Tips Kekal Segar Di Bulan Ramadhan



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bila tiba bulan puasa, pasti ada antara kita yang lemah tak bermaya je....
Ehhh... relaxlah...
Puasa je kan......
Janganlah nampak lemah sangat..... =D
So saya nak share sikit tips supaya kita kekal segar di bulan puasa ni....



1. Banyakkan meminum Air Masak..
Separuh orang suka meminum minuman yang sejuk dan berais ketika bersahur mahupun berbuka puasa.....
Tahukah korang sebenarnya meminum minuman berais ni hanya menyebabkan badan kita menjadi lemah ketika berpuasa....
Seelok-eloknya banyakkan meminum air masak dan kurangkan minuman berais okay...
Bukan tak boleh minum langsung....
Tapi "kurangkan".... =D

2. Bersahur...
Ada yang memandang remeh tentang bersahur ni....
Sahur ni dapat membekalkan kita tenaga semasa berpuasa di siang harinya....
Setidaknya, dengan bersahur kurang sikit rasa lapar kita tu....
Kalau dah tak lalu nak makan sangat, kurma dengan sedikit air atau susu pun sudah memadai...
Selain tu, dapat pahala lagi... 


3. Mandi dengan air yang sejuk.....
Haaaa.... Mandi air sejuk ni dapat menyegarkan badan kita tau......
Cuba korang try mandi dengan air panas.....
Saya pasti badan korang cepat je lemah.........
Sebabnya mandi dengan air panas boleh menyebabkan lemak pada lapisan epderdemis kulit hilang dan akhirnya mengakibatkan kulit menjadi kering....
Bila kulit dah kering, kita pun nampak kusam je.... 

4. Beriadah! Bukan tidur sahaja....
Bukanlah suruh korang berjogging pulak di bulan puasa ni..
Nanti tak pasal-pasal dicop tak puasa pulak sebab terlebih aktif....
Di bulan puasa ni, eloklah anda lakukan aktiviti yang tidak memenatkan seperti banyakkan berjalan dan isikan masa dengan perkara yang lebih berfaedah.....
Bukannya tidur sepanjang hari.....
Selain memakruhkan puasa, terlebih tidur ni buatkan muka korang nampak sembab dan tak bermaya...
Nak ke muka macam tu???

5. Ambil Makanan Tambahan...
Jangan salah faham ye..
Makanan tambahan ni bukan bermaksud makan dengan lahap dan banyak semasa berbuka.....
Makan tu biarlah berpada-pada...
Makanan tambahan yang saya maksudkan ialah vitamin dan multivitamin......
Pengambilan vitamin bukan sahaja buat kita segar, tapi mapu membruikan kesihatan dan juga kulit yang cantik....


6. Amalkan memakan Buah Kurma..
Okay, kat sini saya mengaku saya kurang suka buah kurma ni....
Kalau kurma fresh tu saya suka....
Tapi sebenarnya, buah kurma ni banyak manfaatnya...
Buah kurma mengandungi protein, vitamin B6, serat dan mineral. Ia juga dapat menjauhkan kita daripada berdepan dengan infeksi kulit selain melambatkan proses penuaan.
Amalan memakan kurma adalah sunat. Ambil tiga biji kurma setiap kali berbuka kerana ia membantu mengembalikan semula paras gula di dalam darah ke tahap yang normal.
So siapa yang lalu makan buah kurma ni, silalah amalkan......

Okaylah, saya rasa ini saja yang saya nak kongsikan dengan korang....... =D
Bila badan kita segar, berpuasa tu jadi sesuatu yang menyeronokkan tau......

P/s : Kekalkan Kesegaran Di Bulan Puasa.....

Baca Selanjutnya »

PengaruhTV : Drama Airmata



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni rasanya dah 3 gelen airmata saya mengalir.....
Semua gara-gara drama dalam Tv hari ni semuanya mengundang airmata...
Tadi cerekarama di TV3 bertajuk Perempuan Neraka...
Mengisahkan seorang isteri yang langsung tidak menghormati seorang suami....
Sampai anak sendiri pun dihasut sehingga membenci seorang bapa......
Memang sedih sangat cerita tu....
Lepas tu pulak saya buka Astro Ria ada drama Bukan Ini Pintaku...
Menangis lagi.....
Mengisahkan seorang wanita yang hidupnya asyik diumpat keji..
Sehingga sampai ke satu tahap merosakkan hubungan dia anak beranak.......
Kat Malaysia ni memang banyak drama yang mengundang airmata.........
Apapun tahniahlah kepada pengarah-pengarah drama yang boleh meruntuhkan empangan airmata saya...
Hehhehehhehe... =D


P/s : Mood Sedih Tengok Drama.....


Baca Selanjutnya »

Baju Raya...




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Macam mana puasa pertama??
Ada yang puasa setengah hari tak??
Hehehehheeh... =D
Tengok title entry mesti ada yang cakap..
"Aikkk?? Baru hari pertama puasa dah sebut pasal baju raya???"
Hehheheh...
Tapi betullah, saya memang nak cakap pasal baju raya...

Seperti tahun-tahun sebelum ni, saya memang jarang sesangat beli baju yang "ready made" ni...
Dari sekolah lagi tak beli baju raya ready made..
Sebab saya tak nak lah ada yang pakai baju yang sebiji betul macam saya pagi raya..... (Pernah jadi okay)
Dah lah pattern sama, warna pun sama....
Isssshhhhhhhh tak suka....
Baju raya yang saya tempah selalunya dah siap 3-4 bulan sebelum raya...
Cuma tahun ni je tak berkesempatan nak tempah....
Nak tak nak kena jugaklah beli baju ready made...
Hopefully tak jumpa orang yang pakai baju sama pagi raya....
Hahhahahahha... =P
Cuma, tak tahulah nak pakai warna apa tahun ni.......
Tahun lepas merah dengan hijau.....
Tahun ni, macam dah buntu pulak nak pakai warna apa.....
Agak-agak warna pelangi okay tak???
Hahhahahahhaha... =D


P/s : Sayang next week kita cari baju raya ye...... =D
Tahun lepas kita Hijau, tahun ni???
Hurmmmmmmmmmmm....

Baca Selanjutnya »

Sahur Pertama



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah.... Usai sahur pertama....
Menunya nasi goreng dan telur goreng.....
Korang sahur tak tadi?
Ke ada yang terlepas nak bersahur tadi??
Alaaaaa.... Ruginya...
Takpe esok jangan terlepas lagi tau...... =D
Jangan pulak tak puasa hari ni dengan alasan tak sahur...
Hehehehehehe......
Alasan lapuk tau tu.....

Alamak lupa sahurlah... =P

P/s : Selamat Berpuasa... =D

Baca Selanjutnya »

Pengertian Puasa



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saya nak share sedikit info mengenai Pengertian Puasa...

Pengertian Puasa
 Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat puasa.

"Maksudnya, bukan puasa makan dan minum...
Mata kita, mulut, perbuatan dan pertuturan kita semua kena kawal dan kena jaga......
Nanti silap-silap, free-free je kena berbuka puasa sebelum waktunya.... =D"


Dalil Wajib Puasa 
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut;

Al-Quran : Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertakwa"

Hadis : Maksudnya, daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al Quran dan Hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpuasa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)


Syarat Wajib Puasa
Ada 4 perkara iaitu;
-Islam 
-Baligh
-Berakal
-Berkemampuan

Syarat Sah Puasa 
Ada 6 perkara iaitu;
-Islam
-Berakal
-Suci dari nifas dan haid
-Masuk waktu puasa

Berniat pada setiap malam 
Mengikut mazhab Imam Malik, memadai dengan sekali niat iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Ingat tak niat puasa???
Ini Dia


Rukun Puasa 
Ada 3 iaitu;
-Orang yang Berpuasa
-Niat
-Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa

Hikmah Puasa 
-Puasa mempunyai pelbagai hikmah, antaranya;
-Menandakan kesyukuran kepada Allah
-Melatih diri dengan sifat2 mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya)
-Melatih sikap tolong menolong di antara satu sama lain
-Meningkatkan kesihatan diri
-Mendapat 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka (hari raya) dan ketika berjumpa dengan Tuhannya pada hari Kiamat
-Menjauhkan diri dari sifat2 mazmumah (keji seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya)

Ini sajalah yang dapat saya kongsikan dengan korang...
Kalau ada lagi atau apa-apa yang tertinggal, tolong share dengan saya....

P/s : Semoga Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan Kita Mendapat Keberkatan Allah S.w.t...


Baca Selanjutnya »