Mentaliti Orang Kita..



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Korang mesti tengah tengok cerekarama bertajuk Saleha tu kan???
Bila tengok drama-drama Melayu saya sendiri akui...
Macam tu la "Mentaliti Orang Kita"...
Bukan semua, tapi memang di mana-mana mesti ada orang yang berfikiran dan bersifat sedemikian...
Terlalu menjaga hal orang lain dan berhasad dengki sesama manusia...
Lebih-lebih lagi yang tinggal kawasan kampung dan flat...
Hebat mulut ahli-ahli mesyuarat tingkap ni berkata-kata sampai adakala merosakkan hubungan kekeluargaan orang lain....
Cukup-cukuplah tu....
Kalau berterusan bersifat sebegini, sampai bila-bila pun Orang Kita susah nak membangun....




P/s : Bukan tak boleh amik tahu langsung...

Tapi biarlah berpada-pada....
Ini sampai dalam kain nak selak... Dah apa ceritanya macam tu...?


Baca Selanjutnya »

Haish Budak Ni...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi lepas makan dengan Sayang, macam biasa kaki ni panjang je langkahnya...
Sambil-sambil nak balik tu, mata dah macam CCTV...
Setiap tempat yang dilalui pasti discan sampai nun jauh ke dalam....
Kira kalau bumi, dah sampai mantel la kalau tak salah.. (Al-maklum lama dah tak belajar ilmu sains ni... =P)
Hehehehehe... =D
Akhirnya setelah puas scan sana dan sini....
Balik kendonglah beg plastik berisi handbag dan kasut.....
Elok sampai rumah, mak ada pulak...
Setelah di"spot-check" terkeluarlah ayat.....
"HAISH BUDAK NI"
Opssss... Maaf mak, anakmu ini memang tak berdaya menahan godaan handbag dan kasut...
Padahal last week baru je beli kasut.... Hehehe... =P

Cuba teka mana yang baru? Ni baru sikit je...
Suku pun tak sampai kot...
Hehehehe.... =P

P/s : Saya dan High Heels dan Handbag memang tak dapat dipisahkan...

Baca Selanjutnya »

Sedekah




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selalu kita nampak dan alami situasi ni :
Tengah-tengah duduk melepak kat kedai makan, datang beberapa orang ni....
Seorang buta dan seorang celik memimpin Si Buta....
Ataupun budak-budak dengan jubah lengkap berkopiah atau bertudung litup.....
Mereka datang dengan tujuan yang sama....
Meminta bantuan atau sedekah.....
Kalau kita tengok dan perhatikan, ada yang bermurah hati menghulurkan seringgit dua dan ada yang tidak....
Saya tengok keadaan jugaklah......
Kadang bagi, kadang tak....

Tapi kan.....
Ada yang saya tengok minta sedekah dengan pakaian berjenama.....
Hari tu orang buta ni, siap dengan kasut Timberland....
Nampak baru pula tu....
Lepas tu ada juga yang meminta sedekah di daerah lain....
Tapi alamat yang tertera pada resit, nun jauh di Utara TanahAir...
Tengok keliling, takde pulak van atau kenderaan yang menghantar mereka ni......
Selalunya budak-budak dari Sekolah Tahfiz la...

Ni resit yang saya pernah terima.... Alamat nun kat Kedah.....

Terfikir sejenak....
Adakah sumbangan dan sedekah yang dihulurkan pada mereka disalurkan ke tempat dan untuk tujuan yang betul???
Ataupun ini semua sindiket yang menggunakan insan-insan lemah bagi mengaburi mata masyarakat tetapi digunakan untuk tujuan lain atau untuk kepentingan individu lain???
Wallahualam.......

Kita bersedekah dengan ikhlas....
Kalau ada yang menipu dan menyalahgunakan hasil sedekah yang kita beri, itu urusan mereka dengan Yang Maha Pencipta..... =D

P/s : Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari yang Menerima.....

Baca Selanjutnya »

Tiada Jodoh Antara Kita....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

PASRAH!!!!!
Hanya tu je yang dapat saya katakan.......
Mungkin dah memang tiada jodoh antara saya dengan dia....
Mungkin bukan takdir dia menjadi milik saya......
Semoga dia bahagia.....
Semoga dia sentiasa sihat sejahtera...
Saya tak dapat nak jaga dia.....
Saya dah tak dapat jumpa dia pun lagi.....
Puas saya jejak, tapi dah takdir dia tidak akan menjadi milik saya.......
Ralat, sebab tak dapat nak berbudi padanya......


Perrrgghhhhhhhhhh....
Ayat memang tak boleh blah.....
Okay ingat tak saya ada cakap pasal kucing juling tu??? *Tekan Sini* 
Semalam lepas makan dengan Sayang, saya pergi cari dia....
Kat sekitar kawasan yang saya nampak dia hari tu....
Tapi sayangnya, saya langsung tak jumpa dia pun......
Mana dia pegi ek??
Selamat ke dia??
Hurmmm, nampaknya niat saya nak berbakti pada dia tidak kesampaian.....
Hati rasa agak ralat....
Tapi tak mengapalah, mungkin tiada jodoh antara kami....

P/s : Pasrahnya jiwa..... =(


Baca Selanjutnya »

Eqbal Zack : Brisbane Giveaway



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Macam yang semua orang tau, Abang Eq ada kat Brisbane sekarang ni...
So for sure ada Giveaway fresh dari Brisbane...
Tadaaaaa.... Ni dia... =D


Tarikh tutup : 31 Julai 2011, 11.59pm Waktu MALAYSIA

Jom korang join GA ni.....
Macam biasalah, pemenang akan dipilih melalui RANDOM.ORG......
Hope I'll be The Lucky One!!!!


P/s : Good Luck Okay...

Baca Selanjutnya »