Segmen Nasz : Bloglist Nasz Jun 2012





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama rasanya tak join segmen....
Busy sikit lah....
Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Jun kan....
So jom gantikan Bloglist Mei korang tu.....


Tarikh tutup 26 Mei 2012, 11 Malam...

Senang je kan???
Jom join reramai.....
Boleh jugak tingkatkan trafik.... =D

P/s : Saya JOIN...
Anda???
Baca Selanjutnya »

Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni saya nak share sikit sebuah kisah yang diceritakan oleh Pakcik saya......
Cerita ni dia dengar dari seorang Ustaz yang menyampaikan ceramah kat surau hari tu....
Menarik juga isi kandungan cerita tersebut....

Cerita ini mengisahkan Seorang Putera Raja dan Bendaharanya...

Pada suatu hari, Baginda berlawan pedang dengan Adindanya.....
Lalu, tanpa disengajakan Adindanya tertusuk mata pedang ke kaki Baginda...
Baginda sangat murka, lalu menuduh Adindanya sengaja mencederakan kakinya untuk merampas takhta... Maka Baginda menitahkan Adindanya dihukum atas kesalahan tersebut...
Lalu Si Bendahara selaku penasihat DiRaja datang dan mengatakan "Tuanku, apa yang berlaku mungkin tidak disengajakan.. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
Nasihat ini menambahkan kemurkaan Baginda, lalu Baginda menitahkan pengawal istana memenjarakan Si Bendahara... 

Selang beberapa hari, Baginda pergi berburu di dalam hutan.....
Tidak lama selepas itu, Baginda telah ditangkap di sebuah kawasan....
Lalu Baginda dibawa mengadap Ketua mereka untuk dijadikan santapan.....
Ketua puak tersebut sangat gembira dengan santapan itu.....
Sebelum menjadikan Baginda sebagai santapan, Ketua puak tersebut meneliti setiap inci santapan tersebut....
Tanpa diduga, terlihatlah olehnya parut di kaki Baginda.....
Lalu Ketua puak tersebut mengarahkan Baginda dilepaskan kerana tidak mahu santapan yang ada cacat cela.....
Baginda sangat bernasib baik dan teringatkan kata-kata Bendaharanya.... 

Apabila tiba di istana, Baginda mengarahkan pengawal untuk melepaskan Si Bendahara lalu menceritakan kejadian tersebut...
Mendengarkan cerita Baginda, Si Bendahara tersenyum lalu berkata "Hamba sangat gembira dipenjarakan.."
Baginda berasa hairan lalu bertanya "Mengapa Bendahara?"
Bendahara menjawab "Jika Tuanku tidak memenjarakan hamba, pasti hamba yang akan menemani Tuanku berburu... Dan, pastinya hamba yang akan menjadi santapan Ketua puak tersebut setelah beliau tidak mahu menjadikan Tuanku santapan.. Bukankah begitu Tuanku??"
Baginda terdiam sejenak.....
Lalu Bendahara berkata lagi "Tuanku, seperti yang hamba katakan dahulu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..."
Baginda terfikir akan kebenaran kata-kata Bendahara...
Memang setiap yang berlaku ada hikmahnya.... 

-Tamat-




Okay, sekarang korang nampak tak moral dari cerita ni???
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..
Jadi kita sebagai manusia, jangan cepat menyalahkan takdir dan jangan cepat berputus asa....
Setiap kejadian, ada sesuatu disebaliknya.....


P/s : Alhamdulillah....
Bersyukurlah dengan setiap apa yang tejadi....
Baca Selanjutnya »

WW #1 : Macam Anjing Dengan Kucing




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa cakap Anjing dengan Kucing kalau jumpa je mesti bergaduh???


Sekarang pepatah tu dah tak boleh guna lagi......
Sebab Anjing dengan Kucing dah boleh GENG......

P/s : Cute kan???
Baca Selanjutnya »

Ferrari vs.Teksi




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


VS.




Saya tak pasti korang dah tau atau belum kejadian ni.....
Kebanyakkan orang yang saya tanya, semuanya tak tau....
Kejadian ni berlaku di negara jiran kita, Singapura....
Kemalangan yang berlaku awal pagi Sabtu, 12 Mac 2012 ni betul-betul membuatkan darah saya berderau...
Jom sama-sama tengok video ni....
Jangan risau, takde gambar yang mengerikan dalam video ni....
(Kalau ada, saya pun taknak tengok...)


Kemalangan tersebut mengakibatkan 3 maut dan 2 lagi cedera....
Mangsa yang maut adalah pemandu Ferrari, pemandu Teksi dan seorang penumpang teksi Warganegara Jepun.....
Manakala penumpang kereta Ferrari dan seorang penunggang motosikal dilaporkan cedera....

Ishhhhh beli kereta mahal tak bermakna kena bawa laju-laju dan membabi buta......
Kalau sendiri yang maut takpe...
Ni nyawa orang lain turut sama melayang...
Kalau dah macam ni, siapa yang patut dipersalahkan???


P/s : Kesian orang yang ikut undang-undang..
Tak pasal-pasal nyawa melayang.....
Baca Selanjutnya »

Isnin Oh Isnin....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Berhari Isnin semua....
Hari MALAS sedunia.....
Hehhehehhehe... =P

Pagi ni, celik mata dah rasa tak nak bangun je pegi keje....
Badan ni macam dah melekat dekat tilam, kepala dah melekat dekat bantal.....
Hampir 15 minit terkebil-kebil, barulah betul-betul sampai kat Planet Bumi...
Kalau tak...... Still ada kat Planet yang jauh lagi pada Pluto... (Ehhh?? Ada ke?)
Sah-sah lah Monday Blues....
Bangun, mandi, capai jeans, t-shirt pink, kasut crocs, jalan pegi keje..
Kalau lagi lama tunggu, alamatnya memang tak pegi keje la jawabnya........
Sampai ofis, tak pandang kiri kanan dah.....
On PC, bukak folder keje, buat keje satu dua mende, lepas tu dah sampai planet lain balik....
Otak ni dah mula "Malas Berfungsi"......
Makanya, bukak tab baru type www.blogger.com, type email, password...
Dan keluarlah entri entah apa-apa ni...... =D


P/s : Ya Ampun Ayue.....
Cergas... Cergas......
Bilalah nak bercuti panjang ni????
Baca Selanjutnya »