Baju Raya...




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Macam mana puasa pertama??
Ada yang puasa setengah hari tak??
Hehehehheeh... =D
Tengok title entry mesti ada yang cakap..
"Aikkk?? Baru hari pertama puasa dah sebut pasal baju raya???"
Hehheheh...
Tapi betullah, saya memang nak cakap pasal baju raya...

Seperti tahun-tahun sebelum ni, saya memang jarang sesangat beli baju yang "ready made" ni...
Dari sekolah lagi tak beli baju raya ready made..
Sebab saya tak nak lah ada yang pakai baju yang sebiji betul macam saya pagi raya..... (Pernah jadi okay)
Dah lah pattern sama, warna pun sama....
Isssshhhhhhhh tak suka....
Baju raya yang saya tempah selalunya dah siap 3-4 bulan sebelum raya...
Cuma tahun ni je tak berkesempatan nak tempah....
Nak tak nak kena jugaklah beli baju ready made...
Hopefully tak jumpa orang yang pakai baju sama pagi raya....
Hahhahahahha... =P
Cuma, tak tahulah nak pakai warna apa tahun ni.......
Tahun lepas merah dengan hijau.....
Tahun ni, macam dah buntu pulak nak pakai warna apa.....
Agak-agak warna pelangi okay tak???
Hahhahahahhaha... =D


P/s : Sayang next week kita cari baju raya ye...... =D
Tahun lepas kita Hijau, tahun ni???
Hurmmmmmmmmmmm....

Baca Selanjutnya »

Sahur Pertama



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah.... Usai sahur pertama....
Menunya nasi goreng dan telur goreng.....
Korang sahur tak tadi?
Ke ada yang terlepas nak bersahur tadi??
Alaaaaa.... Ruginya...
Takpe esok jangan terlepas lagi tau...... =D
Jangan pulak tak puasa hari ni dengan alasan tak sahur...
Hehehehehehe......
Alasan lapuk tau tu.....

Alamak lupa sahurlah... =P

P/s : Selamat Berpuasa... =D

Baca Selanjutnya »

Pengertian Puasa



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saya nak share sedikit info mengenai Pengertian Puasa...

Pengertian Puasa
 Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat puasa.

"Maksudnya, bukan puasa makan dan minum...
Mata kita, mulut, perbuatan dan pertuturan kita semua kena kawal dan kena jaga......
Nanti silap-silap, free-free je kena berbuka puasa sebelum waktunya.... =D"


Dalil Wajib Puasa 
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut;

Al-Quran : Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertakwa"

Hadis : Maksudnya, daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al Quran dan Hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpuasa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)


Syarat Wajib Puasa
Ada 4 perkara iaitu;
-Islam 
-Baligh
-Berakal
-Berkemampuan

Syarat Sah Puasa 
Ada 6 perkara iaitu;
-Islam
-Berakal
-Suci dari nifas dan haid
-Masuk waktu puasa

Berniat pada setiap malam 
Mengikut mazhab Imam Malik, memadai dengan sekali niat iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Ingat tak niat puasa???
Ini Dia


Rukun Puasa 
Ada 3 iaitu;
-Orang yang Berpuasa
-Niat
-Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa

Hikmah Puasa 
-Puasa mempunyai pelbagai hikmah, antaranya;
-Menandakan kesyukuran kepada Allah
-Melatih diri dengan sifat2 mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya)
-Melatih sikap tolong menolong di antara satu sama lain
-Meningkatkan kesihatan diri
-Mendapat 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka (hari raya) dan ketika berjumpa dengan Tuhannya pada hari Kiamat
-Menjauhkan diri dari sifat2 mazmumah (keji seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya)

Ini sajalah yang dapat saya kongsikan dengan korang...
Kalau ada lagi atau apa-apa yang tertinggal, tolong share dengan saya....

P/s : Semoga Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan Kita Mendapat Keberkatan Allah S.w.t...


Baca Selanjutnya »

Salam Ramadhan




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ramadhan sudah bertamu.....
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan menemui bulan ke sembilan mengikut kalendar Hijrah......
Sekejap lagi, bolehlah kita beramai-ramai Solat Terawih.....
Rindunya nak terawih... =D
Sebelum tu saya nak mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Kepada kaum keluarga, sahabat handai, rakan-rakan blogger dan juga sesiapa yang mengenali serta membaca entri ini.... =D


P/s : Puasa Jangan Tak Puasa....

Baca Selanjutnya »

Segmen Ben Ashaari : Bloglist Ramadhan 2012/1433H




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sempena Ramadhan esok, Ben Ashaari ada buat satu Bloglist....
Jom join...

Tarikh tutup, Hari ni 11.59 Malam...

Kenapa korang kena pilih Blog saya????
Hurmmmm sebab saya suka bertukar idea dan pandangan dengan korang...
Dan saya suka menambah kenalan......
Saya peramah okay....
Tak sombong...
Hehhehehehehehehe... =D

P/s : Done... Jom Join....

Baca Selanjutnya »