Ya Allah... Sedihnya Tengok Dia...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Seperti korang sedia maklum, kawan AJ terlibat dalam kemalangan.....
Kalau mana yang tak tau lagi KLIK SINI....
Semalam habis kerja, AJ terus ke HKL.....
Sampai di hospital, rakan-rakan lain sudah ramai yang datang melawat......
Disebabkan dia di tempatkan di Unit Rawatan Rapi, kami semua bergilir-gilir melihat keadaan dia.....
Tiba giliran kami, hati AJ berdebar-debar...
Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku......
Sampai je ke katil dia, AJ cuba sedaya upaya menahan tangis...
Namun AJ tak mampu....... Mengalir jua airmata di hadapannya......
Lalu AJ sedekahkan Al-Fatihah....
Keadaannya.......Apa yang mampu saya katakan....
Sangat teruk....
AJ tidak mengenali langsung wajahnya.........
Jauh sangat bezanya dia yang saya kenali dan dia yang terbujur di katil wad tu.......
Kepalanya berselirat dengan wayar......
Darah membeku di kepala dengan tekanan darah yang agak rendah tertera di monitor....
Yang membuatkan AJ bertambah sedih bila mengetahui urusan register pesakit hanya selesai pada petang semalam....
Walhal dia kemalangan kelmarin...
Ini kerana ada makhluk tak bertanggungjawab telah mengambil dompet dia dan menyukarkan pihak polis mengenali identiti dia.....
Ya Allah..... Teruknya orang yang mengambil kesempatan tu...
Nasib baik Hp dia berjaya ditemui......
Melalui Hp tersebut, kaum keluarga dan rakan-rakan dapat dihubungi....
(Tapi khabarnya hp tu dah tiada saat keluarganya sampai..)
Kejadian tu dikatakan berlaku semasa dia balik dari membeli juadah di Bazaar Ramadhan.....
Dia dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta Myvi...
Lalu jari laju menaip namanya di laman Fb.....
Status terakhirnya sebelum kemalangan nak makan kuih abuk-abuk...
Mengalir lagi airmataku.....


Reid, be strong..........
Kami semua tau kau seorang yang tabah....
Kami sayangkan kau Reid..
Kami nak tengok kau gembira dan sihat seperti sebelum ni..
Doa kami sentiasa mengiringi kau.....
Kuatkan diri Reid....
Semoga kau cepat recover.......
Nanti kau dah sihat kita ramai-ramai pegi cari kuih abuk-abuk tu ye.....
Petang ni kami datang lagi ye Reid.....
Ya Allah, berikan dia kekuatan.....

P/s : Sedih.....

Baca Selanjutnya »

WW #12 : She Sooooooo Adorable!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


She so Cute and Adorable.....
Isn't???

P/s : Dalam Hati Masih lagi Bersedih.......

Baca Selanjutnya »

Ya Allah..... Ini Dugaan Buatnya.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bukak Fb hari ni, dapat tau semalam seorang sahabat kami mengalami kemalangan....
Sekarang ni berada di ICU dalam keadaan koma....
Ya Allah.... Berat sungguh dugaan yang kau berikan padanya....
Saat menulis entri ni, airmata tak berhenti mengalir.....
Kami pernah baik dan rapat suatu ketika dahulu.....
Penah kongsi masalah, rasa sedih dan rasa gembira....
Tapi beberapa bulan kebelakangan ni hubungan kami menjadi renggang kerana satu peristiwa......
Ya Allah..... Sedih hati tatkala mengetahui berita ni.....
Rasa nak ke sana sekarang jugak......
Kawan-kawan, tolong doakan keselamatan dia......
Minta dia cepat baik.......
Reid, aku tau kau mampu bertahan........
Kuatkan diri kau.........
Keluarga dan kawan-kawan kau sayangkan kau.....
Aku doakan kau cepat baik...... 



P/s : Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.......... :'(
Kuatkan Dia....


Baca Selanjutnya »

Kita Ni Kan.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kita ni kan....
Kalau time sekolah, mesti fikir nak keje, nak cari dan pegang duit sendiri...
Tapi...
Bila dah keje, dah tau macam mana susahnya nak cari rezeki tu mesti akan fikir syoknya kalau sekarang ni masih di bangku persekolahan.....

Kita ni kan....
Kadang makanan banyak-banyak depan mata... Membuang je.....
Tapi....
Pernah tak kita fikir ada orang yang kebuluran tak dapat makan??

Kita ni kan....
Bila banyak duit sikit, mulalah berjoli sakan sana dan sini....
Tapi....
Pernah tak kita terfikir nak bersedekah barang seringgit dua??

Kita ni kan....
Dulu masa susah, takde pangkat tinggi, tau pulak merendah diri....
Tapi..
Bila dah senang sikit, dah berpangkat mulalah meninggi diri....
Sedangkan dulu pun hidup kita tak menentu macam tu......

Kita ni kan....
Selalu sangat cepat nak bersangka buruk dengan orang lain....
Tapi...
Kita pernah tau tak kehidupan atau situasi orang tu macam mana??

Walau macammana pun kita....
Kita adalah manusia.....
Kita mungkin sama, kita mungkin berbeza.......
Tapi kita tidak pernah berbeza di sisi Allah yang Maha Esa..... =D


P/s : Ingatkan Diri Sendiri... =D

Baca Selanjutnya »

Rezeki Kot...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni, mood nak pegi keje macam biasalah... "Suam-suam kuku" je...
Hehhehehe.. =D
Lepas tu keluar rumah pun jalan lenggang-lenggang kangkung je walaupun sedar diri dah lambat...
Sampai Lrt Bangsar, turun bas pun still jalan melenggang.....
Al-maklum ofis dah tak jauh....
Lepas tu jalan depan sikit nampak ada satu kertas kat atas lantai tu....
Ehhh??? Macam kenal je kertas apa tu.......
Nak kata resit, bukan! Tiket bas pun bukan!
Tengok kiri kanan takde orang..... Okay line clear, roger and out... 
So saya pun menunduk amik kertas tu...
Betul seperti jangkaan saya....
Itu not RM50....
Siapalah yang buang duit pagi-pagi ni???
Hmmmm, duit gaji pun dah hujung-hujung tanduk je ni.....
Hehheheheheh... =D
Rezeki kot ni.......
Naik atas ofis terus senyum sorang-sorang..... =D



P/s : Menyanyi-nyanyi LAGU RAYA dalam hati......
Oh sebelum disalaherti...... Masuk tabung masjid nanti... =D


Baca Selanjutnya »