Hujan....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kala ini,
Hujan menitiskan mutiara jernih dari awanMu yang sebentar tadi biru......
Membasahi permukaan bumiMu yang sedang ketandusan...
Menyirami hidupan-hidupan serta pepohon menghijau yang sedang kedahagaan....
Mendamai dan menyejukkan hati yang sedang kepanasan......

Hujan,
Kau mengingatkan aku kepada sesuatu....
Mengingatkan kenangan dimana Aku dan Si Dia bertemu.....
Dimana aku jatuh cinta saat Sang Pencipta menjatuhkan manik-manik jernih di muka bumiNya....
Alangkah indahnya waktu itu....
Masih lagi indah seperti dulu....

Hujan,
Di saat ini, ingin sekali aku keluar biar diri ini basah kedinginan dalam rahmatMu....
Ingin sekali aku menikmati kejadianMu yang indah dan mendamaikan....
Biarlah aku menangis dan tertawa dibawah titis-titis manik jernihMu.....
Sesungguhnya,
Hujan itu suatu Rahmat yang diturunkan Ilahi.......

Saat Allah s.w.t melimpahkan rahmatNya....
Ketika itulah aku melamun jauh.....
Kerana Selepas Hujan... Dimana Aku dan Dia bertemu...
Kenangan Terindah....


P/s : AJ Suka Hujan.......


Baca Selanjutnya »

Rileks Santai | Jentayu Spa & Salon, Taman Bukit Teratai Ampang


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Ahad lepas, AJ dijemput oleh Team HaiBlogger! ke sesi Rileks Time Blogger di Jentayu Spa & Salon yang terletak di Taman Bukit Teratai, Ampang.....
Terima kasih AJ ucapkan atas kesudian jemput AJ....
Terima kasih juga kepada Puan Esma Azura, pemilik Jentayu Spa & Salon dan Kak Leny yang membuatkan kami menjejakkan kaki ke sana...

Cik Puan Tanah excited ke Spa!


Spa??? Siapa yang tak suka pegi spa kan??
Nak pulak  kite yang perempuan ni, mesti suka nak cantik-cantik kan....
Macam tu jugak AJ, sesekali mesti pegi spa....
Tapi..... Harga yang ditawarkan sesebuah spa tu selalunya mahal....
Kadang-kadang pakej basic je dah lebih dari RM200.....!!!
Memang kurang berkemampuanlah kan bagi sesetengah orang.... =(

Bagi mereka yang mencari kelainan, AJ sarankan korang berkunjung ke JENTAYU SPA & SALON....
Spa yang terletak di pinggir ibukota ni menjanjikan suasana yang tradisional dan damai....
Pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti sauna, mandi bunga, lulur, urutan tradisional serta pelbagai pakej lengkap dari hujunh rambut sehingga ke hujung kaki.....
Khidmat salon juga disediakan seperti menggunting rambut, cuci rambut dan juga rawatan kesihatan rambut.....


Di Jentayu Spa & Salon, korang akan dilayan bak puteri....
Haaaaaa.... Bukan senang tau, nak memanjakan diri bak puteri ni... =D

Selain itu, Jentayu Spa & Salon menyediakan pakej buat bakal pengantin dan juga mereka yang telah berkahwin... 
Kalau nak feeling-feeling honeymoon, pakej bulan madu memang sesuai sangat dan rawatan dibuat dalam bilik yang penuh privasi....


Menurut Puan Esma Azura, pemilik Jentayu Spa & Salon keselesaan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik merupakan sesuatu yang dititik beratkan...
Selain itu, Puan Esma mahukan semua golongan dapat merasai dan mampu ke spa untuk merehatkan dan memanjakan diri selepas seharian penat bekerja....
Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan dari serendah RM38 hingga ke RM299 mengikut kemampuan dan perkhidmatan yang pelanggan inginkan....


Kalau korang nak rasa sendiri bagaimana di belai bak puteri, jangan malu dan segan untuk mengunjungi Jentayu Spa & Salon!
AJ pasti korang pasti berpuas hati denga layanan 5 bintang dari Jentayu Spa & Salon... =D

Untuk keterangan lanjut hubungi :

Puan Esma Azura : +6018 2125978
Puan Manja : +6019 3353585

 Facebook : Jentayu Spa & Salon

Atau kunjungi :

JENTAYU SPA & SALON
80A, Jalan Teratai 1/2, Taman Bukit Teratai,
Ampang, Kuala Lumpur.

Terima kasih sekali lagi kepada Puan Esma Azura atas kesudian menjemput dan menerima kunjungan kami ke Jentayu Spa & Salon...
Tak sabar nak berspa lagi... Yeayyyyy!!!!!

Semasa kunjungan kami, Puan Esma dan staff bawak kami ronda sekitar spa...
Lepas tu ade demonstrasi urutan kaki dan juga cabutan bertuah....
Dan Alhamdulillah, AJ juga salah seorang yang bertuah dari 3 cabutan tu.. =D

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat AJ snap sepanjang disana.... =D

Bersama pemilik spa Puan Esma Azura dan pengurus spa Cik Esrina Syahira...

Kak Leny Adam....

Penerangan mengenai Jentayu Spa & Salon dari Puan Esma Azura...

Produk kecantikan yang digunakan dan dijual di Jentayu Spa...

Antara blogger yang hadir.... HaiBlogger! =D

Doorgift dan hadiah cabutan bertuah.....
Ehem, ade voucher special tau untuk kami yang hadir.....

AJ dapat extra 3 treatment sebab cabutan bertuah tu....
Yelah, kami kene pilih rawatan yang kami nak.....
Tup-tup dapat pulak.... =D

P/s : Nak book appointment untuk esoklah! =D

Baca Selanjutnya »

Perlu Ke?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang ni bosan je rasa sebab Boss lama pulak duk kat ofis ni...
Dia tak nak balik ke ek?
Heheheheheh....=)
Sebenarnya, AJ macam peliklah...
Perlu ke nak follow Blog yang "open to public" secara privately???
AJ rasa tak perlulah kot.....
Kenapa nak follow private???
Takut ke orang tau kamu tu suka nak skodeng apa yang di update oleh blog tak famous ni??
Hehhehehehehe.... =)
Disebabkan blog tak famouslah AJ dapat detect......
Dah lama dh perasan dan nak tegur...
Tapi asyik lupa je sebab selalunya ralit buat benda lain....


Kalau tengok kat Dashboard AJ sekarang ni, memang ada 6 follower....
Bila klik, ada 5 je sebenarnya..... maknanya ada orang follow secara "privately"..
Haiii, blog tak famous dan public pun nak follow private ke????
Hahhaahahhaha.... =)
I Know Who U'r.......

P/s : Berminatlah pulak kaaaannnnnnnnnnnn......
Baca Selanjutnya »

Kenapa mesti Valentine's???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni 14 Februari 2012..
Semua orang bercakap mengenai Valentine's.....
Tapi AJ bukan nak cakap pasal Valentine's.....
Kenapa mesti tunggu Valentine's baru nak luahkan rasa cinta dan kasih sayang?
Hari lain tak boleh ke??
Hari lain tak cinta?? Hari lain tak sayang???
Pada AJ kalau nak bagitau perasaan Cinta, hari-hari lain pun boleh ucap...
Bahkan kalau diucapkan hari-hari, perasaan tu makin hari makin bercambah......
Bukankah lebih baik begitu??
Ni tidak, bila tibanya 14 Februari setiap tahun barulah orang berlumba-lumba nak ucap rasa Cinta...
Makanya, bunga yang harga RM30 pun naik harga jadi RM100...
(Ini anggaran AJ je ye, saya tak pernah beli bunga pun di Hari Valentine...)
Shopping-shopping mall pun dipenuhi dengan dipenuhi dengan pasangan bercinta sakan.....
Restoran-restoran pulak penuh dengan lilin, belon dan bunga...
Alahaiiii..... Kalau betul kita sayang, tak payah tunggu Valentine's.....
Hari lain pun boleh....... =)


P/s : Kalau Cinta, luahkan hari-hari, setiap masa......
Barulah betul dikatakan Cinta.....
Bukan 14 Februari je... =)

Baca Selanjutnya »

Ye, Aku "QUEEN CONTROL"


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ nak buat pengumuman. Ye, memang AJ "QUEEN CONTROL"
So??? Tak suka?? Boleh  blah. Tapi melekat lagi.
Sebab apa??? Tanya diri sendiri. Janganlah tanya AJ.

Ada masalah dengan orang lain ke kalau AJ Queen Control??? Kalau dengan orang yang berkenaan memanglah menjadi masalah. Tapi ni yang tak berkenaan pulak nak lebih sudu dari kuah.

"Hello...... Siapa je yang aku control, orang tu ada kena mengena dengan aku..."
Sebab aku nak control???
Tak perlulah nak bukak Aib orang kat sini kan. Berdosa pulak tak pasal. Hehehehehehh.

Apa pun, ada aku kisah????


P/s : Queen Control okay lagi, Jangan Drama Queen!!!!!



Baca Selanjutnya »