Hari Ini, 26 Tahun Yang Lalu.....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini 6 Jun, 26 tahun yang lalu.....
Lahirlah seorang puteri pada pukul 7.36 malam.....
Digelarkan Ayue.....
Merupakan anak keempat yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kecil...
Terdiri daripada abah, mak, dua orang putera dan dua orang puteri termasuk si kecil yang baru dilahirkan....
Merupakan seorang anak yang agak manja, nakal, degil dan keras kepala.....
Semasa kecilnya, kuat merajuk, kuat menangis..... =D
Malas nak pegi sekolah tu, memang dah jadi lumrah.....
Seorang yang aktif, banyak mulut seperti murai tercabut ekornya.....
Dari seorang anak kecil, menjadi anak gadis kepada gadis remaja dan kini seorang wanita....
Ahhhh... Sudah 26 tahun usia ku.....
Alhamdulillah masih diberikan umur yang panjang.....
Terima kasih kepada yang mendoakan......
Berkat doa kalian, panjanglah umur, murahlah rezeki dan dipercepatkan jodoh...
Aminnnnnnnnn.....



P/s : Alhamdulillah.....

Baca Selanjutnya »

Semoga Esok Yang Dinanti.......




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ESOK.....
Tak sabar menanti hadirnya esok....
Semoga esok masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk bernafas buat kesekian kalinya....
Semoga esok masih mampu melihat terbitnya Sang Matahari...
Semoga esok hidup ini diberkati......
Semoga esok menjadi suatu hari yang membahagiakan....
Semoga esok masih lagi mampu seperti hari ini.......
Semoga esok jiwa ini masih lagi berbunga seperti sebelum ini.....
Semoga esok hati ini menjadi semakin cekal mengharungi cabaran mendatang...
Semoga esok memberikan semangat dan kekuatan baru....
Semoga esok wujudnya kehidupan baru...
Semoga esok ditambahkan dengan keimanan dan ketaqwaan...
Semoga esok menjadi hari yang lebih baik dari ini dan semalam......
Semoga esok segala kegembiraan menjadi milikku....

ESOK kau ku tunggu dengan penuh kesabaran...
Insyaallah.....


P/s : Kenapa Dengan Hari ESOK?????
Baca Selanjutnya »

Tidak Berkesempatan Lagi




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal-awal kemunculan bulan Jun ni, saya belum berkempatan lagi nak pegi jenguk peserta dari segmen-segmen yang saya dah join....
Mana yang datang jenguk tu, tinggalkan link blog korang ye....
Saya PASTI akan berkunjung kembali....
Terima kasih sudi jenguk dan follow blog saya ni......
Minta maaflah tak berkunjung lagi ke blog korang.....
Insyaallah, habis minggu ni saya dah tak banyak bende nak dikejarkan....
Al-maklum sibuk mencari hadiah untuk majlis kahwin member, hadiah birthday, hadiah declaration anniversary.....
Macam-macamlah......
Ni pun baru je balik berfoya-foya dekat Mid Valley....
Alhamdulillah satu bende dah settle...
Tinggal lagi beberapa perkara je lagi....... =D

I'M RUNNING OUT OF TIME.......



P/s : After all this things settle, startlah aktiviti jalan dan follow saya tu.....
"Now I know WHY..."
Baca Selanjutnya »

Tonton Bicara Semanis Kurma Secara LIVE..




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang peminat program "SEMANIS KURMA"  tak???
Program bual bicara agama tu.....
Kalau korang minat....
Hari ni ada berita baik untuk mereka-mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur.....
Malam ni kalau berkesempatan, bolehlah pegi menonton secara LIVE...

Tempat : Masjid Al-Ikhlasiah, Jalan Pantai Permai 7, Pantai Dalam

Masa : 8 Malam (Selepas Solat Maghrib)

Haaaaaaaa........
Ada rasa nak pegi tak????
Mana yang jauh tu, nanti mesti ada program ni kat tempat korang......


P/s : Mana Berkesempatan Tu....
SELAMAT..... =D
Baca Selanjutnya »

Dah Daftar Sebagai Pengundi??




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Perasan tak sekarang ni bendera macam-macam warna dan rupa dah mula berkibar-kibaran.....
Jalan pun dah banyak yang mulai diturap kembali.....
ADUN kawasan pun dah mula rajin turun padang....
So apa maknanya???
Maknanya........... Hari mengundi semakin hampir.....
Masing-masing mulalah memancing undi....
Heheheheheh... =D
Itu memang fenomena biasa kan....???

Tapi bukan nak cakap pasal bendera ke, ADUN ke atau parti mana korang nak undi......
Tapi pasal daftar sebagai pengundi...
Korang dah daftar tak???
Kalau mana yang dah cukup umur dan dah layak mengundi tu, sila-silalah ye...
Tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat...
Jangan sibuk join BERSIH minta undi secara adil....
Tapi hakikatnya korang tak daftar sebagai pengundi pun....
Memang apa pun tak bolehlah kalau macam tu kan....
Heheheheheh.. =P
Jangan pula nak jadi pengundi HANTU ye.... (Ishhhh takutlah hantu-hantu ni...)

Ingat.....
Satu undi dari anda semua, 
PENENTU MASA DEPAN NEGARA.....


VS.

Siapa korang nak undi ni????
Pilih-pilih mana yang berkenan di hati...... =P

P/s : Saya????
UNDI ADALAH RAHSIA
Hahahhahaha....
Apa kena mengena dengan daftar pengundi????
Baca Selanjutnya »