Biar Kurang....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selalu orang mesti nak lebih.....
Ni nak kurang pulak???
Terbalik pulak......
Hehehhheh.... =D


Korang penah dengar tak kata-kata ni....
Lebih kurang macam ni lah bait-bait katanya.....

CINTAILAH SESEORANG ITU KERANA KEKURANGANNYA,
BUKAN KERANA KESEMPURNAANNYA

Mesti penah kan????

Kenapa ye???? Sesiapa sahaja mesti idamkan seseorang yang sempurna..... Betul tak??
Tapi kalau kita terlalu mencari yang sempurna, dapatkah kita menerima kekurangannya apabila satu hari nanti, apa yang kita fikirkan sempurna ada kekurangan disebaliknya????
Cuba korang fikir....

Pada AJ....

DALAM MENCIPTA SATU HUBUNGAN YANG SEMPURNA, LEBIH ELOK SEKIRANYA SETIAP PASANGAN ITU SALING LENGKAP-MELENGKAPI BAGI MENGISI SETIAP KEKURANGAN YANG ADA


Kami???
Masih berusaha untuk saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain.... =D

P/s : Ecewahhhhh jiwang pulak.... =P

Baca Selanjutnya »

Eqbal Zack : Fan Page Celebration Giveaway




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengah berjalan-jalan tepi pantai... (Katanyaaaaaa...)
Ternampak pulak GA by Eqbal Zack....
Wahhhh... Meriah tau GA tersebut....
Tak susah pun..... Klik like je kat EqbalZack Fan Page...


Macam biasa kalau nak join klik link kat atas ni.....
Tarikh tutup 7 April ni okay.....

Rugi tau kalau tak join....
Sebabnya...... Tadaaaaaaaaa.....



DKNY Be Delicious (7ml) x 3
DKNY Golden Delicious (7ml) x 1
CK One (15 ml) x 1
MONT BLANC Legend (4.5ml) x 1 
CHROME AZZARO (7ml) x 1 

Nampak ke Tak?? Menarikkan GA ni...
So cepat join....

Pemenang akan dipilih secara random dan akan diumumkan pada 9 April ni....

P/s : Hope I'll Be One Of The Lucky Winner.... =D

Iklan : Like My Page too......
(Hahahhahahaha.... Boleh pulak kan??)

Baca Selanjutnya »

Cepat atau Lambat, Ia Pasti Datang....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Inilah yang dikatakan Jodoh.....
Cepat atau lambat, ia pasti akan hadir dalam hidup setiap insan....
Tertarik saya membaca Harian Metro hari ini...
Si Dara berusia 61 tahun akhirnya menamatkan zaman daranya setelah bertemu dengan seorang dua berusia 83 tahun.....

Nak tahu??
Baca kat bawah ni......



TELUK INTAN: Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam, selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.

Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang ‘segera’, sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83, sebagai suami.

Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.

Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.

“Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.

“Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh,” katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam.

Sementara itu, Shahrin berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu, membawa kepada perkahwinan.

Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu.

Sumber : Harian Metro Online
Baca Selanjutnya »

Segmen Nasz : Jom Blogwalking


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni sekali lagi tuhan menurunkan rahmatnya....
Makanya perasaan malas tu makinlah membuak-buak....
Bukak-bukak blog terus nampak segmen ni...
So otak cakap : AJ sila join...
Lalu jari pula berkata : Okay mari menaip...
Mulut comel mengomel : Jom berceloteh.... =D

Kalau korang nak join macam biasalah, klik link kat atas ni....
Cepat tau, segmen ni sampai pukul 11 MALAM ni je.....
Kalau terlepas jadilah macam AJ last week.... Tak dapat join... =P
First sekali, terima kasih Abg Nasz buat segmen ni.....
Yelah, bagi blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog ni....
Segmen-segmen macam ni bagus untuk kitaorang yang tengah merangkak ni.... =D
Second, of course untuk kamu.....
Alaaaaa, kamu yang tengah skodeng blog ni la...
Hehhehehe... Yang depan screen tengah baca KATA-KATA HIKMAT ni...
Heheheheheheh.... =P
Terima kasih ye kamu......
Sebab sudi menerjah, ber"blogwalking" dan berjalan-jalan kat sini....
Kalau korang sudi, followlah blog AJ...
Kita boleh jugak bertukar-tukar pendapat dan pandangan sesama kita....
Dan dapat juga mengeratkan silaturrahim......
TAPI
Blog AJ ni takdelah best dan gempak mana pun..
Al-Maklum baru je belajar-belajar berblogging kannnn......
Apapun terima kasih tau sudi jugak melawat kat sini....
Last sekali, terima kasih kalau dah follow....
Kejap lagi I FOLLOW U back okay......
Jangan lupa tinggal link kat bahagian komen tau...
Takut terlepas pandang.....
Kalau yang tak sudi follow pun, terima kasih...
Atleast korang ada jugak jenguk kat sini....

P/s : Terima Kasih Daun Keladi,
Kalau Sudi Singgahlah Lagi.... =D

Baca Selanjutnya »

Segmen Cik Mun : Dia Pilihanku..... Cikgu!




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahhhhhhh dah masuk bulan April....
Kejap je rasa dah masuk suku kedua tahun 2012 ni....
Okay hari ni AJ di tagged oleh Cik Mieraa untuk segmen Cik Mun...

Kalau korang nak join, klik atas ni....
Tarikh tutup 23 April ni..

Haaaa...... Masa zaman-zaman sekolah dulu, korang mesti ada Cikgu Kesayangan kan??
Macam tu jugak saya.....
Cikgu pilihan AJ ialah Cikgu Mohamad bin Seman....
Dia ni merupakan cikgu AJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai....
Cikgu Mohamad merupakan Cikgu Sukan dan Cikgu Disiplin kat sekolah dulu...
Kira tak sah kalau dia ronda sekolah tak bawak rotan... Hehhehehe..... =D
Tapi AJ tak pernah kena rotan dengan dia okay..... (AJ budak baik.... =P)
AJ memang sangat rapat dengan Cikgu Mohamad...
Sebab AJ merupakan seorang student yang sangat aktif dalam bidang sukan..
Semua sukan kat sekolah AJ join...
Nasib sepak takraw dan bola sepak perempuan tak boleh join.... =P
Sampaikan guru-guru dan pelajar lain melabel kami macam anak dan bapak..
Yelah dimana ada sukan mesti ada Cikgu Mohamad dan AJ...
Dan segala kelab dan aktiviti yang dianjurkan atau diselia bawah dia, mesti ada AJ....
Walaupun ada sesetengah tu AJ memang tak boleh join sebab peperiksaan penting dah dekat (PMR, SPM), dia tetap bagi AJ join....
Ada 1 program tu, sampai ke Thailand AJdihantarnya...
Hehhehehehhe...... =D
Dia memang cikgu yang "kamching" dengan AJ....
Kadang tu terlepas juga tepuk tampar... (Opssss terlebih sudah...)
Tapi memang itulah realitinya..... =D
Sampaikan kalau ada meeting lepas waktu sekolah pun, diangkutnya AJ sekali......
Kadang waktu sekolah pun dia angkut jugak... =P
Sampai nak jemput bini balik keje pun AJ diajaknya ikut....
Cikgu ni memang sempoi.....
Dalam banyak-banyak cikgu yang AJ kenal,
Cikgu Mohamad bin Seman menjadi pilihan AJ..... =D

Bapakku di sekolah.... Hehehhehe.. =P

Haaaa.... Hero yang kat tengah-tengah tu la Cikgu Mohamad....
Cer cari mana AJ??? Hehehehe......
Tagged :

P/s : Korang tak nak cerita pasal Cikgu korang ke??

Baca Selanjutnya »