yang boleh makan.....
Mula-mula tanya makan apa...
Dah tu dia tanya kat mana nak cari Masakan Melayu yang best..
Banyak jugak yang AJ suggest, antaranya kat Sri Damansara..
Selain sedap, murah pulak tu......

Lepas tu sampailah ke Rojak kat Penang, Ikan Patin dan Tempoyak kat Pahang dan SATAY CELUP kat Melaka....
Terpinga AJ bila Boss cakap pasal makanan tu??
Ehhhh??? Asal AJ yang kampung kat Melaka tak tau??
Dah tu dia suruh minta bantuan En. Google....
Owwwwwhhhhhhhhhh..... Barulah tau Satay Celup tu menatang apa.....
Dia adik beradik dengan steamboat tapi celup pakai kuah satay..
No wonder nama dia Satay Celup...
Okaylah, weekend ni kebetulan AJ ada event kat Melaka...
Bolehlah ajak En. Sayang makan Satay Celup.... =D


Nampak menyelerakan kan???

P/s : Macam mana Orang Pahang lagi tau pasal Makanan kat Melaka ni??
*Malu*

Baca Selanjutnya »

Kalah PM Dah Ni...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya... Berkesempatan juga menjenguk blog ni...
Sempatlah jugak sapu-sapu habuk dan cabut lalang-lalang yang mula nak bermaharajalela.....
Heheheheheheh.... =P

AJ bukan taknak berblog dah...
Tapi AJ memang busy sangat beberapa hari ni....
Start dari 31 Ogos tu, ofis AJ dah relocated.....
So AJ busy dengan kemas barang, then masuk je keje lepas cuti Merdeka hari tu setup ofis baru pulak...
Dari tempat yang sekangkang kera, jadi dua kangkang kera.....
Dari tempat umat manusia, tetiba sampai tempat anak jin berlari-lari...
Nasib tak pindah ke tempat jin bertendang...
Kalau tak memang menangislah AJ... Hahahhaha.. =P



Dahlah AJ demam, batuk dan selsema....
Tapi gigih jugak AJ pegi keje......
Kalau bertangguh, alamatnya bertangguhlah keje AJ....
Sorang ofismate AJ pulak baru je resign...
Sebelum ni, dialah yang berurusan dengan Boss dan urusan ofis..
Bila dia resign secara tak langsung AJ pulak mengambil-alih jadi orang kanan boss...
Barulah AJ tau macam mana "cerewet"nya En. Boss......
Nasiblah dia okay.... Just sedikit cerewetlah... =D
Tapi kejap-kejap AJ, kalau dia takde kat ofis berbunyi-bunyilah Hp dan Whatsapp AJ....
(Lagi-lagi ofis baru ni tak complete setup lagi...)

Miss "M" now i know how does u feel all this while.....
Hahahhahaha..... =D

P/s : New Place??? Hurmmmmmm...
No Comment......

Baca Selanjutnya »