Esok Cuti!!!!!




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Esok 11 April 2012, semua orang dah sedia maklum CUTI kannnn.....
So kepada korang semua mana yang bercuti tu, Selamat Bercuti.....
Tapi ada jugak yang tak cuti..... Kesiannnnnn.....
Takpelah, Selamat Menjalankan Tugas ye.....

So cuti sehari esok, apa plan??
Takkan duduk rumah je kot.....
AJ??? Hehehheheheh...
Takde plan gempak pun....
Sebabnya, Mr.JR keje...... Macam takde geng pulak nak jalan...
Dia dalam kategori kesian tu lah tu... =P
So AJ pegi temankan dia makan kat ofis je la esok....
Siapa nak join?? JOM....
Pastu balik rumah sambung tidur..... =D


P/s : Syoknya Kalau Cuti Lama.....

Baca Selanjutnya »

Segmen : Jom Tambah Follower Bersama Mr. Dracula




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay boss dah keluar, makanya "berfoya-foyalah" Seorang AJ...
Hehehehheheh... =P
Korang pun mehlah join AJ berfoya-foya....
Ramai-ramai join segmen ni okay...


Haaaaaa...... Seram tak segmen ni???
Dracula sekarang dah tak hisap darah....
Dia berblogging buat segmen pulak....
Hehehheheh... =P

Tagged :
Baca Selanjutnya »

Sedap Fitnah?? Ada Rasa Macam Makan Daging Tak??




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ berjalan-jalan, lalu terbaca mengenai FITNAH.....
Rasa nak share dengan korang sikitlah.....
Ilmu berguna eloklah dikongsi bersama... =D


Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. 

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. 


Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan. 
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.

 Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

 Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan.

 Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). 

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Sama-sama kita renungkan ye kawan-kawan....


Sumber : niknazmi.com


P/s : Kalau Ada Rasa Terfitnah Sesiapa Tu, Eloklah Minta Maaf.....
Baca Selanjutnya »

Tinggalkan Satu Peluru




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang penah dengar lagu ni tak??
Lagu ni dinyanyikan oleh Sifu M.Nasir...
Tapi AJ suka version Awie...
Lagu ni ada maksud yang tersirat tau....
Cuba korang hayati lirik dan lagu tersebut....



Tinggalkan Satu Peluru by M.Nasir / Awie

Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru

Mana tahu....?
Dah jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi

Di mana helang terbang kesitu ku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asal ku menang

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja



Untuk Korang.....


P/s : Sambil-sambil Lunch tu, Layan lagu ni.... =D

Baca Selanjutnya »

Segmen Pka Rahim : Feberet Color





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni nak join segmen Pka lagi....

Tarikh tutup Khamis : 12 April...

Sebelum tu... Cuba korang pandang keliling blog ni....
Okay dah puas pandang, korang nampak apa??
Confirm dah tau kan AJ suka color apa......
PINK
Yup... Feberet color AJ pink...
Dulu AJ paling tak suka pink....
Sebabnya, AJ rasa pink sangat tak sesuai dengan AJ yang "putih gebu" ni.....
Whahahahaha... =P
Tapi atas desakan seorang kawan, Ayu namanya.....
Yang duk paksa AJ pakai pink......
Makanya secara tiba-tiba AJ ter"obses" dengan color pink sampailah ke saat ni.....

Tak caya???
Tengok ni...

 Baju Pink.....

 Cover Hp Pink, Gunting Pun Nak Pink, Cincin Pun Pink Jugak...

 Selipar Lenjan Kat Ofis Pun Taknak Kalah.. Pink Jugak..



DAN....



Mr.JR Pun AJ Ajak Pakai Pink.... =P

Tagged :
Cik Miera


P/s : Apa Feberet Color korang????
Jom join segmen Pka Rahim sambil share dengan kawan-kawan lain....
Baca Selanjutnya »