Fungsi Terbaru Helmet



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selalunya kan.... Orang pakai helmet bila naik motor je kan???
Bertujuan untuk melindungi kepala dari tercedera sekiranya berlaku kemalangan...
Tapi sebulan ni, memang helmet ada fungsi baru......
Confirm apek yang jual helmet untung besar bulan ni...
Sebab apa???
Diborong oleh kaki-kaki ponteng puasa nak pakai buat beli nasi bungkus....
Hehehehhe..... =D
Apabila diperhatikan, banyak orang yang beli nasi time-time tengah hari di Bulan Ramadhan ni pakai helmet...
Siap pakai visor gelap yang ditutup lagi....
Kenapa nak pakai helmet yang ditutup visornya??
Malu ek awak???
Buat apa nak malu...
Kami yang memerhati ni pun manusia macam awak jugak....
Dengan Allah swt yang suruh puasa setengah hari je tu, tak pula awak malu kan......



P/s : Tepuk Dada, Tanya Jiwa.....


Baca Selanjutnya »

Penangan Bawang Putih



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Meh nak share sikit pasal Bawang Putih dengan korang....


Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya atau nama saintifiknya Allium satvium  memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional.
Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris dijual di kedai-kedai ubat dan farmasi.
 Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman.
Bawang putih mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus.

Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, (kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secara mentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)
Antaranya :

1. Penawar Sengatan 
Ambil 2 ulas bawang putih, ditumbuk hingga lumat dan terus tampal di tempat yang terkena sengatan lipan atau kala jengking.

2. Penawar Sakit Kepala 
-Ambil 3 ulas bawang putih. ditumbuk hingga lumat dan terus pupuk di atas dahi.

3. Penawar Batuk dan Lelah
-Ambil 3 ulas 3 ulas bawang putih, ditumbuk dan diperah untuk mendapat jus/airnya.
Gaul dengan 1 sudu besar madu asli dan 1 sudu teh gula kemudian dimakan kesemuanya.
Lakukan beberapa kali hingga baik.

4. Penawar Cacing Kerawit
-Kunyah dan telan seulas bawang putih.

5. Penawar Kembung Perut
-Panggang 5 ulas bawang putih atas api.
Makan ketika perut merasa masuk angin.

6. Penawar Mulut Berbau
-Tumbuk 3 ulas bawang putih hingga hancur bersama 9 kuntum bunga cengkih.
Digunakan sebagai ubat gigi dan dicampur dengan air buat berkumur.
Lakukan 3 kali sehari

7. Penawar Luka Kecil
-Ambil 4 atau 5 ulas bawang putih ditumbuk hingga lumat.
Tampal di tempat yang terluka.

8. Penawar Buasir
-Ambil 4 ulas bawang putih dibelah dua. Campur dengan 1/2 cawan cuka dan rebus sampai mendidih.
Bila sejuk, makan atau tumbuk lumat 3 ulas bawang putih bersama 1/2 inci halia.

9. Penawar Sakit Otot
-Ambil minyak bawang putih dan gosok di bahagian badan yang sakit seperti di belakang, di bahu, di punggung.

10. Penawar Sakit Kerongkong 
-Ambil 10 ulas bawang putih ditumbuk kemudian diambil airnya. 
Campur dengan air bersih, terus ditapis dan terus diminum untuk membersihkan kerongkong.

11. Penawar Sakit Gigi
-Tumbuk 3 ulas bawang putih, ambil 3 sudu teh cuka, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh madu.
Gaul kesemuanya dan tampalkan pada gigi yang sakit.
ATAU tumbuk lumat 2 ulas bawang putih, campur dengan 1 sudu teh minyak sapi.
Campurkan kedua-dua bahan ini, panaskan dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang.

12. Penawar Bisul
-Ambil 1 ulas bawang putih, pecahkan dengan belakang pisau.
Sapu atau gosok beberapa kali pada bisul sehingga ia mengecil dan hilang.

13. Penawar Payudara Yang Sakit
-Rebus 1 labu bawang putih dengan sebanyak 2 cawan air.
Minum airnya 3 kali sehari
(Tau tak 1 labu tu macam mana??? 1 labu tu, yang seketul besar tu... Bukan seulas je..)
Ni 1 labu bawang putih

14. Penawar Selsema
-Campurkan 3 sudu besar madu dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk lumat.
Gaul rata dan minum/makan


Lain-lain khasiat/kegunaan:

1. Membantu pencernaan serta membantu menambah nafsu makan

2. Membantu menyekat pembesaran/pertumbuhan sel barah - seperti barah kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada, serviks

3.Berkesan mengawal paras/tahap gula dalam darah

4. Membantu merendahkan tahap lipoprotein jahat LD2, VD2 dalam darah serta meningkat tahap lipoprotein yang baik HD2 dalam darah, menyekat pengumpulan darah.

5. Membantu melancarkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.


Kepercayaan :

1. Masyarakat mesir purba percaya bahawa bawang putih boleh membantu meraweat kecacingan, jantung, dan sakit kepala

2. Masyarakat Melayu percaya bawang putih yang dicampur dengan minyakkelapa boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik.

3. Getah bawang putih boleh mengatasi masalah kulit/tumit pecah.

4. Orang China percaya bahawa bawang putih boleh membantu buang angin dalam badan, menambah sedap makanan, mengurangksan panas badan.



Sekarang nak tau tak penangan bawang putih kepada saya????
Nampak tak yang saya highlight kan atas tu.... Membantu membuang angin dalam badan..
Saya ni badan je kecik tapi angin banyak... =D

Semalam balik keje saya iftaar kat luar dengan Si Dia.....
Orderlah Nasi Goreng Cendawan....
Punyalah banyak bawang putih....
Saya dah tolak-tolak dah bawang putih tu ketepi...
Tapi last-last suapan tu boleh pulak terkunyah seketul bawang putih....
Mula okay je, takde apa-apa....
On the way balik, naik je motor dah rasa ada macam peperangan angin dan makanan dalam perut...
Saya tepuk bahu Si Dia suruh berhenti...
Bukak je helmet, terhambur isi perut......
Haaaaaaaa.... Hambek kau.....
Ingat dah habis, sampai je rumah terkeluar segala yang saya makan.....
Sampai lembik badan...
Last-last saya makan panadol, tidur sampailah ke sahur......
Inilah penangan bawang putih........
Lain kali tak nak dah order nasi kat situ...
Biasanya saya makan char kuey tiaw je kat kedai tu..
Tapi disebabkan puasa, saya orderlah nasi..
Tak tau la pulak nasi dia kaya dengan bawang putih.....
Lepas ni taubat dah........ Hehehheheh... =D
Serik kot....
Seksa rasanya, macam nak tercabut nyawa duk muntah-muntah je....



P/s : BAWANG PUTIH???
NO! NO! NO!

Saya Serik, lagipun memang tak suka bawang putih....



Baca Selanjutnya »

Okay Aku Tak Puasa!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

"OKAY AKU P****D, TAK PUASA!!!"
Wahhhhhhhhhhh... Bukan main bangga lagi buat announcement macam ni.....
Nak bagitau satu dunia, korang tu tak puasa.....
Ehhh???? Perlu ke macam tu ek??
Korang penah nampak tak kawan-kawan korang ke, entah manusia mana tah dalam Fb atau Twitter korang update status macam tu??
Mesti ada yang penah nampak kan?
Tak malu ke nak satu dunia tau...
Dalam laman sosial tu belum tentu semua orang korang kenal kan......
Sepatutnya kalau dah tak boleh puasa tu... Janganlah nak heboh pulak....
Simpan je untuk pengetahuan korang sendiri cukuplah.....
Kadang tu ada yang siap mention "bendera jepun" berkibar....
Cik kak, itu memang penyakit perempuan yang tak boleh elak tau.....
Cuba duduk makan diam-diam kat ceruk dapur tu...
Heboh satu dunia apa dapat??
Malu tau kakak oiiii.....
Kalau memang penyakit kekal tak boleh puasa, takpelah jugak sebab memang kena makan ubat on time...
Ini cuti yang seminggu tu pulak nak heboh-heboh....
INGAT!
Status kita bukan kita je yang baca....
So NO! NO! and NO!
Elakkan letak status macam tu okay...... =D


P/s : Peringatan Untuk Diri Sendiri........
Jangan Nak Heboh Kalau Tak Puasa.....

Baca Selanjutnya »

Puasa Waktu Bekerja...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni merupakan hari pertama berpuasa pada waktu kerja bagi kebanyakkan orang...
Macam tu juga saya... =D
Hari ni baru first day berpuasa di ofis untuk Ramadhan kali ni....
Perasaannya???
Blur-blur, macam tak tau nak buat apa....
Selalunya kalau time macam ni, dah bosan sangat mulut comel saya ni tak berhenti mengunyah.....
Hehehehhehe.... (Ishhhh budak Kuat makan)
Tapi disebabkan puasa, tak dapek den nak ngunyah-nguyah cam biaso..... =P
Nak kata lapar tu, taklah sebab bukan first time puasa kan......
Mengantuk tu, adalah jugak....
Dengan aircond superb sejuk ni.....
Mata pun senang je nak layu, pejam-pejam.....
So, nak hilangkan rasa bosan, mengantuk berblogwalking je la......



P/s : Nasib Internet Tak Block...
Kalau Tak Haru Weeeehhhhh.... =P


Baca Selanjutnya »

Nak Tidur Balik Ke Tak??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang dah sahur tak???
Saya Alhamdulillah.......
Done untuk sahur hari ketiga ni..... =D

Sekarang ni ada konflik pulak.....
Lepas sahur dan subuh, nak tidur balik ke tak??
Bukan apa, hari pertama dan kedua kan jatuh pada hujung minggu, so kalau terlajak tidur sikit takpe kan..
Bukannya keje pun pagi tu...
Tapi hari ni??? Isnin...... Hari bekerja....
Saya takut kalau saya tidur balik, tak bangun pulak...
Yelah, mana ada orang nak kejutkan saya kat rumah ni...
Semua dah pegi keje sebelum saya.....
Hmmmmmmm.... Takpelah, saya rasa baik saya tidur je.......
Dah mesej Encik Sayang minta tolong kejutkan...
Since shift dia dengan saya pun sama.... *malu*
Tak pun korang tolong missed call....
Nombornya..... 0123456789 (Okay main-main je)

Selamat Subuh....
Tapi Gambar Diambil Bukan Waktu Subuh.... =D

P/s : Hopefully Tak Terlajak Tidur... 

Baca Selanjutnya »