Impian Tu Akan Kekal Impian Je...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saya ada satu impian....
Tapi yang nyata, impian tu tak akan tercapai sampai bila-bila.......
Since saya ni seorang outdoor person, saya suka buat benda-benda yang extreme.....
Dan saya memang teringin sangat nak buat BUNGEE JUMPING......
Tapi nampaknya impian tu akan kekal impian....
Semua orang tak bagi saya cuba....
Kat Malaysia ni, rasanya kat Sunway Lagoon je la yang ada kot....
Tapi bila ajak En. Sayang, 1 perkataan je yang muncul NO....
Alaaaa..... Bukan tinggi pun yang kat Sunway Lagoon tu.....
Bahaya katanya.....
Dia cakap kalau nak pergilah sorang-sorang.. (Maksudnya memang No lah kan..)
Kalau cakap kat mak mestilah lagi NO NO NO kan.....
Hurmmm... Tak dapatlah nak mencuba satu-satunya aktiviti yang saya nak sangat buat dari dulu.....


Lepas ni minta je kawan tolong photoshopkan gambar konon ada buat bungee jumping...
Kalau ada yang tanya apa rasanya, cakap ngeri sikit dari naik Solero kat Genting Highland tu...
Hahahhahahaha.... =P
Tapi kalau Solero pun tak pernah naik, suruh bawak motor turun Genting tak payah guna brake....

P/s : Harapan Je La Nak Try Bungee Jumping Ni...

Baca Selanjutnya »

Lagu Raya Mula Berkumandang...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kat mana-mana je sekarang ni, lagu raya dah mula berkumandang....
Di stesen-stesen radio pun dah berselang seli lagu raya.......
Tengok kalendar hari ni dah 31 Julai 2012.....
Ohhhhh... Dah dekat 2 minggu dah rupanya kita berpuasa.....
Tak sedar masa berlalu......
Tangan pun dah gatal cari-cari lagu raya untuk didownload.....
Dah boleh tukar ringtone Hp... Barulah terasa mood raya.......
Tapi separuh je la mood raya tu...
Sebab kuih tak buat lagi.... Baju raya pun tak beli lagi.....
En. Sayang cakap esok atau Khamis baru nak beli baju raya.....
Ok... Tak sabar dah ni.....

So nak tanya korang sikit.....
Lagu raya apa yang korang suka ni???
Saya suka lagu-lagu dendangan Siti Nurhaliza dan beberapa lagu dari penyanyi lama.....
Kalau boleh duk ulang berpuluh-puluh kali dengan volume yang sangat kuat..
Hehheheheheheh... =D
Yelah, setahun sekali baru dapat dengar lagu raya kan....


Jom layan lagu raya ni..... =D
Nazam Lebaran by Siti Nurhaliza untuk korang.....


P/s : Raya Oh Raya....
Tapi Masih Adakah Mood Raya Tu??
Baca Selanjutnya »

Lelaki Anak Emak....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mesti korang penah tengok drama "Anak Emak" kan??
Emak ikut kemana sahaja....
Lepas tu anak lelaki tu pun tak bebas untuk membuat apa saja......
Berkepit je bawah ketiak emak...
Tapi adakah seteruk itu kalau kita bercinta atau berkahwin dengan lelaki dalam kategori anak emak ni???
Ishhhhhh... Takut pulak nak berkawan dengan anak emak ni....

JANGAN takut...
Sebenarnya berhubungan dengan lelaki anak emak tidak seteruk yang dimomokkan sesetengah orang......
Anak emak ni berperwatakan manja dan selalu mahukan perhatian..
Kadang makan pun minta disuap....
Mereka keras kepala tapi tak nak mengaku....
Tak susah pun nak mengambil hati si anak emak....
Cukup sekadar memberi perhatian dan mengambil berat mengenai mereka.....
Tapi, jangan sesekali mengutuk atau mengatakan sesuatu yang tidak elok mengenai emak mereka...
Alamatnya perang besarlah kamu dan dia, walaupun itu hakikat sebenar mengenai emaknya...

Kelebihan berhubungan dengan Lelaki Anak Emak

1. Mereka sangat menghormati wanita....
-Mereka menghormati wanita sama seperti mereka menghormati emaknya.....
Beruntungnya kamu sekiranya Si Dia anak emak......

2. Pandai memasak..
-Segala ilmu masak memasak pasti akan turun kepada anak emak ni.....
Silap-silap skill memasak Si Anak Emak, kalah skill memasak kamu okay..

3. Pandai mengambil hati....
-Kamu merajuk bukanlah satu masalah besar buat Si Anak Emak.....
Sebab mereka sudah mengetahui bagaimana hendak mengambil hati kaum wanita...

4. Manja...
- Mereka selalunya manja.....
Kalau yang jenis panas baran pun still cepat sejuk.....


Tapi AWAS!!!!!
Lelaki Anak Emak ni bermulut manis......
Kira dalam kategori pandai ayat la....
Jika kamu tak pandai cara mengawal Si Anak Emak, dengan mudah dia boleh main pasang 1, 2 atau 3....
Hehehheheheh.... =D

Sebenarnya ada Pro dan Kontra lah berhubungan dengan Anak Emak ni....
Jangan tersalah pilih yang sikit-sikit emak....
Sampaikan benda yang kecik pun nak mengadu dengan Emak, susah jugakkan......
Parah nanti..... Ada yang makan hati......


P/s : Siapa Dalam Kategori Anak Emak Ni???

Baca Selanjutnya »

Korang Tolong Like....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

"Entri ni melekat.... Untuk entri baru klik Older Post or Scroll kat bawah...."

Korang....... Saya ada masuk Contest ni....
Saya nak minta korang tolong LIKE gambar dekat header saya ni kat Facebook boleh?
Kalau sudilah......
Terima kasih ye korang......

Cherita AyueJean

P/s : Just Try My Luck....


Baca Selanjutnya »

Mood Buat Kuih Raya Dah Datang....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Start minggu ni, dah busy dah....
Nak buat kuih raya.....
Dah bertahun-tahun layan kuih tunjuk-tunjuk...
Tahun ni taknak dah kuih tunjuk..... Nak kuih buat sendiri...
Semalam dah tengok dah kuih apa yang nak buat.....
Ada 8 jenis semuanya kalau tak salah kira.....
Antaranya :
 Biskut Coklat Chip.... (Ni selalu habis sebelum sempat raya..), Biskut Nescafe, Biskut Oat, Biskut Conflake Madu, Biskut Conflake Coklat... blablabla....
Nanti kalau ada bahan lebih, mungkin lebihlah jumlah kuihnya....
Tapi kuih modenlah ye.....
Kuih tradisional macam bahulu semua tu, tak reti saya nak buat.....
Esok nak pegi beli barang kuih.......
Dan dah boleh start buat sikit-sikit......
Harapnya skill buat kuih saya still ada dan yang penting oven yang dah terperap bertahun tu tak merajuk......
Kalau tak parah pulak..... =D
Mana celah nak bakar kuih......
Korang nak rasa tak kuih raya saya???
Raya datanglah rumah okay....
Kalau tak, tak dapatlah... =D


P/s : Duit Raya takde, Kuih Raya je ada... =P


Baca Selanjutnya »