Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Join Giveaway ni...
Terima kasih kepada beberapa rakan blogger yang tag saya... =D


Tarikh tutup : 12 Ogos 2012

Saya nak hadiah no 2. Miss Rose Make Up Pallete worth RM50++
Walaupun stok make up pallete kat rumah banyak...
Saya pilih ni jugak...=D

Korang nak??? Joinlah sekali ye......

Tagged :

P/s : JOIN.....

Baca Selanjutnya »

Nike Ardilla Dalam Kenangan..




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ehem ehem ehem.....
Test mic 1,2,3....

"Ku tak akan bersuara...
Walau dirimu kekurangan..
Hanya setiamu itu ku harapkan...
Ku tak akan menduakan...
Walau kilauan mengoda..
Kasih dan sayangku tetap utuh untuk mu...."

Okay dah-dah... Hujan pulak nanti... =P
Haaaa.... Kenal tak bait lagu tu??
Salah satu lagu pilihan kalau pegi karaoke okay....
High pitch lagu ni, tapi saya peduli apa kan?
Hehehehheeh... =D
Tadi terdengar lagu ni... Tiba-tiba teringat pasal penyanyinya....
Lalu jari-jemari pantas meng"google"..

NIKE ARDILLA

Korang kenal tak pelantun lagu ni??
Haaaaa.. Mana yang lahir selepas tahun 1995 tu mesti tak berpeluang mengenali penyanyi ini.....
Kerana seperti yang semua orang sedia maklum, beliau meninggal dunia pada 19 Mac 1995 akibat kemalangan jalanraya pada usia 19 tahun....

Siapakah dia???
Beliau ialah Raden Rara Nike Ratnadilla Kusnadi atau dikenali sebagai Nike Ardilla..
Dilahirkan pada 27 Disember 1975 di Bandung, Indonesia....
Merupakan anak kepada pasangan R. Eddy Kusnadi dan Nining Ningsihrat...
Kareer seninya bermula pada tahun 1987 apabila ibunya membawa beliau ke Himpunan Artis Penyanyi Musisi Indonesia (HAPMI)..
Disana beliau bertemu dengan Deni Kantong, guru nyanyiannya dan Deni Sabrie yang kemudiannya menjadi manager Nike. Mereka juga memperkenalkan Nike dengan Deddy Dores......

Antara album yang telah menaikkan nama Nike ialah Nyalakan Api (1991), Matahariku (1992), Biarlah Aku Mengalah (1993), Tinggallah Aku Sendiri, Biarkan Cintamu Berlalu (1994) dan Sandiwara Cinta (1995).

Dan beberapa filem lakonannya Kasmaran (1997), Si Kabayan Saba Kota (1988), Gadis Foto Model (1989), Ricky, Lupus IV (1990), Si Kabayan dan Anak Jin, Cinta Anak Muda (1991), Olga dan Sepatu Roda, Si Kabayan Saba Metropolitan, Tiga Kamar Perawan (1992) dan Kembali Lagi (1994).

Serta beberapa sinetron antaranya Bunga Kampus (1992), Sukreni Gadis Bali (1993), Trauma Marissa, Ceplas-Ceplos, Saputangan dari Bandung Selatan, None (1994) Warisan I & II, Jalur Putih (1995).

Namun siapa sangka...
Pada 19 Mac 1995, ketika beliau berada dipuncak kerjayanya...
Takdir Allah s.w.t mengatasi segala-galanya...
Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya yang mengorbankan nyawanya......
Kereta Honda bernombor pendaftaran D 27 AK dikatakan hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain lalu melanggar tembok di Jalan RE. Martadinata....
Kejadian yang berlaku lebih kurang 6 pagi itu mengundang pelbagai spekulasi..
Antaranya, Nike dikatakan memandu dalam keadaan mabuk...
Namun, dakwaan itu disangkal keras oleh keluarganya....
Menurut rakannya Sofiatun yang terlibat sama dalam kejadian itu, Nike hanya meminum jus oren sepanjang malam tersebut ketika berada di Disko POLO....
Laporan bedah siasat juga menunjukkan tiada kandungan alkohol dalam tubuh badan beliau..
Ada juga yang berkata, kemalangan itu berpunca dari perbuatan khianat daripada insan yang tidak berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh Nike....
Wallahualam....
Walau apapun yang terjadi pada hari kejadian, saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat...
Al-Fatihah...


Kenderaan Yang Dipandu Nike Ketika Kejadian...

img
Pintu Kereta...


Hari Pengkebumian...

Pusara Nike Ardilla...

Sumber : Google

P/s : AL-FATIHAH....


Baca Selanjutnya »

Addicted Dengan Susu


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semenjak dua menjak ni saya addicted pulak dengan susu....
Bukan susu cap teko atau susu f&n yang mak korang pakai untuk buat air tu...
Tapi susu Dutch Lady, Marigold semua tu la...
Hari-hari mesti nak minum susu....
Bila susu habis sanggup turun tengah-tengah malam... =P
Dulu kurang suka... Dengan alasan muak...
Tapi sekarang susu tu satu kewajipan..
Dalam peti ais wajib ada.
Hehehehe.... =D
U ada????? *Tiba-tiba*


P/s : Sapa nak Belanja Minum Susu??


Baca Selanjutnya »

Blues Hari Isnin



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Bangun pagi di Hari Isnin...
Diri terasa malas sangat nak bangun.....
Alahai.... Monday Blues datang berkunjung setelah sekian lama tak bertemu...
Kenapa datang?
Dah tu pulak boss masuk awal....
Lagilah blues tu bertambah-tambah....
Pandang luar tingkap, hujan turun mencurah-curah....
Mata dah makin mengecil......
Mulut dah penat menguap-nguap...
Haishhh.... Tak sabarnya nak cuti...
Dapat juga rehatkan badan dan otak dari kerja dan masalah.... =D
Takpe, bape hari lagi nak cuti...
Sabar ye.... 
Relaxing session wil coming very soon....


P/s : Senyum Okay......
Tak nak Blues-Blues.... =D


Baca Selanjutnya »

Weekend

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Weekend bakal melabuhkan tirainya sekejap je lagi...
So macam mana dengan weekend korang??
Best ke tak best??

Saya menghabiskan weekend ni dengan merayap dengan Encik Sayang...
Yelah nanti dia dah split shift... Susah nak dapat weekend.....
Sabtu takde keje pegi Festival City Mall...
Memang dari mula-mula bukak dah ajak dia pegi...
Tapi baru hari Sabtu tu ada masa nak dating kat situ....
Hehehehehhe... Datinglah sangat..
Dah tu, pusing-pusing 20 minit, beli Big Apple je dalam tu.... Itu je nampak best...
Boring kot... Takde apa-apa yang menarik dalam tu pun sebenarnya *menyesal*...
Penyudahnya keluar dari situ.. Makan kat Mali's Corner..





Ahad pulak, melepak dekat Oldtown dengan member-member kelab...
Kelab apa?? "Scram & Bikers Wilayah"..
Nanti saya story pasal kelab ni okay.. =D
Lepas tu, plan nak tengok movie...
Tapi kami ni tak tau lah kenapa pelik sangat...
Bila dah sampai cinema mesti tak jadi tengok movie... Everytime pun macam tu..
Hahahahahaha... =P
Penyudahnya, saya pegi cuci dengan blow rambut je....
Thanks Sayang ye temankan....



P/s : Hope korang ada weekend yang best...
Hehehehe... =P
Ohhhh NO!!! Dah Isnin.. =(

Baca Selanjutnya »