Fuhhhh Nasib Baik....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

15 Ramadhan 1433H, AJ ada majlis berbuka puasa dengan En. Sayang dan SBW....
Lepas tu pulak AJ teruskan perjalanan cari baju raya.....
Tapi hari ni tak beli apa-apa pun..
AJ tak berapa berkenan pulak dengan baju yang AJ tengok..
Tapi bukan nak story pasal baju...

AJ memang bernasib baik...
Al-kisahnya, keluar tadi AJ sarungkan kasut favourite AJ...
Memang AJ dah sedia maklum kasut tu tapak dia dah nak tercabut...
Tapi hati kering cakap okay lagi ni....
AJ pulak memang jenis SAYANG KASUT...
Nak-nak kasut favourite...
Selagi tak jahanam teruk, itulah yang AJ sarung walaupun banyak kasut lain dalam simpanan... Hehehehe... =D
Pastu masa start berjalan-jalan window shopping tadi AJ dah rasa lain macam.....
Tapi as usual, i will never stop walking until i get what i want...
AJ buat tak kisah je pasal kasut kat kaki....
Alhamdulillah bila En. Sayang dah hantar balik tu, masa nak naik tangga rumah baru dia tercabut....
Fuhhhhhhhhh.... Nasib baik sangat tak tercabut masa depan orang ramai....
Kalau tak, buat malu je....
Hahahahahaha....


P/s : Moral of The Story, kalau rasa nak banyak berjalan tu...
Lupakan je niat nak pakai kasut favourite anda yang dah ada sikit tanda-tanda nak jahanam...
Hehehehhehe... Kalau tak balik kaki ayam AJ...

Baca Selanjutnya »

Kad Raya Dah Sampai...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi semua cakap pasal kad raya....
Balik je dari ofis tadi tengok ada 3 sampul yang dinamakan atas nama AJ...
Muka pun ada manyak senyum...
Satu per satu sampul AJ buka.....
Pertama dapat kad dari blogger Eqbal Zack......
Kedua kad dari blogger Cik Rongoks.....
Ketiga kad undangan perkahwinan juga dari Blogger.....
Apapun terima kasih atas ingatan kalian.....
Ada sesiapa lagi tak yang teringin nak bagi AJ kad raya?
Hahahahaha.... Tak malu sungguh.... =P



P/s : AJ memang selalu jadi penerima kad raya tetap dalam rumah ni...
Hehehehehe.... =D


Baca Selanjutnya »

Olimpik London 2012



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay entri lagi..
Sila jangan muak atau rasa nak muntah belahak....
Ni semua gara-gara sistem kat ofis tengah buat hal.....
Daripada stress-stress, rasa nak lempar PC baik AJ berblog.....
Kurang sikit rasa nak marah tu...
Hhehehehehe... =D



Korang tengok Olimpik London 2012 tak?
Mesti tengok kan....
Tapi AJ bukan nak cakap pasal unsur-unsur illuminati atau freemason yang digembar-gemburkan tu.......
Sebab dah ramai sangat yang cakap pasal tu...
Kang elok okay, terpesong pulak gara-gara taksub nak kaji semua tu......
Bila ada acara sukan.. Tak kisahlah Olimpik ke, sukan Sea ke AJ suka tengok 2 acara ni....
Balapan dan sukan yang lelaki suka tengok samapi ada nak terkeluar biji mata...... Renang berirama....
Haaaaa....... Betul tak kaum Adam semua???
Hehhehehehhe... Jangan marah ye.. AJ gurau kasar je...

AJ kagum sangat dengan atlet yang masuk acara ni.....
Kagum dengan tenaga mereka....
Kalau balapan tu kan, 100 meter macam nak lari pegi toilet rumah je...
Sekejap gila sampai....
Ada yang buat rekod catatan masa bawah 9 saat....
Wahhhhhhhhhhhh.... Apa rahsia diorang ye??
AJ nak tuntut ilmu lah....... =D

Lepas tu yang renang berirama pulak, AJ suka tengok gerakan diorang...
Nampak sama sekata je.....
Siap boleh maintain senyum, mata dan kawal pernafasan segala........
Kalau AJ, lama dah tenggelam tak timbul-timbul kot.... Hehehheh.. =P
Kalau ramai-ramai pun, gerakan tu susah nak nampak cacat celanya....
Macam manalah training diorang tu agaknya.....

Kagum sangat dengan atlet-atlet tu.....
Oh ya, semoga atlet Malaysia adalah yang bawa balik pingat........
Satu pun jadilah... Tapi kalau lebih, lagi bagus.....



P/s : GO Malaysia GO!!!!!
Majulah Sukan Untuk Negara......

Baca Selanjutnya »

Raya Di Mana??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahhhhhhh... Semangat betul AJ nak raya...
Asyiklah keluar entri raya kan....
Hehehheheh... =D
Hari ni AJ nak tanya, korang ni beraya kat mana tahun ni...?
AJ rasa bagi yang masih bujang, mesti takde masalah pun pasal balik raya..
Yang dah berumahtangga macam mana pulak?
Jangan ada yang tarik-tarik rambut, baling pinggan mangkuk pasal isu nak balik raya ni ye..
(Eceeewwwwaaahhhh macamlah kau dah berumahtangga.... =P)

Okay, AJ macam biasalah..
Tiap-tiap tahun memang hari raya pertama di Kuala Lumpur...
Saudara mara AJ kebanyakkannya kat KL ni....
Raya pertama, biasanya adik beradik sebelah mak akan datang berkumpul kat rumah AJ, sebab mak anak paling tua...
So pagi raya rumah AJ memang haru biru la....
Tambahan pula, sepupu sepapat AJ semua kaki bergambar......
Nampak kamera, habis porak peranda segala...
Makanan tah kemana, kami tah kemana...
Hehhehehehe... =D
Memang meriahlah....
Petang raya pula, kami akan berkunjung ke rumah saudara sebelah abah yang ada di sekitar KL......
AJ pulak setiap tahun ada tugasan khas tambahan....
Hantar juadah raya dekat En. Sayang, sebab dia kena kerja... (Kesian dia...)
Agaknya tahun ni dia dapat cuti ke tak??

Then, hari raya kedua barulah kami bertolak ke kampung di Negeri Sembilan/Melaka......
Kami memang akan balik kampung sebelah abah je tiap-tiap tahun..
Sebelah mak, dah takde sesiapa pun kat Perak tu......
So kat rumah AJ memang takkan timbul isu nak balik kampung siapa antara kedua orang tua AJ...
Lepas tu hari raya ketiga, kami akan balik KL......
Tak betah nak duduk kat kampung lama-lama.... =D
Hari-hari lain tu, barulah AJ berkunjung ke rumah rakan-rakan lain........
Tahun ni AJ ingat nak pulun cuti seminggu terus....
Hopefully Boss luluskan lah..... =D

Ni ada gambar Raya yang lepas....
Nampak kamera semua tetiba muncul.......
*Ni baru sebahagian je...*





So tahun ni korang beraya di mana??
Ada ke yang tak dapat cuti???

P/s : Jemputlah Datang Rumah AJ Ye Nanti... =D

Baca Selanjutnya »

Baju Raya Hari Kedua...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni excited sikit nak story the mory ni...
Malam tadi AJ dan En. Sayang pegi Jalan TAR....
Niatnya memang nak cari baju raya pun....
Habis 1 kedai ke 1 kedai AJ buat lawatan rasmi....
Adalah berkenan bila tengok 1-2 pasang baju ni...
Tapi sayangnya warna yang AJ nak takde pulak....
Lepas tu pulak, AJ ni cerewet bab-bab nak beli pakaian ni...
AJ cakap dengan En. Sayang nak pegi hari Sabtu pulak sebabnya butik yang AJ nak pegi sangat tu dah tutup time ni...
Lagipun butik tu bukan kat Jalan TAR....
Hehehehehe.... Geleng kepala Si Dia....
Dah lah duit kena ketuk... Demand pulak nak baju butik....
(Nasiblah katanya....... REDHA je lah...)
Sekali Si Dia ada berkenan sepasang baju kurung ni....
Simple dan sweet je.... Dia pun belikan....
So AJ cakap baju ni untuk raya kedua lah.... =D
Plan asal raya kedua nak pakai baju lama je....
Tapi dah ada yang belikan pakai je la baju baru....
Hehehehehehe......
Alhamdulillah.... Pucuk dicita, ulam mendatang....
AJ terima je la... Dah cik abang nak bagi extra lagi sepasang kannnn.....
So sabtu ni, AJ dengan Si Dia nak teruskan "Baju Raya Hunting" untuk dipakai pada hari raya pertama nanti....

To En. Sayang :
Thanks sudi layan karenah AJ yang sangat-sangat cerewet ni.....
Kesabaran je la kan Sayang kan... =P



P/s : AJ taknak publish dulu baju tu....
Raya nanti baru AJ post... Hikhikhik... *GedikSangat*


Baca Selanjutnya »