Bersabarlah Wahai Hati...




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bersabarlah Wahai Hati,
dengan setiap ujian....

Bersabarlah Wahai Hati,
dengan setiap dugaan....

Bersabarlah Wahai Hati,
dengan setiap kata cacian...

Bersabarlah Wahai Hati,
dengan setiap pukulan...

Bersabarlah Wahai Hati,
dengan setiap keraguan...

Bersabarlah Wahai Hati,
dengan setiap dendam...

Bersabarlah Wahai Hati,
dengan setiap kekecewaan...

Bersabarlah Wahai Hati,
kerana dihujung setiap kesabaran itu, pasti akan munculnya pelangi dan cahaya menyinari....


Firman Allah yang bermaksud: Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepada kamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang bersabar. Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. (an-Nahl: 126-127)

P/s : Sabar itu Separuh Daripada Iman.....

Baca Selanjutnya »

Mencari POSITIF Bagi Sesuatu Yang NEGATIF...




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR... 
Jangan MENGELUH....

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 

2.. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran. 

3. Untuk cukai pendapatan yang perlu kita bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 

4.  Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan. 

5.  Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 

6.  Untuk bunyi bising jiran tetangga, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 

7.  Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 

9.  Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat... Dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada" 


P/s : Murahkan Bibir dan Lidah Kita Dengan Ucapan ALHAMDULILLAH....


Baca Selanjutnya »

Biar Sampai Ke Bintang




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jatuh Cinta pulak dengan lagu ni.... =D
So nak share dengan korang...

Biar Sampai Ke Bintang by Asmidar (Vokal Bukan Sekadar Rupa)

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang



Dengarkan.......



P/s : I Will Love You No matter What............
Love JRG... =D
Baca Selanjutnya »

SEGMEN AYUEJEAN : BAPAKU IDOLAKU




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ENTRI MELEKAT : Segmen Pertama AyueJean

Bersempena HARI BAPA yang bakal tiba ni, saya nak buat satu segmen sebagai menghargai jasa bapa anda tak kira sama ada beliau masih ada atau telah meninggal dunia....


Syarat-Syaratnya...

1. Letak Header Blog AyueJean...



2. Follow Blog ni... (Tiada Paksaan....)
Tapi seelok-eloknya followlah senang korang nak jenguk peserta segmen ni yang lain... =D

3. Buat entri bertajuk "SEGMEN AYUEJEAN : BAPAKU IDOLAKU"
Cerita kisah Bapa yang merupakan Idola korang tu.......
"Jangan lupa mention nama bapa korang ye......."
Ucapkan kata-kata yang tak mampu korang luahkan di hadapan Bapa......

4. Nak tag kawan boleh, tak nak pun takpe...
Kalau korang tag, make sure diaorang tau lah ye...
Nak join atau tidak.... Terpulang pada mereka.... =D

5. Dah siap????
Linkkan entri korang di RUANGAN KOMEN....
Kat tempat lain, tidak akan dilayan okay.... 

TARIKH TUTUP : 17 JUN 2012, 11 MALAM

P/s : Harap-harap adalah yang sudi join Segmen Pertama saya ni.....
Kalau ada 1 penyertaan je pun, saya terima... =D
Baca Selanjutnya »

Kadang Tu, Bukan Tak Nak Follow Balik....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay, terbanyak pulak masa hari ni nak update entri berkoyan-koyan....
Banyaklah kau punya berkoyan... 2 je kot....
Hehehhehehehhe.. =D
Korang selalu mesti nak follow balik orang yang dah jadi follower korang kan???
Macam tu jugak saya.....
Kalau tak follow balik tu, akan timbul rasa tak adil.....
Tapi kadangkala tu, timbul masalah yang membuatkan saya tak dapat nak follow balik.....

Antaranya :

1. Takde backlink......
Waaaaaaaa..... macam mana nak follow balik....
Bila klik kat profile korang, takde pun link ke blog.... =(

2. Tak tinggalkan jejak....
Haaaa..... Korang tau tak sebab apa ada fibox, shoutbox semua tu??
Supaya korang dapat tinggalkan jejak dan owner blog boleh jenguk korang kembali...
Tapi kalau korang follow, tapi takde backlink, lepas tu pulak langsung tak tinggal tapak kaki....
Macam mana pulak tu??

3. Tak tinggalkan URL blog kat komen box...
Bukanlah setiap kali pun nak kena komen...
Kadang ada blog yang takde kotak jerit kan??
So tinggalkan url blog korang dekat entri.....
Barulah orang perasan ITU KAMU....
Macam tajuk lagu tu.....

So kalau korang ada follow blog saya, tapi saya tak follow balik.....
Tandanya bukan saya menyombong atau tak nak follow korang balik....
Tapi saya tak jumpa langsung URL blog korang...
Minta maaf sangat ye....



P/s : Apa lagi??
Pastikan korang ada link nak ke blog korang kalau dah follow or BW kat mana-mana tu ye.....
Baca Selanjutnya »