Syoklah CUTI SEKOLAH Dah Mula..





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Belek-belek kalendar nak tengok cuti, terpampang pulak tarikh cuti sekolah....
Ohhhhhh.... Esok adik-adik yang bersekolah dah start cuti ye???
Wahhhhhhh.... Syoknya....
Rasa macam nak join same je.... =P

So, cuti ni apa plan???
Ada tak yang parents bawa bercuti??
Itu lagi berganda-ganda syoknya.... Hehhehheheh... =D
Tapi kalau yang tak dibawa bercuti kat mana-mana tu, jangan sedih....
Kat TV banyak rancangan menarik untuk Adik-adik tonton....

Okay lah sayang-sayang sekalian....
Selamat Bercuti okay....
Mana yang Cikgu ada bagi homework tu, jangan buat-buat lupa pulak tau....
Dan mana yang ada exam penting tahun ni, studylah sikit-sikit....
Jangan 2 minggu cuti, sehari pun takde yang membelek buku.... =D
Eceeeewwwwaaaahhhhhhh...... Macamlah time sekolah dulu buat kan??? =P


Cikgu-cikgu sekolah pun cuti same kan.....
Okay nak jadi Cikgu lah...
Hahhahahahhaha.... (Dan-dan tu nak jadi Cikgu...)


P/s : Selamat Bercuti Adik-Adikku....
Enjoy Your Holiday.... =D
Baca Selanjutnya »

Jangan Pentingkan Diri Sendiri!!!




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Berhari Jumaat... Penghulu segala hari...
Semoga segala apa yang korang rancang untuk hari ini, berjalan dengan lancar... Insyaallah.....
Di hari Jumaat ni, saya ada 1 kisah untuk dikongsikan dengan korang...
Semoga cerita yang saya sampaikan dapat memberi motivasi buat korang....
Credit kepada Ustaz........... (Maaf tak tau nama dia...)

Kisah Si Tikus, Ayam, Kambing dan Lembu...

Di sebuah rumah, terdapat sepasang suami isteri dan anak mereka.....
Pada suatu hari, mereka mendapati kediaman mereka dihuni oleh seekor Tikus selain daripada Ayam Jantan, Kambing dan Lembu Peliharaannya...
Lalu mereka memasang perangkap bagi menjerat tikus tersebut....
Hati sang Tikus sangatlah gundah gulana....
Maka dia mengadukan nasibnya dan meminta bantuan kepada rakan-rakannya......

Tikus : Ayam, tolonglah aku..... Tuan rumah ini sudah mula memasang perangkap bagi menghapuskan aku....
Ayam : Ahhhhhhh....... Itu kan masalah kamu Tikus, mengapa perlu aku risaukan???

Bertemulah ia dengan si Kambing pula.....
Tikus : Kambing, aku mahu dihapuskan dari rumah ini... Bolehkah engkau membantuku???
Kambing : Kenapa mesti aku membantumu?? Banyak lagi perkara penting yang lebih elok aku fikirkan daripada membantumu......

Lalu diadukan pula kepada Lembu..
Tikus : Lembu, kau yang paling besar disini.. Aku pasti kau dapat membantuku daripada dihapuskan dari rumah ini....
Lembu : Tikus, engkaukan sudah besar.. Pandailah dirimu menyelesaikan masalahmu sendiri...

Tikus sangat sedih dengan sikap kawan-kawannya yang mementingkan diri....
Maka dia pun pasrah seandainya dia terperangkap di dalam sangkar tersebut...

Pada malam itu, si isteri terdengar bunyi sesuatu telah memasuki sangkar tikus....
Sangkanya ia adalah tikus yang ingin mereka tangkap, tapi ternyata sangkaannya meleset...
Semasa melihat di dalam sangkar, ternampaklah olehnya seekor ular tedung....
Tanpa sempat berbuat apa-apa, si isteri telah dipatuk oleh ular tersebut.....

Keesokan harinya, si suami membawa isteri berjumpa dengan pawang bagi mengubati bisa patkan ular tedung itu....
Kata pawang, bisa itu boleh diubati dengan meminum sup Ayam Jantan...
Maka, disembelihnya Ayam Jantan dan dijadikan hidangan bagi mengubati bisa si isteri.....
Akan tetapi, bisanya masih juga tidak elok....
Dibawa pula bertemu pawang lain......
Pawang tersebut pula meminta si suami mencari seekor kambing sebagai penawar.....
Lalu, apabila pulang ke rumah... Disembelihnya pula kambing tersebut....
Beberapa hari selepas itu, si isteri meninggal dunia kerana tidak tahan derita..
Dukacitalah si suami....
Lalu meminta anaknya memanggil orang kampung bagi menguruskan jenazah si isteri....
Berkatalah si anak, "Bukankah kita perlu menyediakan hidangan bagi menjamu mereka ayah??"
Ayah menjawab "Kita masih memiliki seekor lembu, maka sembelihlah ia..."
Maka, tamatlah riwayat sang Lembu pula.....
I
Tinggallah si Tikus yang terselamat dari perangkap tadi seorang diri....
Akibat sikap pentingkan diri rakan-rakannya, dia terselamat....

-Tamat-



So... Moral of The Story,
"Janganlah pentingkan diri sendiri kalau kawan-kawan minta bantuan...
Sebabnya, belum tentu musibah yang melanda mereka, tidak terkena kepada diri kamu sendiri....."

P/s : Ishhhhhh.... Taknak lah Pentingkan Diri Sendiri....
Insaf sekejap..
Esok lusa, kita tak tahu untung nasib kita pula.....
Baca Selanjutnya »

Segmen Nasz : Bloglist Nasz Jun 2012





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama rasanya tak join segmen....
Busy sikit lah....
Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Jun kan....
So jom gantikan Bloglist Mei korang tu.....


Tarikh tutup 26 Mei 2012, 11 Malam...

Senang je kan???
Jom join reramai.....
Boleh jugak tingkatkan trafik.... =D

P/s : Saya JOIN...
Anda???
Baca Selanjutnya »

Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni saya nak share sikit sebuah kisah yang diceritakan oleh Pakcik saya......
Cerita ni dia dengar dari seorang Ustaz yang menyampaikan ceramah kat surau hari tu....
Menarik juga isi kandungan cerita tersebut....

Cerita ini mengisahkan Seorang Putera Raja dan Bendaharanya...

Pada suatu hari, Baginda berlawan pedang dengan Adindanya.....
Lalu, tanpa disengajakan Adindanya tertusuk mata pedang ke kaki Baginda...
Baginda sangat murka, lalu menuduh Adindanya sengaja mencederakan kakinya untuk merampas takhta... Maka Baginda menitahkan Adindanya dihukum atas kesalahan tersebut...
Lalu Si Bendahara selaku penasihat DiRaja datang dan mengatakan "Tuanku, apa yang berlaku mungkin tidak disengajakan.. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
Nasihat ini menambahkan kemurkaan Baginda, lalu Baginda menitahkan pengawal istana memenjarakan Si Bendahara... 

Selang beberapa hari, Baginda pergi berburu di dalam hutan.....
Tidak lama selepas itu, Baginda telah ditangkap di sebuah kawasan....
Lalu Baginda dibawa mengadap Ketua mereka untuk dijadikan santapan.....
Ketua puak tersebut sangat gembira dengan santapan itu.....
Sebelum menjadikan Baginda sebagai santapan, Ketua puak tersebut meneliti setiap inci santapan tersebut....
Tanpa diduga, terlihatlah olehnya parut di kaki Baginda.....
Lalu Ketua puak tersebut mengarahkan Baginda dilepaskan kerana tidak mahu santapan yang ada cacat cela.....
Baginda sangat bernasib baik dan teringatkan kata-kata Bendaharanya.... 

Apabila tiba di istana, Baginda mengarahkan pengawal untuk melepaskan Si Bendahara lalu menceritakan kejadian tersebut...
Mendengarkan cerita Baginda, Si Bendahara tersenyum lalu berkata "Hamba sangat gembira dipenjarakan.."
Baginda berasa hairan lalu bertanya "Mengapa Bendahara?"
Bendahara menjawab "Jika Tuanku tidak memenjarakan hamba, pasti hamba yang akan menemani Tuanku berburu... Dan, pastinya hamba yang akan menjadi santapan Ketua puak tersebut setelah beliau tidak mahu menjadikan Tuanku santapan.. Bukankah begitu Tuanku??"
Baginda terdiam sejenak.....
Lalu Bendahara berkata lagi "Tuanku, seperti yang hamba katakan dahulu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..."
Baginda terfikir akan kebenaran kata-kata Bendahara...
Memang setiap yang berlaku ada hikmahnya.... 

-Tamat-




Okay, sekarang korang nampak tak moral dari cerita ni???
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..
Jadi kita sebagai manusia, jangan cepat menyalahkan takdir dan jangan cepat berputus asa....
Setiap kejadian, ada sesuatu disebaliknya.....


P/s : Alhamdulillah....
Bersyukurlah dengan setiap apa yang tejadi....
Baca Selanjutnya »

WW #1 : Macam Anjing Dengan Kucing




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa cakap Anjing dengan Kucing kalau jumpa je mesti bergaduh???


Sekarang pepatah tu dah tak boleh guna lagi......
Sebab Anjing dengan Kucing dah boleh GENG......

P/s : Cute kan???
Baca Selanjutnya »