Rahsia Beg Tangan Wanita......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat berhari Jumaat korang... =)
Duk godek-godek FB tadi, seorang rakan saya tag AJ dekat satu artikel ni....
Menarik pulak.... Makanya kat sini AJ nak share pulak kat korang.....
Apa yang tersembunyi dalam beg tangan wanita....
Kaum-kaum hawa kat luar sana mesti dah tau apa yang korang sumbat dalam beg tangan masing-masing kan...
Kaum Adam pulak mesti nak sangat tau apa yang wanita ni selalu bawak kan????
Sampaikan beg tangan dah sama besar dengan tuan punya badan....
Hehheheheheheh =)
Mana yang penah kaji beg tangan Gf atau Isteri mesti dah sedia maklum...
Mana yang tak penah tu,
Meh sini AJ nak bagitau korang rahsia tu.....

1. PURSE
Ini merupakan bende yang paling penting sekali....
Kalau takde purse, susahlah...
Mana nak letak dokumen pengenalan diri, kad-kad dan paling berharga wang ringgit yang ada kan.....

2. PERALATAN MEKAP DAN  KECANTIKKAN
Haaaa... Wanita dan produk-produk kecantikkan memang tak dapat dipisahkan...
Paling tidak pun mesti ada compact powder dan lip gloss....
Selain itu ada mascara, eye liner, lotion, sunblock, pencuci muka etc.....

3. TISU
Kalau dah ada produk kecantikkan, memang tak sah kalau dalam beg tangan takde tisu.....
Sama ada tisu kering dan tisu basah...
Perempuankan pantang kalau mekap dimuka dah comot sikit....
Ada bende kotor kat tangan or berpeluh sikit pun....
Sure punya keluarkan tisu dari beg tangan kan..

4. CERMIN MATA
Haaaa..... Mana kaum Hawa yang gemar bergaya atau berjalan...
Cermin mata wajib diusung ke mana sahaja...
Selain nampak bergaya, dapatlah lindungkan mata dari sinaran matahari....

5. COKLAT DAN GULA-GULA
Ini mesti ada punya....
Sambil-sambil memandu atau tunggu bas, bolehlah kunyah apa-apa yang patut....
Perut pun berisi je..... Kurang rasa lapar... =)

6. PEN DAN BUKU NOTA KECIL
Wanita ni selalunya akan listkan apa-apa yang perlu dibuat atau dibeli...
Jadi pen dan buku nota ni mestilah dibawa ke mana sahaja..
Nak tulis nombor telefon bf baru pun boleh.. =P

7. AKSESSORI
Beg tangan wanita ni boleh diibaratkan macam laci dan almari bergerak....
Jadi segala macam aksessori diorang akan bawak..
Contohnya getah rambut, sepit rambut, gelang tangan, subang, rantai.

8. SEJAMBAK KUNCI
Kalau boleh semua kunci nak sumbat dalam beg tangan......
Ada tu kunci siap dengan teddy bear kecik lagi....
(Macam AJ punyalah tu..... Kunci dengan patung barney dan patung dragon...)

9. UBAT-UBATAN
Tak kisahlah ubat apa pun, selalunya mesti ada...
Panadol, Minyak Angin dan Plaster pun lengkap.....
Pad, confirm ada untuk saat-saat kecemasan....

10. GADJET
Okay ni mestilah ada...
Selain Telefon Bimbit ...I-Pod, Mp3, Earphones dan Headset pun kadang ada (AJ lah tu...)
Hehehheheheheh... =P

11. SAMPAH-SARAP
Okay ini AJ mengaku ada dalam Beg Tangan AJ
Resit entah dari zaman bila sampai apa yang terprint kat resit tu pun dah clear..
Tisu terpakai, plastik gula-gula..
Kadang tag beli baju baru pun ada dalam tu..
nak buat kenangan kot....
Hahahahahhhaha.... =D

Okay rasanya ini jelah kot.... Tak tahulah kalau ada terlepas apa-apa lagi..... =)

Ini Pulak Rahsia Beg Tangan AJ.... Okay dah tak rahsia..... Hehehheheheh......

Okay lagi dan lagi........ Ada ruang lagi ni nak sumbat bende lain.... =D


P/s : Bagi Kaum Hawa, apa lagi yang korang usung dalam Beg Tangan???? Mehlah share dengan AJ....
Bagi Kaum Adam, sekarang mesti korang dah tau kenapa ada Beg Tangan wanita yang besar dan berat kan???? Kalau tak percaya cuba selongkar Beg Tangan Gf.. Kalau takde, adik perempuan pun boleh.... Heheheheheheh........ =)
Baca Selanjutnya »

Tahukah Kamu????

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi-pagi buta ni AJ ada sedikit info nak share dengan korang......
Korang semua tahu tak ada 4 jenis makanan hebat yang mampu mengawal kadar Kolestrol dalam tubuh kita semua??? Apa dia makanan tersebut.....

1. EPAL
~Memakan sebiji Epal Hijau dan meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan kamu.


2. KISMIS
~Mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan kolestrol!!! Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8 peratus.... WOW!!!!


3. OAT
~Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat juga dapat mengurangkan risiko Penyakit Jantung.


4. JAMBU BATU
~Buah ini mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8 peratus. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas dalam tubuh.


P/s : Sekarang dah tau kan??? Apa kata korang masukkan segera dalam menu makanan korang mulai hari ini...... Selain menyihatkan, ianya juga murah dan mudah didapati....
Cepat jangan berlengah lagi... =)
Okay, sekarang AJ nak ZzZzZzZzZzZz.....
GudNite Korang..... =)



Baca Selanjutnya »

Jangan Kau Sangka Badanku Kecik, Tak Kuat Makan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya, setelah dari tadi mencuri-curi menggodek blog sana sini...
Barulah AJ dapat menaip dengan tenang dan tanpa rasa was-was...
Tadi Boss ada, so kenalah cover line cemerlang.... Heheeheh.... =P
Tapi dalam cover-cover line tu, sempat jugaklah buat Header baru yang lebih simple dari sebelum ni....
Okay masuk topik yang sebenarnya AJ nak cerita.....

Badan kecik tak kuat makan???? Ehhhh? Betul ke??
AJ tak percaya langsung sebabnya saya seorang yang bertubuh kecil atau petiti....
Tapi nafsu makan.... Humakngai... mengalahkan mereka yang mempunyai berat badan 60-70 kg ke atas....
Kalau kat rumah, AJ lah juara makan...
Tak percaya??? Pegi tanya mak AJ... Ni no dia 0123456789... (Okay tipu je nombor ni)

Kejap tadi pun baru lepas makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis petai......
Dan tak sampai 10 minit lepas habis makan nasi, AJ makan pulak maggi perisa Asam Laksa..
Aduhaiiii... Heaven dan nyaman betul... Nak pulak bila tengok luar tingkap ofis rintik hujan turun dengan lebatnya..... =D
Malam ni pulak AJ nak paksa sesiapa je bawak pegi makan Steak.... Yummy......
Sampai ada yang cakap AJ bela ANAKONDA dalam perut..... Adehhhhhh =)
Tapi dalam pada AJ kuat makan, berat ni susah jugak nak naik........
Itu yang AJ tak suka..... =(
Apapun AJ bersyukur masih boleh lagi menikmati kelazatan nikmat makanan......
Alhamdulillah........


P/s : Sekarang bila perut dah kenyang, barulah bersemangat nak buat kerja lebih masa tak berbayar kat ofis ni....
Itupun kalau gagah nak buat keje... Kalau tak.........
ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZ
Krooooohhh....Krooooohhhhh..... 


Baca Selanjutnya »

Ingatkan dalam cerita P.Ramlee je ada....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sementara mata tak mau lelap ni, AJ nak luahkan sedikit rasa...
Kalau korang penggemar cerita-cerita Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, mesti penah dengar istilah 
"AHLI MESYUARAT TINGKAP" kan????
Ingatkan masa zaman tu je banyak ahli mesyuarat tingkap ni...
Rupa-rupanya pada zaman moden ni lagi banyak insan-insan yang berminat dalam keahlian tak berbayar menjadi Ahli Mesyuarat Tingkap....
Syaratnya mudah sahaja...
Duduk di tepi tingkap, perhatikan anak orang lain, kemudian jaja satu taman mengenai anak orang tu.....
Aduhai.... Dah takde keje lain ke nak buat???
Selalunya golongan makcik-makciklah rajin bawak mulut ke sana sini nih....
Nauzubillah..... Dengar gossip mereka lagi dashyat dari Naz melodi terjah artis....
AJ bukan nak menuduh tak tentu pasal...
Tapi inilah Realiti kehidupan... Lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan flat dan juga sebangsa dengan AJ.....
Sedih bila melihatkan manusia yang masih lagi berada di takuk lama.....
Kadangkala cara mereka menjaja cerita seperti mereka sendiri tiada anak....
Teringin sekali nak bertanya, kalau dah sibuk menjaga dalam kain anak orang lain...
Siapakah yang menjaga anak mereka sendiri ye?????
Tepuk dada tanya selera......


P/s : Bukan menunding jari kepada sesiapa, tapi berdasarkan pengalaman sendiri....
Jangan pandang seseorang melalui luaran......

Baca Selanjutnya »

BEN ASHAARI : Bloglist April 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay dengan bangganya nak bagitahu Abang Ben ada buat segmen....
Dan yang bestnya, ini kali pertama AJ join segmen tau.......
AJ tak pernah sekalipun join apa-apa segmen since berblog ni..... =)
Tahniah Abang Ben berjaya jadi orang yang PERTAMA... *clap,clap,clap*

Kalau korang nak join sama, klik kat tajuk bawah ni....
Cepat tau...

Kenapa korang kena pilih blog AJ??

AJ sangat sedia maklum bahawasanya :-
1. Blog AJak FAMOUS....
2. Blog AJ TAK BEST......
3. Blog AJ TAK MANTAP....

Tapi sebab utama korang kena pilih blog AJ :

"AJ SEORANG YANG SUKA BERKAWAN DAN SUKA BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT DENGAN SEMUA ORANG... INSYAALLAH KORANG TAKKAN BOSAN DENGAN CELOTEH AJ YANG SELALU MERAPU NI...  =)"

Kalau anda tanya AJ.
“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Jawapan AJ....
“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

P/s : Kalau nak tau apa yang ada kat sini, korang jalan-jalanlah kat blog ni ye.....
Lepas tu nilailah sendiri.....
Tiada paksaan.... =D
HAPPY BLOGGING =D


Baca Selanjutnya »