Babai Fibox dan Cbox.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya....
Setelah dipertimbangkan, ditambah, ditolak, didarab, dibahagi semua...
AJ nak ucapkan Selamat Tinggal kepada Fibox dan juga Cbox....
Hari tu tamak sangat letak sampai 2 shoutbox....
Hehheheheheh... =D
Sejak bebarapa hari lepas, fibox AJ tak boleh bukak...
Rasanya memang dah tutup dah kot khidmat mende alah tu....
Eloklah pun, asik bermasalah je.... Bagus ditutup.. =D
So, harapan AJ terletak pada Cbox je la... Tapi macam tak best je nampaknya.....
Then hari ni AJ tukar lagi guna busuk.org tu........
Senang cerita...
So, lepas ni korang tinggalkanlah jejak cap papan kekunci korang kat shoutbox AJ yang baru tu ye.....


P/s : Hope yang ni takde masalah.... =D
Penat AJ nak tukar-tukar lagi tau...


Baca Selanjutnya »

18 Ramadhan 1433H...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saat ni AJ tengah landing ibarat Dinosour kenyang tahap dewa punya....
Tadi ada Iftar dengan AJK SBW bertempat di Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Conlay...
Tak tau?? Sebelah Pavilion tu.....
Balik keje terus AJ dan En. Sayang ke sana....
Nasib tak jem kat area situ... =D
Sampai kat hotel, melepak dulu kat luar tunggu Ahli mesyuarat tingkap lain....

Lepas je gong dipalu menandakan masuknya waktu berbuka, AJ tak berapa nak toleh kiri kanan dah.....
Hehehehehhehe....
Kalau dah buffet tu, makan memang tak ingat dunia la...
Mula-mula AJ makan nasi dengan ayam masak rose, kambing masak apa tah dan udang goreng berempah....
Lepas tu AJ bantai pulak nasi beriyani kambing...
Dah habis tu AJ melantak pulak kebab ayam....
Huishhhh.. Banyak betul AJ makan..
Tapi tak habis lagi.....
Dah habis kebab AJ jalan lagi kat meja buffet tu....
Ambik pulak laksa semangkuk.....
Tambah pulak dengan 3 scoop ice-cream..... Pow lagi kawan punya banana split...
Hehehehehehe.......
Lepas berbuka kami raikan sekali hari jadi anak kepada salah seorang AJK.....
Makan pulak chocolate cheese cake....
Ya ampun.... AJ ni makan ke melantak?
Yeee... AJ memang kuat makan... Hehehehe... =D
Buffet kat situ okaylah....
Nak kata sedap sangat, taklah sangat..
Adalah pro dan kontra nya... =P
Tapi AJ puas hatilah....
Alhamdulillah.... Kenyang perut AJ....





Ni je la pic yang AJ sempat snap...
Hehehehe...
AJ busy makan tadi....
En. Sayang banyaklah snap pic.... =P

P/s : Few more days until Syawal....
I just can't wait...... =D


Baca Selanjutnya »

Oscar Pistorius Sangat W.O.W!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau korang tengok sukan Olimpik London 2012, mesti korang ada terperasan seorang pelari dari Afrika Selatan ni......
Apa yang AJ mampu katakan masa mula-mula tengok dia adalah W.OW!!!!!!
AJ kagum sangat dengan dia.....
Bukan sikit, tapi sangat kagum....
Nak tau kenapa????
Meh AJ share sikit dengan korang......

Siapakah OSCAR PISTORIUS?



Nama sebenar Oscar Leonard Carl Pistorius...
Dilahirkan pada 22 November 1986....
Merupakan anak kepada pasangan Henke dan Sheila Pistorius..
Pada usia 11 bulan, kedua-dua belah kakinya dipotong sehingga ke paras lutut akibat Fibular hemimelia...
Walaupun begitu, beliau merupakan seorang yang aktif....
Beliau dikenali dengan gelaran "Blade Runner" dan merupakan seorang atlet Afrika Selatan bagi acara pecut 100, 200 dan 400 meter serta 4x400 meter...

Memenangi beberapa pingat antaranya : 

Sukan Paralimpik
Gangsa bagi acara 100 meter, Emas bagi acara 200 meter (Athen 2004)
Emas bagi acara 100, 200 dan 400 meter (Beijing 2008)

Kejohanan Dunia
Perak bagi acara  4x400 meter (Daegu 2011)

Kejohanan Afrika
Perak bagi acara 400 meter dan 4x400 meter (Porto Novo 2012)

Dan yang mengagumkan, pada 4 Ogos 2012 dia merupakan lelaki pertama yang berkaki amputee menyertai Sukan Olimpik dalam acara 400 meter....
Wahhhhh... Selain mengkagumi Dato Lee Chong Wei, Oscar Pistorius juga berjaya mencuri perhatian AJ......
Kalau korang tengok larian dia....... 
Fuhhhhhhh laju gila.......
Kemampuan beliau sangat luar biasa.........
Mampu kalahkan peserta yang memiliki kedua-dua belah kaki lagi masa pusingan pertama tu......


Rasanya tu je la yang dapat AJ share...
Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai atlet ini, google je la... =D
Kat sini AJ bagi korang link twitter dan website dia....



P/s : Jangan Pandang Orang Takde Mata Okay.......


Baca Selanjutnya »

Tema Baju Raya Korang Warna Apa??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pejam celik dah 17 Ramadhan.....
Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan bakaml meninggalkan kita dan Syawal bakal berkunjung tiba.....
Sekarang ni sure semua orang tengah busy...
Ada yang busy buat kuih, jahit langsir dan sibuk membeli-belah persiapan raya.....
AJ sekarang tengah busy buat kuih.....
Baju raya dah settle dah.....
Sampai serik En. Sayang nak ikut AJ shopping tau....
Hehehhehehe... =D



AJ nak tanya korang ni.....
Baju raya dah beli???
Haaaaa......... Tema korang tahun ni warna apa??
Banyak yang AJ tanya, diorang turqouise dan hijau jadi pilihan.....
Korang nak share dengan AJ tak warna tema baju raya korang.....?

P/s : Warna-Warni Aidilfitri.....

Baca Selanjutnya »

Peristiwa Nuzul Al-Quran



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni 17 Ramadhan 1433H merupakan Hari Nuzul Al-Quran...
Salam Nuzul Al-Quran buat korang semua......
AJ nak share sikit dengan korang mengenai Peristiwa Nuzul Al-Quran ni...


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan.
Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.
Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia..
Segala isi kandungan al-Quran itu benar.
Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.

Maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)

Jom sama-sama kita menghayati dan memahami isi kandungan al-Quran...
Semoga ibadat kita diterima Allah s.w.t lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni....

P/s : Selamat Bercuti kepada mereka yang berada di Kelantan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu....

Baca Selanjutnya »