Hujan Lebat Di Kuala Lumpur


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni hujan lebat melanda Kuala Lumpur dari petang sampailah sekarang....
Balik keje tadi tersadai jugaklah setengah jam kat perhentian bas....
Dah turun bas nak sampai rumah pulak hujan turun dengan selebat-lebatnya...
Sabar jelah.... Dah nasib badan.....
Tapi yang lagi kesian, Mr.JR lah...
Tak sampai-sampai rumah lagi disebabkan hujan...

Okay, selalunya kalau hujan mesti ada kilat dan petir sabung menyabung kan??
Paling tak pun guruh.....
Kat sini AJ nak share sedikit info mengenai KILAT...



~Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang Atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadangkala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh.

~Dalam nyahcas keelektrikan Atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60 000 m/s dan mencapai suhu 30 000 darjah celsius.

~Terdapat kira-kira 16juta ribut petir setiap tahun.

~Kilat juga berlaku dalam awan debudari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.

~Kilat juga menghasilkan medan magnetik dan sinar x.

~Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA). Meskipun, sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ.

~Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan elektrik di udara mewujudkan 3juta volt per meter, menghasilkan lebih kurang 1gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat.

~Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kira-kira 100 terawatt.

~Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10 000 darjah celsius hampir serta merta, iaitu hampir 2 kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari dan dikenali sebagai Guruh.

Sumber dipetik : Mingguan Wanita



P/s : Korang semua kalau hujan dengan kilat dan petir sabung menyabung tu tolonglah cari tempat berteduh dan berlindung yang selamat ye.....
Semoga kita semua dilindungi Allah swt....






Baca Selanjutnya »

Ini Para Pengkritik AJ =)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nak promote lagi ni......
Sesiapa yang belum join boleh join...
AJ dah join!!!! Ini follow up dari ENTRI AJNTUK SEGMEN NI....
Kejap lagi AJ nak terjah dan kritik orang lain pulak... Tunggu tau.. =D
So AJ nak update sikitlah para pengkritik yang dah kritik blog AJ dan dah AJ terjah blog mereka.....
Nanti AJ update dari masa ke semasa ye....

Terima kasih ye korang....

Baca Selanjutnya »

BEN ASHAARI Ajak Korang Kritik Blog Aku




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Tengah duk buat keje tetibe terpandang plak segmen yang Abg Ben buat ni....
So, sementara boss tak masuk lagi... AJ nak amik kesempatan join segmen ni....
Macam menarik je pulak kan..... =)

BEN ASHAARI
Kalau korang nak join sama, klik je link segmen atas ni.....
Tarikh tutup pukul 10malam ni...
Cepat hantar entri korang pulak..... AJ nak datang kritik ni...

So......
Inilah masanya korang boleh kritik blog AJ...... =)
Tak kisahlah kritikan yang macam mana pun...
AJ terima dengan hati yang terbuka....
Hope kritikan korang tu boleh menambahkan lagi semangat nak berblogging AJ ni..
Al-maklumlah....
AJ ni baru je setahun jagung dalam dunia ni........
Mana yang korang rasa tak kena pada mata korang or pada cara penulisan AJ ni.....
Ataupun apa yang korang suka kat blog ni......
TOLONGLAH KRITIK.....
Insyaallah AJ akan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan atau menambah baikkan penulisan AJ........ Eceeewwwaaaahhhhh ayat Sasterawan Negara dah keluar ni.... =P

Okaylah, AJ nak sambung keje dah......
SELAMAT MENGKRITIK...... =)



P/s : Thanks Korang......
Baca Selanjutnya »

Terima Kasih Emak dan Abah.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sepanjang bergelumbang dengan dunia blog ni, AJ terperasan sesuatu...
Tak pernah sekali pun AJ menulis entri yang menunjukkan betapa AJ berterima kasih kepada kedua ibubapa AJ....... Betul tak????
So, hari ni AJ nak tulis mengenai 2 orang insan yang selama ini bersusah payah membesarkan AJ dan adik beradik yang lain......


ABAH,
Terima kasih kerana dengan kudratmu yang empat kerat,
kau berusaha membesarkan kami adik beradik.......
Kau kerahkan seluruh tenagamu, keluar awal pagi dan pulang pada lewat petang demi mencari rezeki halal bagi memberikan anak-anakmu sesuap nasi....
Bagi memastikan kami cukup segala makan dan pakai....
Tak pernah sekali kami mendengar keluhan dari mulutmu kala kau kepenatan....
Tak pernah sekali kami mendengar rintihanmu kala kami meminta itu dan ini.....
Tak pernah ABAH......

EMAK,
Terima kasih kerana melayani kami dengan penuh sabar....
Menyusukan kami dengan susu badanmu...
Berusaha memasakkan makanan kegemaran kami....
Mencuci pakaian kami yang kotor dan compang camping setelah balik dari taman permainan....
Membasuh pinggan yang kami gunakan ketika kami masih kecil....
Tak pernah juga kami mendengar keluhanmu kala kau keletihan...
Tak pernah sekali kami mendengar rungutanmu ketika kami membuat nakal..
Tak pernah EMAK....

Terima kasih ABAH...
Terima Kasih EMAK...
Terima Kasih kerana dengan kasih sayang yang kalian berikan kepada kami empat beradik.....
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan setiap karenah kami...
Terima kasih kerana memberikan kami pendidikan...
Terima kasih kerana dengan adanya kalian, kami bernafas di muka bumi ini...
Terima kasih kerana sentiasa memberikan kemaafan kepada setiap ketelanjuran perbuatan dan kata-kata anak-anakmu....
Terima kasih untuk segala-galanya.....
Pergorbanan yang kalian lakukan sepanjang hidup kami, takkan dapat kami balas walaupun diberikan masa selama berjuta-juta tahun......
"TERIMA KASIH ABAH DAN EMAK"

Gambar Abah gelap sikit pulak sebab bawah bumbung...

Jasa dan pengorbanan ibubapa tak pernah ada tandingan walaupun ditakdirkan kita semua hidup 1000 tahun pun.....
Tunjukkan rasa sayang dan kasih kalian terhadap ibubapa dengan Segmen dari Hanafi.....


Caranya mudah sahaja.....
Klik gambar di bawah ni...
Cepat.... Tarikh tutup penyertaan 10 Mac 2012 pukul 8malam....
TAG KORANG YE....


P/s : Abah, Emak.... Walaupun Adik degil, adik sayang sangat kalian berdua.......
Baca Selanjutnya »

Jangan Kata Korang Tak Penah Buat....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni kena stayback kat ofis, jadi sementara tunggu PDF yang slow tu open AJ curiklah masa sikit turunkan cherita dari mulut comel ke papan kekunci ni... =P

Korang semua mesti penah buat perangai pelik-pelik dan nakal masa kecik kan???
Macam tu jugak AJ...
Antaranya.... :

1. Amik selipar depan rumah orang lepas tu baling atas bumbung....
Tapi bukan amik dua-dua belah.....
Amik sebelah je.... Hahaahahaa...
Selipar buruk tak pandang langsung, asal cantik dan baru AJ amik dan campak...
Kalau rajin sikit jalan sampai tangga sebelah, letak depan rumah orang lain.....
Hahhaahahaha... =P
Okay memang nakal.....

2. Rumah korang ada loceng tak??
Haaaaa... Kalau ada, abislah AJ ganggu hidup korang yang aman damai tu....
Caranya senang je.....
Picit loceng lepas tu lari....
Buat berulang-ulang kali sampai tuan rumah tu menjerit bagaikan histeria marah-marah......
Lepas tu esoknya korang akan tengok button nak tekan loceng dah tinggi melangit or dah takde lagi...
So, pegilah cari rumah orang lain pulak.... =D

3. Takde loceng??
Bukan susah pun...... Ketuk je pintu.....
Step dia sama je macam kat atas.. Buat banyak-banyak kali....
Tapi esoknya tu, yang confirm pintu ada lagilah...
Tak macam loceng.... Hehheheheh... =)

4. Sanggup labur duit syiling pastu call nombor telefon rumah orang berkali-kali...
Mana dapat nombor????
Main tekan je la...
Tapi make sure nombor tu dalam area perumahan AJ jugak.....
Hahhahahhahah..... 

5. Ni perangai yang AJ rasa sangat tak logik sekali...
Tanam duit syiling dengan harapan akan tumbuh pokok duit macam orang tanam cili tu.......
Aduhaiiii...... Tah mana dapat ilmu sesat ni pun tak tau lah....
Lepas tu esok dan hari seterusnya tunggulah pokok duit tu tumbuh.....
Akhirnya, hampa sebab tanah tanam duit tu dah kena simen...
Padan muka kau..... =P

Bila ingat balik perangai masa kecik, Ya ampunnnnnnnnnn....
Nakalnya anak dara sorang ni....
Nakal mengalahkan budak lelaki.....
Mana taknya, dah dari kecik bawak ke besar berkawan dengan lelaki...
Nasib tak jadi tomboy....


P/s : Sape yang penah dapat gangguan dari AJ tu, nasib korang tak baiklah tu...
Tapi sekarang dah tak buat perangai tu lagi tau.... =P


Baca Selanjutnya »