ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Okay, minggu lepas saya diajukan 1 soalan dari ofismate....
"Eh AJ, bila HARI BAPA ye??"
Terdiam AJ sekejap....
Bila ye Hari Bapa sebenarnya???
AJ tau Hari Bapa jatuh pada bulan Jun bagi kita kat Malaysia ni...
Tapi tarikhnya bila??
Korang tau bila tak??
Kalau tak tau, AJ dah tolong Google kan untuk korang.... =D
HARI BAPA
Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.
Tarikh yang diakui secara rasmi adalah berbeza menurut negara yang berlainan. Bahagian ini menyenaraikan beberapa contoh-contoh yang penting.
Ahad ketiga bulan Jun | Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile,China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malaysia, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe. |
23 Jun | Nicaragua, Poland, Uganda |
30 Julai | Vietnam |
Ahad ketiga bulan Julai | Uruguay |
Ahad terakhir bulan Julai | Republik Dominican |
23 Mordad (bulan kelima kalendar Iran) | Iran |
Ahad kedua Ogos | Brazil |
8 Ogos | Taiwan |
Ahad pertama bulan September | Australia, New Zealand |
Ahad kedua bulan November | Estonia, Finland, Norway, Sweden |
5 Disember | Negara Thai |
23 Februari | Belarus, Rusia, Ukraine |
19 Mac | Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol. |
5 Mei | Romania |
8 Mei | Korea Selatan (Hari Ibu bapa) |
Hari Ascension | Jerman |
Ahad pertama bulan Jun | Lithuania |
5 Jun (Hari Perlembagaan) | Denmark |
Ahad kedua Jun | Austria, Belgium, Ecuador |
17 Jun | El Salvador, Guatemala |
Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar.
Jadi kalau ikut kira-kira, Hari Bapa pada tahun ini jatuh pada 17 JUN 2012 lah....
Kalau tak percaya Google lah sendiri ye..
Hehehheheheh...=P
Dan kalau Google tipu, AJ pun tipu koranglah....
P/s : Entri Hari Bapa???
Hari tu lah baru taip....
Kannnnnn...... =D
Baca Selanjutnya »